Uphamol 650: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan

Apakah kegunaan Uphamol 650 untuk melegakan masalah kesihatan dan cara pengambilannya yang betul?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan Uphamol 650 dan kegunaannya kepada kesihatan.

Baca juga:

Apa itu Uphamol 650

uphamol 650

Uphamol 650 adalah jenama analgesik yang dikilangkan oleh syarikat farmaseutikal terkemuka Malaysia, Duopharma Biotech Berhad.

Ia adalah sejenis tablet seperti paracetamol yang mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kandungannya

Tablet ini mengandungi acetaminophen yang merupakan analgesik dan antipiretik yang berkesan. 

Uphamol mengandungi paracetamol sebagai bahan aktif. Paracetamol melegakan kesakitan dan mengurangkan suhu badan tinggi.

Fungsi dan kepentingannya

Uphamol 650 digunakan untuk melegakan simptom pelbagai jenis sakit kepala termasuk migrain dan sakit kepala jenis ketegangan.

Selain itu, tablet ini berfungsi juga untuk melegakan kesakitan akibat selsema dan demam.

Cara pengambilan yang betul

uphamol 650

Dos bagi dewasa dan kanak-kanak di atas 12 tahun adalah 1 tablet, setiap 4 hingga 6 jam. Jangan ambil lebih daripada 6 biji tablet dalam satu hari.

Namun, untuk rawatan jangka panjang, jangan ambil lebih daripada 4 biji dalam 24 jam.

Penjelasan terperinci berkenaan dosnya adalah seperti berikut:

  • Dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas: 0.5 – 1g setiap 4 hingga 6 jam hingga maksimum 4g setiap hari
  • Kanak-kanak sehingga 1 tahun: 60 – 120mg setiap 4 hingga 6 jam dengan maksimum 4 dos dalam 24 jam
  • Kanak-kanak 1 hingga 5 tahun: 125 – 250mg setiap 4 hingga 6 jam dengan maksimum 4 dos dalam 24 jam
  • Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun: 250 – 500mg setiap 4 hingga 6 jam dengan maksimum 4 dos dalam 24 jam

Kaedah penyimpanan Uphamol 650

Ubat ini sama seperti ubat-ubatan jenis tablet yang lain di mana ia paling baik disimpan pada suhu bilik (15-30°C) iaitu jauh dari cahaya matahari langsung dan kelembapan.

Jangan sesekali menyimpan ubat ini di bilik mandi atau peti sejuk untuk elak dari rosak. Jauhi juga ia dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Sekiranya tidak lagi digunakan, anda tidak boleh membuang ubat ini ke dalam mangkuk tandas atau menuangkannya ke dalam longkang.

Sentiasa rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk ini dengan selamat.

Beza Uphamol 500, Uphamol 650 dan Uphamol 1000

Uphamol mempunyai beberapa variasi di farmasi seperti Uphamol 500, Uphamol 650 dan Uphamol 1000.

Beza ketiga-tiga jenis ini adalah daripada fungsinya kepada kesihatan:

  • Uphamol 500: Melegakan kesakitan dan demam biasa
  • Uphamol 650: Melegakan sakit kepala
  • Uphamol 1000: Melagakan demam, sakit kepala, simptom selsema dan flu

Selain itu, ia juga boleh dibezakan dengan kekuatan PCM yang terkandung di dalamnya. Contohnya, Uphamol 500 mengandungi 500mg, Uphamol 650 sebanyak 650mg dan Uphamol 1000 sebanyak 1000mg iaitu maksimum bagi kekuatan PCM.

Kesan sampingan

Umumnya, semua ubat boleh membawa kesan sampingan. Kadang kala kesan sampingan ini serius, tetapi selalunya tidak.

Minta nasihat doktor atau ahli farmasi sekiranya ada mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan mengambil ubat ini. Apabila anda ambil dalam dos yang disyorkan, biasanya kesan sampingan adalah biasa.

Namun sesetengah pengguna akan mendapatkan kesan sampingan dari tindak balas hipersensitiviti kulit seperti:

  • Ruam kulit
  • Bengkak bawah kulit
  • Sindrom Stevens Johnson / Toxic Epidermal Necrolysis

Sekiranya kesan sampingan yang anda dapati adalah lebih teruk atau anda mengalami sebarang reaksi buruk terhadap ubat tersebut, segera maklumkan kepada doktor yang bertugas.

Doktor biasanya akan menukar ubat yang sesuai kepada anda. Bagi anda yang ada menggunakan ubat lain juga, berikut adalah antara produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini:

  • Antikonvulsan (fenitoin, barbiturates, carbamazepine).
  • Warfarin dan kumarin lain.
  • Metoclopramide dan domperidone.
  • Probenesid, kloramfenikol.
  • Kolestiramina.
  • Fenotiazina.

Anda boleh dapatkan tablet Uphamol 650 di sini.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan Uphamol 650 dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Uphamol 650 Tablet. National Pharmaceutical Regulatory Agency
  2. Uphamol 650 Side Effects. Generic Drugs
  3. Beza Panadol/Uphamol Dengan Painkiller Jenama Lain. Doctor On Call
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!