Tema & Logo Hari Kebangsaan / Merdeka & Hari Malaysia 2026
‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026.
Berikut dikongsikan tema dan logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026.

Mengenai Tema Hari Kebangsaan 2026
Tema dan logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) merupakan simbol serta elemen penting yang sentiasa menjadi identiti utama dalam sambutan HKHM setiap tahun.
Sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian latar belakang rakyat, pemilihan tema dan logo HKHM 2026 jelas menggambarkan prinsip serta nilai perpaduan rakyat Malaysia yang menghargai keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati pada hari ini.
Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menetapkan tema HKHM 2026 sebagai “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”,
Rasional tema hari kebangsaan tersebut adalah menunjukkan gambaran visi kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang maju, inklusif dan harmoni, di mana setiap individu dapat merasai kesejahteraan secara menyeluruh berdasarkan gagasan Malaysia MADANI.
Istilah “MADANI, yang berakar daripada konsep tamadun (civilisation), merangkumi nilai-nilai keadilan, kebajikan, dan kemanusiaan.
Fokus utama tema ini adalah untuk memastikan bahawa kesejahteraan bukan sahaja dikecapi oleh golongan tertentu, tetapi oleh seluruh rakyat tanpa pengecualian.

Logo Hari Kebangsaan 2026
Logo Malaysia MADANI menjadi logo rasmi sambutan HKHM 2026.
Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi HKHM pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini berteraskan Malaysia MADANI yang menghasilkan corak simbolik “tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara”.
- JALUR – Melambangkan lima jari dengan jalur merah dan putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara yang mendasari ideologi Malaysia
- BULAN SABIT – Melambangkan simbol agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
- BINTANG – Berbucu 14 melambangkan perpaduan dalam kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan)
- BULATAN – Dalam lingkungan warna biru melambangkan permuafakatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat.
- WARNA KUNING – Pada anak bulan dan bintang itu adalah tanda negara ini dinaungi oleh Raja Berperlembagaan.
- WARNA MERAH – Adalah tanda semangat jati diri rakyat Malaysia yang mendukung semangat wira yang membara
- WARNA BIRU – Mendasari apresiasi jalinan budaya perpaduan nasional masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
- WARNA PUTIH – Tanda keikhlasan dan keamanan sebuah negara bangsa yang merdeka







MUAT TURUN : Logo Hari Kebangsaan 2026 & Buku Tema


MUAT TURUN PNG :
Lirik Lagu Rasmi Malaysia Madani (Bunkface) & Video MV
Video Muzik Rasmi (MV) Malaysia MADANI – Bunkface
Malaysia MADANI (Official Lyric Video)
Lirik Lagu
Komposer : Sam
Lirik : Sam & Pidaus
Penerbit : Bunkface
Lirik :
Peradaban kita bangunkan
Bina kota bina insan
Dari budi jadi budaya
Bina asas kemampanan
Kesejahteraan masa depan
C/O
Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani
Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus Kekal meyakini
Malavsia Madani
Keyakinan jadi ikutan
Pendirian jiwa ihsan
Nilai hormat teras di minda
Daya cipta luar biasa
Kesejahteraan masa depan
C/O
Malaysia! Madani!
Bersatu
Untuk
Negara
Kita

Lagu Rasmi Malaysia MADANI (Pejabat Perdana Menteri) : https://www.pmo.gov.my/ms/aiovg_videos/lagu-rasmi-malaysia-madani-2/
Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang 2026
Untuk makluman, Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang untuk Tahun 2026 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS), Perak

Soalan Lazim
Tema yang dipilih bagi sambutan tersebut adalah “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”
Tema ini dipilih bagi mencerminkan komitmen Kerajaan dalam membina sebuah negara yang maju, inklusif dan sejahtera berteraskan gagasan Malaysia MADANI. Tema ini juga menegaskan bahawa kesejahteraan negara hendaklah dinikmati secara adil dan menyeluruh oleh seluruh rakyat tanpa pengecualian.
Logo Malaysia MADANI telah dipilih sebagai logo rasmi sambutan HKHM 2026.
Logo ini dipilih sebagai logo rasmi HKHM pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini berteraskan Malaysia MADANI yang menghasilkan corak simbolik “tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara”.
Majlis akan diadakan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS), Perak.
Majlis peluncuran tersebut akan berlangsung pada 19 Julai 2026 (Ahad), jam 10.00 pagi.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat rasmi dan terkini berkenaan Tema dan Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026, sila layari http://merdeka360.my/.
Baca juga: Himpunan Lirik Lagu Patriotik Sempena Hari Merdeka / Hari Kebangsaan




