TBRS TEKUN: Permohonan Skim Pemulihan Perniagaan Hingga RM10,000

TEKUN Nasional memperkenalkan satu lagi inisiatif untuk membantu perusahaan mikro untuk membangunkan semula perniagaan mereka, terutamanya yang terjejas akibat wabak COVID-19, iaitu Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TEKUN Business Recovery Scheme) atau TBRS TEKUN.

Jika anda salah seorang usahawan dan berminat untuk mendapatkan pembiayaan dengan TEKUN Nasional melalui TBRS TEKUN, dalam artikel ini dikongsikan maklumat lanjut tentang syarat kelayakan, jumlah pembiayaan, tempoh permohonan dan bayaran balik serta cara membuat permohononan TBRS TEKUN.

tbrs tekun

Tentang TEKUN Nasional

TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998.

Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Kini TEKUN Nasional diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan.

Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata.

Kini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.

Inisiatif Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TEKUN Business Recovery Scheme)

TBRS TEKUN atau Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TEKUN Business Recovery Scheme) ialah skim pembiayaan Mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19.

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan oleh TBRS TEKUN melalui Skim Pembiayaan Mikro – PENJANA adalah dari RM1,000 hingga RM 10,000.

Baca juga : Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 Dari BSN

Syarat Kelayakan TBRS TEKUN

Bagi melayakkan usahawan mikro memohon TBRS TEKUN, kriteria yang perlu dipenuhi adalah seperti di bawah :

  1. Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
  2. Warganegara Malaysia ( Bumiputera / India )
  3. Berumur 18- 60 tahun
  4. Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan
  5. Mempunyai pendaftaran SSM atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) yang sah
  6. Bebas daripada tindakan kebankrapan
  7. Mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan sedia ada)

Cara Memohon TBRS TEKUN

Buat masa ini, permohonan TBRS TEKUN adalah secara manual sahaja, di mana segala permohonan perlu dibuat di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran dengan premis perniagaan.

Sila klik link senarai Pejabat TEKUN Cawangan di pautan ini untuk merujuk lokasi yang paling dekat dengan anda:  https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/

*Setakat ini permohonan online hanya untuk Skim TEKUN Mobilepreneur sahaja.

ATAU

Muat turun borang secara online dan hantarkan borang lengkap ke pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran dengan premis perniagaan.

i) Cetak borang permohonan melalui pautan di bawah:

ii) Dokumen yang perlu dilampirkan bersama adalah seperti berikut:

  1. Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN ( JPP/BORANG/02 )
  2. Borang Penzahiran Kebenaran Maklumat Individu ( JPP/BORANG/17 )
  3. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) yang sah
  4. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan ( jika berkenaan )
  5. Salinan Penyata Akaun Bank Individu untuk 1 bulan terkini
  6. Salinan salah satu Bil Utiliti terkini ( elektrik / air / telefon / syarikat TV berbayar )

Semakan / Kelulusan

Selepas borang permohonan yang lengkap diterima, tempoh yang diambil untuk kelulusan permohonan adalah :

i) 5 hari bekerja untuk usahawan TEKUN sedia ada

ii) 7 hari bekerja untuk usahawan yang pertama kali memohon pembiayaan TEKUN

Baca juga : Cara Buat Semakan CCRIS Online & Manual Melalui Bank Negara

Tempoh / Jadual Bayaran Balik

Tempoh bayaran balik bagi pembiayaan Skim Pemulihan Perniagaan (TBRS) TEKUN ini adalah antara 1 tahun hingga 3 tahun.

Kadar faedah yang dikenakan pula adalah sebanyak 3.5% setahun.

Di bawah ini dilampirkan jadual bayaran balik bagi rujukan anda.

tbrs tekun

Tempoh Permohonan

Untuk makluman, Skim Pemulihan Perniagaan (TBRS) TEKUN ini telah dibuka untuk permohonan mulai 13 Julai 2020.

Tempoh permohonan adalah sehingga dana yang diperuntukkan habis.

NOTA PENTING:

Pihak TEKUN Nasional tidak melantik ejen atau pihak ketiga dalam menguruskan permohonan permbiayaan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS TEKUN).

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan Skim Pemulihan Pembiayaan TEKUN (TBRS) sila layari www.tekun.gov.my atau ajukan pertanyaan melalui Facebook Rasmi TEKUN Nasional.

Nombor telefon : 03-9059 8888

E-mel : [email protected]

Anda juga boleh menghantar maklum balas dan aduan di laman web TEKUN Nasional di SINI.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!