Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2024 / 2025

TARIKH BUKA SEKOLAH KPM SESI 2024 / 2025

KPM memaklumkan bahawa tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diawalkan bagi memastikan pengembalian tarikh permulaan sekolah ke bulan Januari dapat dilaksanakan dengan lancar dalam sedikit masa lagi.

Berikut dikongsikan tarikh buka sekolah bagi sesi persekolahan 2023 / 2024 untuk semua sekolah rendah dan menengah KPM di Malaysia

Tarikh Buka Sekolah Sesi Akademik 2024 / 2025

Untuk makluman, sesi persekolahan bagi sesi akademik 2024/2025 akan bermula pada tarikh berikut:

  • Kumpulan A (Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) : 10 Mac 2024
  • Kumpulan B (Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya) : 11 Mac 2024

Berikut dilampirkan Kalendar Akademik KPM bagi sesi 2024/2025 sekolah-sekolah Kumpulan A dan Kumpulan B.

Kalendar Akademik Sesi 2024 / 2025 KPM boleh dirujuk dalam Lampiran A dan Lampiran B di bawah:

tarikh buka sekolah 2024

Kalendar Cuti Perayaan (Cuti Sekolah KPM) Sesi 2024 / 2025 KPM

Berikut disertakan Cuti Perayaan Sesi 2024 / 2025 yang diumumkan oleh KPM.

tarikh buka sekolah 2024

Sumber: Kalendar Akademik Sesi 2024/2025

Rujuk : Kalendar 2024: Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah KPM

Takwim Sekolah KPM Akan Kembali Kepada Januari

Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan akan mengembalikan semula takwim persekolahan yang bermula pada Januari seperti sebelum ini, tidak lama lagi.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ibu bapa tidak perlu risau kerana kementeriannya sedang berusaha ke arah itu.

Bagaimanapun, katanya, perkara berkenaan masih belum boleh dilaksanakan tahun hadapan memandangkan perlu menyelesaikan pelbagai justifikasi mengikut Akta Pendidikan 1996.

“Tidak dinafikan kita (KPM) banyak menerima permintaan supaya sesi persekolahan seperti sebelum ini (Januari) dapat dikembalikan semula.

“Jangan risau, kita akan balik semula (takwim persekolahan) kepada Januari, cuma pada ketika ini kita perlu menyelesaikan pelbagai justifikasi berhubung perkara ini terlebih dahulu mengikut kepada Akta Pendidikan.

“Sebagai contoh jumlah hari bersekolah seperti dalam Akta Pendidikan hendaklah tidak kurang daripada 190 hari, disamping mengambil kira takwim sekolah di negeri kumpulan A dan B,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, sesi persekolahan berubah susulan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan takwim persekolahan bagi sesi 2022/2023 bermula pada Mac 2022.

Jelas Fadhlina, perubahan semula takwim persekolahan juga perlu mengambil kira faktor ekonomi setempat dan banjir pada hujung tahun, selain tidak mengganggu jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Perincian mengenai kenyataan rasmi ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim.

Kongsikan-kongsikan ya!

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!