Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan taktik penipuan yang kini semakin berleluasa, khususnya melibatkan nama bantuan kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai wakil syarikat tertentu atau agensi kerajaan untuk menipu orang awam.

Malah, ada juga yang menggunakan nama peruncit terkenal seperti MYDIN sebagai umpan, dengan menghantar mesej palsu melalui aplikasi seperti WhatsApp, SMS dan media sosial.

Awas Scam, Tiada Agihan STR Melalui Pasar Raya

Datuk Wira Ameer menegaskan bahawa MYDIN tidak terlibat secara langsung dalam sebarang bentuk pengagihan bantuan seperti STR, sama ada melalui premis fizikal mahupun platform komunikasi peribadi.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan mesej yang menjanjikan bantuan kewangan, lebih-lebih lagi jika disertakan dengan pautan mencurigakan atau permintaan maklumat peribadi.

Orang ramai disarankan untuk mengambil langkah-langkah berikut bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan:

  • Jangan kongsi maklumat peribadi atau maklumat perbankan dengan mana-mana pihak tidak dikenali.
  • Jangan klik sebarang pautan yang tidak diketahui sumbernya, walaupun mesej tersebut menyatakan ia berkaitan dengan bantuan kewangan.
  • Rujuk maklumat rasmi di laman web kerajaan seperti https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Baca juga: SARA Untuk Semua – Bantuan RM100 One-off Menerusi MyKad

Promo Terkini MYDIN (Oktober 2025)

Anda menggunakan aplikasi MYDIN Rewards? Haa ni lah masanya untuk kumpul mata dan tebus ganjaran!

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi MYDIN Rewards hanya di cawangan Pasar Raya Besar MYDIN di Semenanjung Malaysia dari 1 – 31 Oktober 2025. Lagi banyak anda berbelanja, lagi banyak mata ganjaran menanti!

Muat turun aplikasi MYDIN Rewards sekarang dan nikmati tawaran eksklusif hanya untuk anda:

Lihat katalog PROMOSI DEEPAVALI 2025 di sini: https://mycms.mydin.my/wp-content/uploads/2025/10/Deepavali-2025.pdf

Dari 1 – 31 Oktober 2025, nikmati penjimatan HEBAT untuk pelbagai produk kegemaran anda dengan harga borong untuk Pemegang Kad Pemborong (Silver Card)! Lagi banyak beli, lagi banyak jimat!

Antara pilihan menarik:

  • Ayam Brand Mackerel
  • Chipsmore & Munchy’s Oat Krunch
  • Dutch Lady Susu UHT
  • Nescafé & Lipton Ekstra Kaw
  • F&N, Marigold & Dairy Champ

Tak ada Kad Pemborong? Datang dan daftar sekarang di MYDIN. Jangan lupa bawak SSM anda!

Tengok lebih banyak promosi terkini MYDIN melalui laman sosial rasmi MYDIN Malaysia

Komitmen MYDIN Untuk Melindungi Pengguna

MYDIN menyatakan komitmen berterusan dalam menyokong usaha kerajaan membantu rakyat, namun pada masa yang sama menyeru agar semua pihak memainkan peranan dalam melindungi masyarakat daripada menjadi mangsa penipuan siber yang semakin kompleks.

Orang ramai disarankan untuk berkongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan kenalan lain, terutamanya golongan warga emas dan mereka yang kurang terdedah kepada maklumat digital.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi terkini di MYDIN, sila layari https://www.mydin.my/

Sambil tu jom dapatkan update tentang promosi di MYDIN dengan lebih senang di:

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS
Biografi User