Tarikh Cabutan SSP BSN dan Cara Buat Semakan

Adakah anda seorang pencarum Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional dan ingin mengetahui tarikh cabutan SSP BSN bagi tahun 2024?

Dengan hanya mencarum dan mengikuti syarat dan terma yang dinyatakan, anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang berjumlah sehingga RM30 Juta!

BSN SSP terbuka kepada akaun Individu sahaja. Akaun Bersama dan Amanah adalah tidak dibenarkan.

Apa it SSP BSN?

SSP BSN atau Sijil Simpanan Premium di Bank Simpanan Nasional merupakan produk simpanan BSN yang unik sejak tahun 1978.

Berbeza dengan simpanan biasa, SSP adalah satu simpanan berbentuk pelaburan patuh syariah yang menawarkan pulangan dividen setiap tahun.

Berdasarkan dokumen Terma dan Syarat yang disediakan oleh pihak BSN, ia ‘dikendalikan mengikut prinsip Mudharabah serta tertakluk kepada Akta Bank Simpanan Nasional (BSN) 1974’ dan ‘menggunakan kaedah PER (Profit Equalisation Reserve) dalam menguruskan pulangan ke atas deposit akaun-akaun di bawah konsep Mudharabah.’

Senarai hadiah cabutan SSP 2024

Untuk 2024, BSN SSP menawarkan sepuluh (10) cabutan seperti senarai dibawah:

  1. Cabutan Jutawan
  2. Cabutan Bulanan
  3. Cabutan Wilayah
  4. Cabutan Penyimpan Baru
  5. Cabutan Penyimpan Muda
  6. Cabutan Kesetiaan
  7. Cabutan Istimewa Guru dan Pekerja Barisan Hadapan
  8. Cabutan Akaun Gaji
  9. Cabutan Simpanan Konsisten
  10. Cabutan Ulang Tahun BSN ke-50

Pemenang hendaklah mengemukakan maklumat dan dokumen sokongan seperti yang melalui serahan atau pos ke alamat Ibu Pejabat BSN yang dinyatakan seperti berikut:

Seksyen Sokongan Perniagaan
Jabatan Deposit & Pembayaran,
Tingkat 8, Wisma BSN,
117, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
Telefon/ Faks: 03-20283222 Samb. 12620 / 15694

Tempoh Kempen

Tempoh kempen bagi tahun 2024 adalah antara 1 Januari 2024 – 31 Disember 2024

Artikel berkaitan: myBSN: Cara Daftar BSN Online Banking & Login Akaun

Tarikh Cabutan SSP BSN

Berikut merupakan Tarikh Cabutan SSP BSN yang telah diterbrbitkan ole pihak BSN:

Tarikh Cabutan SSP BSN

Setiap proses cabutan akan ditayangkan secara rasmi melalui Facebook Live BSN.

Cara semakan pemenang

Untuk menyemak senarai pemenang cabutan SSP BSN, sila layari halaman https://www.bsn.com.my/page/bsn-ssp-draw-results

Anda dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan atau no sijil SSP anda.

Cara daftar

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kempen SSP BSN tahun 2024, anda boleh berbuat demikian melalui salah satu kaedah di bawah:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!