Cara Buat Janji Temu Jabatan Pendaftaran Negara Online (MyJanjiTemu JPN)

Tahukah anda, kini semua perkhidmatan urusniaga di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya boleh dilakukan dengan permohonan temujanji JPN online terlebih dahulu.

Menurut orang ramai (para ibu terutamanya), janji temu di JPN perlu dibuat 2 bulan awal kerana slot yang penuh dalam tempoh PKP ini.

Denda Lewat Daftar Kelahiran (2021)

Setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 60 hari (Semenanjung) dan 42 hari (Sabah & Sarawak) dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.

Walaubagaimanapun, kerajaan telah mempertimbangkan untuk mengecualikan denda sekiranya pendaftaran dilakukan selepas tempoh yang telah ditetapkan sepanjang PKP iaitu bagi pendaftaran kelahiran lebih 60 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak TETAPI Ibu bapa kanak kanak perlu membuat Akuan Sumpah PKP dan borang boleh didapati di mana-mana JPN terdekat.

Di sini kami kongsikan cara membuat permohonan borang temujanji JPN di pautan https://mytemujanji.jpn.gov.my.

Apakah MyJanjiTemu JPN?

Sepanjang tempoh PKPB & PKPP yang masih berkuatkuasa, JPN akan melaksanakan pematuhan SOP yang ketat dengan hanya menerima Pelanggan yang telah mempunyai janji temu sahaja.

Semua perkhidmatan urusniaga JPN perlu dilakukan dengan membuat temujanji terlebih dahulu.

Pejabat JPN yang disenaraikan dalam pilihan boleh dipilih mengikut lokasi anda.

temujanji jpn

Perkhidmatan kaunter yang ditawarkan JPN antaranya termasuklah:

  • Daftar kelahiran anak
  • Mohon kad pengenalan
  • Mohon anak angkat
  • Mohon kahwin bukan Islam
  • Mohon cerai bukan Islam
  • Daftar kematian ahli keluarga
  • Mohon warganegara Malaysia

Cara Permohonan Temujanji JPN Online

Untuk memohon tarikh janji temu, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/ atau scan kod QR di atas
  2. Klik pada butang MULA TEMPAHAN
  3. Isikan butiran pada semua tempat kosong yang tersedia.
  4. Pilih tarikh dan cawangan JPN untuk menetapkan tarikh dan masa janji temu.
  5. Screenshot dan simpan Slip Temujanji untuk ditunjukkan kepada pegawai JPN di kaunter yang telah dipilih mengikut tarikh yang ditetapkan.
slip myjanjitemu jpn

Baca juga: IC Hilang Apa Nak Buat? Ini Kadar Denda & Prosedur Permohonan MyKad Online

Cara Membuat Perubahan Tarikh & Masa Temujanji JPN

Untuk makluman, tarikh dan masa janjitemu tidak boleh diubah.

Anda perlu memohon semula janji temu baru. Sila pilih tarikh mengikut waktu sebenar operasi Pejabat JPN.

  • ISNIN- JUMAAT: WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah & Sarawak)
  • AHAD- KHAMIS: Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu

Senarai Kaunter Pejabat JPN Yang Beroperasi

Senarai pejabat JPN yang beroperasi boleh disemak melalui portal rasmi JPN di pautan https://www.jpn.gov.my/.

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat gangguan pada sistem janji temu, pemohon boleh hantarkan emel kepada [email protected].

Maklumat lanjut dan permohonan janji temu boleh dilakukan di https://mytemujanji.jpn.gov.my/.

Latarbelakang Jabatan Pendaftaran Negara

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Ia bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian.

Di samping itu, JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.

Jabatan Pendaftaran Negara ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Dharurat (Kawasan – kawasan Pendaftaran) 1948 dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan.

Peraturan-peraturan ini memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun ke atas.

Jabatan ini juga telah diberi fungsi tambahan iaitu untuk mendaftarkan semua peristiwa penting yang merangkumi pendaftaran kelahiran, kematian,anak angkat, perkahwinan, perceraian dan kewarganegaraan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!