Cara Tukar / Kemaskini No Telefon CIMB Untuk Terima TAC

TAC Number adalah kod 6 digit yang dihantar melalui servis perkhidmatan mesej pesanan ringkas untuk setiap transaksi perbankan internet CIMB Online.

Penggunaan TAC Number ini merupakan salah satu langkah untuk memastikan setiap transaksi yang dilakukan oleh pelanggan CIMB Bank secara online lebih selamat.

Setiap TAC Number hanya terhad kepada satu transaksi sahaja dan untuk melakukan transaksi seterusnya, pelanggan perlu mendapatkan nombor TAC baru.

Kebiasaannya, pelanggan akan menerima SMS yang mengandungi transaksi tersebut sebaik sahaja mengklik butang di portal atau aplikasi CIMB Online.

Penukaran nombor telefon

TAC Number merupakan salah satu ciri keselamatan dalam perbankan internet kerana hanya pemilik nombor telefon sahaja yang akan menerima SMS yang mengandungi TAC Number tersebut.

Oleh itu, apabila pelanggan menukar telefon sekalipun, mereka tetap akan menerima SMS yang mengandungi kod TAC tersebut.

Namun, bagaimana pula sekiranya pelanggan berhasrat untuk menukar nombor telefon atas sebab-sebab tertentu?

Dalam hal ini, mereka perlu menukar nombor telefon yang telah didaftarkan atas akaun mereka ke nombor terbaru dan terkini yang digunakan.

Lalu, bagaimanakah caranya untuk mengemaskini nombor telefon anda agar anda tetap menerima TAC Number untuk setiap transaksi yang dilakukan?

Artikel berkaitan: Cara Tukar Transfer Limit CIMB

Cara tukar nombor telefon

tac number cimb

Menurut laman web rasmi CIMB, terdapat hanya satu cara sahaja buat masa kini untuk mengemaskini nombor telefon mudah alih anda untuk penerimaan TAC Number iaitu melalui mesin ATM.

Tidak kira sama ada mesin ATM di cawangan bank CIMB atau tempat lain seperti UTC dan pusat beli-belah, asalkan mesin ATM tersebut kepunyaan CIMB.

Untuk tukar dan kemaskini nombor telefon anda, hanya ikuti-langkah-langkah berikut:

  1. Lawati ATM CIMB terdekat
  2. Masukkan PIN ATM anda
  3. Pilih “LAIN-LAIN” dari menu utama
  4. Pilih “CIMB Clicks”
  5. Masukkan nombor mudah alih baharu anda dan pilih “PROCEED” untuk mengemas kini nombor baharu anda untuk TAC.

Walau bagaimanapun sekiranya anda menghadapi sebarang masalah untuk pertukaran nombor, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan CIMB Bank di talian +603 6204 7788.

Talian ini dibuka 24 jam.

Sebagai alternatif, anda juga boleh ke kaunter cawangan bank berdekatan tempat tinggal anda untuk mendapatkan bantuan lanjut atau mengajukan sebarang soalan tambahan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!