UOB Online Banking: Cara Daftar Perbankan Internet

UOB Online Banking merupakan salah satu kemudahan perbankan yang disediakan oleh UOB Malaysia.

United Overseas Bank Limited, sering dikenali sebagai UOB, ialah sebuah syarikat perbankan multinasional Singapura yang beribu pejabat di Singapura dengan cawangan kebanyakannya ditemui di kebanyakan negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia.

Seperti bank-bank lain yang beroperasi di Malaysia, UOB turut menawarkan perkhidmatan online banking atau perbankan internet untuk setiap pelanggannya di Malaysia.

Dengan perkhidmatan seperti ini, pelanggan dapat menguruskan akaun mereka dan melakukan pelbagai transaksi kewangan secara dalam talian terus daripada telfon mudah alih anda.

Artikel berkaitan: Cara Daftar Maybank2u Online

Cara Daftar UOB Online Banking

Untuk memohon Perbankan Internet Peribadi (PIB), anda mesti:

  1. 18 tahun ke atas
  2. Seorang individu atau pemegang akaun bersama (dengan syarat penandatangan sesiapa sahaja untuk menandatangani)
  3. Mempunyai nombor telefon bimbit berdaftar untuk menerima SMS-OTP (Kata Laluan Satu Kali dihantar melalui Sistem Pesanan Ringkas)

Terdapat 3 cara mudah yang boleh anda pilih untuk memohon Perbankan Internet Peribadi:

  1. Secara online
  2. Melalui cawangan bank UOB
  3. Mesin ATM

Muat Turun Aplikasi Mighty UOB

Segala urusan perbankan internet boleh dilakukan melalui aplikasi Mighty UOB.

Untuk pelanggan UOB di Malaysia, anda boleh memua turun aplikasi UOB Mightly Malaysia melalui salah satu pautan berikut bergantung pada sistem operasi telefon mudah alih anda:

  1. App Store
  2. Google Play
  3. App Gallery

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh UOB Online Banking

Berikut merupakan antara perkhidmatan yang ditawarakan oleh UOB melalui sistem online bankin mereka:

  1. Pemindahan Dana UOB: Pindahkan dana dengan selamat dan serta-merta antara akaun UOB, sama ada antara akaun anda sendiri atau ke Akaun UOB orang lain.
  2. Pindahan Dana IBG: Pindahkan dana antara akaun UOB anda ke akaun di bank peserta lain dalam rangkaian PayNet.
  3. DuitNow (Bayar ke Nombor Akaun): Pindahkan dana dengan serta-merta antara akaun UOB anda ke akaun di bank lain yang mengambil bahagian dalam rangkaian PayNet.
  4. Pemindahan Mudah Alih: Hantar wang serta-merta dengan hanya nombor mudah alih penerima. Tiada nombor akaun diperlukan.
  5. Pemindahan Luar Negara: Perlu memindahkan wang ke luar negara? Selesaikan dalam talian sahaja.
  6. Pembayaran bil: Selesaikan bil anda dengan pantas dan tanpa kerumitan, sama ada bil kad kredit bulanan anda, pinjaman atau bil utiliti anda.
  7. E-penyata: Penyata bank tanpa kertas, mudah dan tanpa kerumitan hanya dengan beberapa klik sahaja.
  8. JomPAY: Alami pembayaran bil dalam talian terkini yang ditawarkan oleh JomPAY untuk membayar bil anda.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi UOB Bank Malaysia di pautan https://www.uob.com.my/

Emel : [email protected]

Telefon : 03-2612 8121

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!