Carro Technology Sdn. Bhd. akan mula mengendalikan lapan cawangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) baharu secara serentak bermula 16 Jun 2026.
Langkah ini diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sebagai alternatif kepada PUSPAKOM khusus untuk Pemeriksaan Tukar Hak Milik Persendirian (M.V. 15).
Jadi, lepas ni kalau anda nak tukar nama kenderaan tak semestinya kena pergi Puspakom je. Boleh pergi mana-mana cawangan Carro yang ada dalam senarai di bawah.
Rujuk info penuh di bawah.
Tukar Nama Kenderaan Carro
Bermula 16 Jun 2026, lapan cawangan baharu Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) bagi Pemeriksaan Tukar Hak Milik Persendirian (M.V.15) oleh Carro Technology Sdn. Bhd. mula beroperasi bagi memudahkan urusan rakyat.
Inisiatif ini merupakan satu langkah progresif Kerajaan MADANI selaras dengan keputusan Jemaah Menteri untuk memperluaskan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada syarikat swasta yang memenuhi syarat dan standard yang ditetapkan.

Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan akses rakyat kepada perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti, malah menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna serta membantu mengurangkan kesesakan di pusat pemeriksaan sedia ada.
Selain Carro Technology Sdn. Bhd., beberapa syarikat lain yang telah diluluskan, termasuk Carsome Academy Sdn. Bhd., Car Medic Sdn. Bhd. dan Beriman Gold Sdn. Bhd., kini sedang dalam fasa pembangunan cawangan masing-masing bagi memperluaskan rangkaian perkhidmatan pemeriksaan kenderaan di seluruh negara.
Rujuk siaran media Kementerian Pengangkutan di bawah:



Senarai 8 Cawangan Carro yang Bakal Beroperasi
Pusat pemeriksaan ini melibatkan lima negeri utama di Malaysia:
- Selangor: Glenmarie
- Selangor: Kajang (Hab Utama)
- Selangor: Klang
- Kuala Lumpur: Wangsa Melawati
- Pulau Pinang: Bayan Lepas
- Melaka: Bandar Melaka
- Johor: Muar
- Johor: Johor Bahru

Syarat dan Piawaian Operasi
Bagi menjamin kualiti dan integriti, semua cawangan dikawal selia secara ketat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
- Integrasi MySIKAP: Sistem operasi dihubungkan terus dengan pangkalan data JPJ
- Standard Antarabangsa: Memenuhi piawaian ISO/IEC 17020:2012
- Kemudahan Khas: Menyediakan lorong pemeriksaan khas dan kakitangan bertauliah secara berasingan.
Kadar Bayaran Pemeriksaan
Kadar harga pemeriksaan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Jumlah keseluruhan adalah RM37.80 yang merangkumi:
- Pemeriksaan MV15: RM30.00
- Yuran Pemprosesan: RM5.00
- Cukai SST (8%): RM2.80
Pembukaan pusat ini adalah sebahagian daripada reformasi kerajaan untuk menamatkan monopoli dan mengurangkan kesesakan urusan kenderaan.
Selain Carro, syarikat lain sepertiCarsome Academy Sdn. Bhd., Car Medic Sdn. Bhd. dan Beriman Gold Sdn. Bhd turut sedang membangunkan cawangan mereka di negeri lain.
Orang awam kini mempunyai pilihan alternatif yang sah dan diiktiraf oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk urusan tukar nama kenderaan tanpa perlu bergantung kepada PUSPAKOM semata-mata.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Tukar Nama Kenderaan Carro
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, anda boleh merujuk saluran rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk sebarang pengumuman struktur yuran atau polisi baharu.
Cawangan Carro hanya mengendalikan Pemeriksaan Tukar Hak Milik Persendirian (M.V. 15). Ia tidak mengendalikan pemeriksaan kenderaan komersial, kenderaan e-hailing, atau pemeriksaan berkala lain yang masih di bawah seliaan PUSPAKOM.
Ya, 100% laku. Sistem operasi Carro dihubungkan terus secara bersepadu dengan sistem MySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Selepas pemeriksaan lulus, data akan dihantar terus ke pangkalan data JPJ untuk urusan tukar nama.
Pengguna sangat digalakkan untuk membuat janji temu online terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan, memandangkan setiap cawangan mempunyai had kapasiti lorong pemeriksaan harian yang ditetapkan.
Jika gagal, anda akan diberikan laporan terperinci mengenai bahagian kenderaan yang tidak menepati piawaian. Anda perlu membaiki masalah tersebut dan melakukan pemeriksaan semula (re-inspection) dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
– Selangor: Glenmarie
– Selangor: Kajang (Hab Utama)
– Selangor: Klang
– Kuala Lumpur: Wangsa Melawati
– Pulau Pinang: Bayan Lepas
– Melaka: Bandar Melaka
– Johor: Muar
– Johor: Johor Bahru




