Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

70 Teka-Teki Lawak & Jawapan – Mesti Terhibur!

Sebahagian daripada kita suka bertanyakan soalan berbentuk teka-teki yang ada kalanya susah, tetapi boleh jug menjadi begitu lucu.

Tiada panduan untuk menjawab soalan teka-teki memandangkan jawapannya juga adakalanya mengelirukan dan tidak masuk akal langsung.

Kebiasaannya, sesuatu teka-teki itu diperturunkan daripada generasi ke generasi namun anda juga teka-teki baharu yang dihasilkan mengikut kreativiti masing-masing.

Pengenalan

Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan “teka-teki” mempunyai definisi berikut:

  1. soalan yg dikemukakan secara samar-samar dan rumit yg jawabannya harus diduga, soalan utk menduga akal: kanak-kanak biasanya sangat suka akan ~;
  2. sesuatu per­kara yg susah atau sulit diselesaikan: manusia itu selalu merupakan ~ yg setiap waktu boleh memberikan macam-macam keganjilan yg tidak terduga-duga; ~ silang (kata) teka-teki dgn mengisi huruf dll dlm petak-petak; ~ terbang teka-teki dgn menyebutkan huruf-huruf Jawi yg harus dijawab dgn kata yg dieja dgn huruf-huruf itu; berteka-teki mengucapkan teka-teki, bertanya jawab dgn teka-teki: biasanya percakapannya itu dijalankan dgn ~.

Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka

Jenis Teka-teki

Secara umumnya, teka-teki terdiri daripada dua jenis:

  1. Enigma – merupakan masalah yang umumnya dinyatakan dalam bahasa kiasan atau metafora yang memerlukan kepintaran dan pemikiran yang teliti untuk penyelesaiannya,
  2. Conundrum – merupakan pertanyaan yang bergantung kepada kesannya terhadap hukuman dalam soalan atau jawapannya.

Teka-teki lawak adalah teka-teki yang bermaksud untuk menghilangkan stres di samping menguji minda dengan hiburan bersama keluarga atau kawan-kawan.

Jawapan: Medium (Saiz M)

Contoh Teka-teki Lawak & Jawapannya

Mari lihat beberapa contoh teka-teki lawak yang popular di bawah yang anda boleh main dengan rakan-rakan, ahli keluarga dan sesiapa sahaja.

Disertakan juga jawapan bagi setiap satunya.

Soalan 1: Dia ada banyak kaki, tapi dia bukan binatang. Dia lalu ikut landasan, tapi dia bukan keretapi. Apakah dia?
Jawapan: Zip

Soalan 2 : Dalam banyak-banyak nasi la kan, nasi apa yang boleh bergerak sendiri?
Jawapan: Nasi Goreng Pattaya (sebab ada 4 tayar).

Soalan 3 : Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling kaya?
Jawapan: Beruang (ber-wang).

Soalan 4 : Haiwan apa macam kucing tapi kecil daripada kucing?
Jawapan: Anak kucing.

Soalan 5 : Mee apa paling berat dalam dunia?
Jawapan: Mee wantan (One tan).

Soalan 6 : Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang orang makan tepinya sahaja tapi tengahnya orang tak makan?
Jawapan: Donut.

Soalan7 : Benda apa yang lebih kecil dari kuman?
Jawapan: Anak kuman.

Soalan 8 : Bila masuk segitiga, bila keluar bergulung-gulung.
Jawapan: Seluar dalam.

Soalan 9 : 4 orang awek share satu payung ketika berjalan. Kenapa sorang pun tak basah?
Jawapan: Sebab tak hujan.

Soalan 10: Perkataan apa yang dieja salah dalam kamus?
Jawapan: SALAH.

Artikel berkaitan: Ujian Psikometrik SPA : Contoh Soalan, Jawapan & Panduan

Soalan 11: Bila masa yang anda teruskan ketika merah, pastu berhenti ketika hijau?
Jawapan: Ketika makan tembikai.

Soalan 12 : Bom apakah yang tidak boleh meletup?
Jawapan: Bomba.

Soalan 13: Dalam kalendar setahun, ada bulan yang ada 30 hari, dan ada bulan yang hanya ada 31 hari. Jadi, berapa bulan yang ada 28 hari?
Jawapan: Semua bulan la.

Soalan 14 : Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang bukan kuih?
Jawapan: Kuih-Teow.

Soalan 15 : Ada ekor bukan binatang, ada kepala bukan manusia. Apa dia?
Jawapan: Taugeh.

Soalan 16 : Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa warna hitam?
Jawapan: Bunga tayar.

Soalan 17 : Ketika dicari memang susah nak dapat. Tapi bila dah dapat, ia dibuang macam tu saja. Apa bendanya tu?
Jawapan: Tahi hidung. Hah tanya lagi tahi hidung sape.

Soalan 18 : Katak diterbalikkan jadi katak. Kopi di terbalikkan jadi?
Jawapan: Tumpah la.

Soalan 19 : Saya ada 3 mata, dan satu kaki. Siapakah saya?
Jawapan: Lampu Isyarat.

Soalan 20 : Ianya berasal dari kayu, namun tidak boleh digergaji. Apakah itu?
Jawapan: Habuk kayu.

Artikel berkaitan: Cara Jawab Soalan “Tell Me About Yourself” Dalam Temuduga

Soalan 21: Kotak apa yang tak boleh buka?
Jawapan: Kotak penalti.

Soalan 22: Ramai orang tahu cara membukanya, tetapi tiada siapa pun tahu cara menutupnya. Apakah ia?
Jawapan: Telur

Soalan 23: Makanan apakah yang di dalamnya ikan, dan di luarnya ayam?
Jawapan: Ikan sardin cap ayam.

Soalan 24: Dalam banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan dengan ais?
Jawapan: Milo ais.

Soalan 25 : 4 orang awek share satu payung ketika berjalan. Kenapa sorang pun tak basah?
Jawapan: Sebab tak hujan.

Soalan 26: Apa benda yang kita boleh tengok dengan cermin tetapi tak boleh ditengok dengan mata kepala kita sendiri?
Jawapan: Telinga kita.

Soalan 27: Dalam satu pertandingan lumba lari, anda telah berjaya memotong pelari di tempat ke-2. Jadi, sekarang anda di tempat yang ke berapa?
Jawapan: Nombor 2.

Soalan 28: Dalam banyak-banyak api la kan, ada sejenis api yang tak panas. Api apa tu?
Jawapan: Bil api

Soalan 29: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
Jawapan: Anak mancis

Soalan 30: Bila kita jalan ataupun berhenti, dia tetap jalan. Tapi bila dia berhenti, kita akan mati.
Jawapan: Jantung

Soalan 31: Antara Petronas dan Shell, mana satu yang sesuai dibuat kawan?
Jawapan: Petronas. Petronas Mesra. Shell Select.

Soalan 32: Dalam banyak-banyak pangkat tentera, pangkat mana satu orang paling cinta?
Jawapan: Kolonel. Sebab kalau tak kolonen (kenal) maka tak cinta.

Soalan 33: Negara apa yang penduduk negera dia sendiri tak ingat nama negara dia?
Jawapan: Panama. Panamaa… Panamaa…

Soalan 34: Burung apa yang suka enjoy?
Jawapan: Burung merpati (merparty)

Soalan 35: Dalam banyak-banyak sate, sate jenis apa paling panas?
Jawapan: Saterika

Soalan 36: Macammana nak tahu bahagian belakang atau depan sebatang pokok?
Jawapan: Dengan cara menyorok. Kalau kita menyorok mesti menyorok di belakang pokok.

Soalan 37: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
Jawapan: Telur

Soala: 38: Ikan apa yang lagi laju dari ikan lumba-lumba?
Jawapan: Ikan terubok. Dia pkai enjin terubok (turbo)

Soalan 39: Enjin apa yang dah mati?
Jawapan: Ikan arowana (arwahna)

Soalan 40: Ikan apa yang bukan saya punya?
Jawapan: Ikan yu (you)

Soalan 41: Hantu apa yang bercuti?
Jawapan: Hantu raya (cuti raya)

Soalan 42: Sukan apa yang hantu tak boleh join?
Jawapan: 100m berpagar. Sebab dah kena pagar, takleh nak masuk.

Soalan 43: Pokok apa yang betina je takde jantan?
Jawapan: Kaktus. Kalau jantan jadi bangtus.

Soalan 44: Selain Bosnia, negara apa yang ada bos?
Jawapan: Amerika Syarikat. Dah ada syarikat, mesti ada bos.

Soalan 45: Dekat kedai mamak, ada 3 Melayu, 2 Cina, 4 India. Apa yang 1?
Jawapan: Teh tarik. Teh tarik satuuuu!

Soalan 46: Apa benda yang hitam dan berpeluh?
Jawapan: Semut hitam tengah berjogging

Soalan 47: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam

Soalan 48: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar. (berdasarkan pantun melayu)

Soalan 49: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
Jawapan: Pengail yang dapat ikan.

Soalan 50: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup?
Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!

Soalan 51: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

Soalan 52: Banyak2 kotak, kotak apa yang tak bolehh diangkat?
Jawapan: Kotak penalti

Soalan 53: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.

Soalan 54: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: Lilin masa sambut hari jadi

Soalan 55: Dalam banyak-banyak bahagian kereta, bahagian apa yang kurus?
Jawapan: Brake. Brake tak makan.

Soalan 56: Ikan apa yang kita tengok dia berhenti?
Jawapan: ikan paus (pause)

Soalann 57: Dalam banyak-banyak makan, makanan apa paling bersih?
Jawapan: Yala, dah bakso dah sushi takkan tak bersih-bersih lagi

Soalan 58: Dalam banyak-banyak taman, taman apa yang kurang sopan?
Jawapan: Taman tema air. Waterpark!

Soalan 59: Binatang apa yang paling tua?
Jawapan: Kambing sebab ada janggut.

Soalan 60: Binatang apa yang tua tapi nampak muda?
Jawapan: Kambing baru shave.

BONUS: 10 TEKA-TEKI TAMBAHAN

teka teki pantun
Jawapan : Paku, Gergaji

Soalan: Tempat ini memberi makanan, minimum dan tempat tidur secara percuma. Tetapi tiada sesiapa pun yang suka tinggal di sini. Manakah tempat ini?
Jawapan: Penjara

Jawapan : 201
teka-teki lawak
Jawapan : Mata Kail
teka teki lawak
Jawapan: Kenduri

Lagi teka-teki : 25 Koleksi Pantun Teka-Teki Beserta Jawapannya (Susah Tau!)

Seronok kan sesekali main teka-teki lawak ni? Jangan lupa kongsikannya dengan kawan-kawan dan family ok!

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS
Affan ada penulis di eCentral yang berkongsi artikel berkaitan kewangan, bantuan kerajaan, pendidikan, kerjaya dan isu semasa dengan penyampaian yang ringkas, jelas dan mudah difahami.