Tarikh Bayaran Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 Fasa 1, 2, 3, 4

Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 (SYUKUR) merupakan inisiatif kerajaan negeri Sabah yang bertujuan meringankan beban kewangan golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini dan dalam artikel ini, kami sediakan tarikh bayaran Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025.

Program ini menyediakan bantuan tunai sebanyak RM300 setiap bulan kepada penerima yang layak sehingga 31 Disember 2025, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM358.5 juta dan dijangka memberi manfaat kepada 100,000 penerima.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menegaskan bahawa kerajaan sentiasa memikirkan usaha dan inisiatif untuk membantu rakyat, terutama golongan miskin dan miskin tegar, dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup masa kini.

Dengan pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 dan inisiatif lain yang dirancang, diharapkan kesejahteraan rakyat Sabah akan terus dipertingkatkan, selari dengan aspirasi Sabah Maju Jaya dalam meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini.

Objektif Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

Sentuhan Kasih Rakyat Sabah

Antara objektif utama program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 (SYUKUR) ini adalah:

  • Meringankan Beban Kewangan: Membantu penerima memenuhi keperluan asas harian mereka.
  • Menyokong Golongan Memerlukan: Memberikan sokongan kewangan agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.
  • Mengurangkan Kadar Kemiskinan: Mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah melalui bantuan berterusan.
  • Tanda Keprihatinan Kerajaan: Menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat.

Kelayakan Penerima

Penerima bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 (SYUKUR) ini terdiri daripada Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih setakat 31 Disember 2024.

Bagi mereka yang belum berdaftar tetapi memenuhi syarat kelayakan, permohonan boleh dibuat melalui Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).

Syarat kelayakan termasuk:

  • Warganegara Malaysia berusia sekurang-kurangnya 18 tahun sebelum 31 Disember 2024.
  • Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ dan bermastautin di Sabah sekurang-kurangnya satu tahun.
  • KIR yang didaftarkan sebagai miskin atau miskin tegar dalam eKasih atau PADANS setakat 31 Disember 2024.
  • KIR yang belum tersenarai dalam eKasih tetapi mempunyai pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Kaedah Pembayaran

Pembayaran bantuan akan dilakukan secara berfasa, dengan setiap fasa meliputi tempoh tiga bulan (RM900) yang akan dikreditkan ke akaun bank penerima atau dibayar secara tunai bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank.

Bagi penerima yang memilih kaedah digital, kemudahan e-Wallet melalui aplikasi YONO Superapp turut disediakan.

Sila rujuk jadual d bawah untuk mengetahui tarikh Bayaran Sentuhan Kasih Rakyat Sabah.

Jadual Pembayaran Mengikut Fasa

Berikut adalah tarikh bayaran Sentuhan Kasih Rakyat dan jadual pembayaran bagi setiap fasa:

  • Fasa 1 (Januari – Mac 2025): Pembayaran bermula Februari 2025.
  • Fasa 2 (April – Jun 2025): Pembayaran bermula April 2025.
  • Fasa 3 (Julai – September 2025): Pembayaran bermula September 2025.
  • Fasa 4 (Oktober – Disember 2025): Pembayaran bermula Oktober 2025.

Cara Membuat Semakan dan Permohonan

Tarikh Bayaran Sentuhan Kasih Rakyat

Penerima boleh membuat semakan status dan pembayaran melalui:

  • Laman Web PADANS: https://padans.sabah.gov.my/
  • Laman Web SYUKUR: http://sukur.sabah.gov.my/
  • Aplikasi YONO Superapp: Muat turun dan daftar untuk kemudahan semakan dan pembayaran.
  • Notifikasi SMS: Penerima akan menerima pemberitahuan melalui SMS mengenai status dan pembayaran.

Bagi mereka yang belum berdaftar tetapi layak, permohonan baharu boleh dibuat melalui laman web PADANS dengan mendaftar akaun dan mengisi maklumat yang diperlukan.

Permohonan juga boleh dilakukan melalui Pejabat Daerah atau Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) setempat.

Baca lagi: SUKUR Sabah – Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025

Kerajaan negeri Sabah komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat melalui pelbagai inisiatif.

Selain Program SYUKUR, kerajaan merancang untuk melaksanakan program baharu bagi membantu meringankan beban rakyat yang akan diumumkan pada tahun ini, bergantung kepada perancangan dan kemampuan kewangan negeri.

Maklumat lanjut

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai tarikh bayaran Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, sila rujuk:

  • Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah:
    • Talian Telefon: 088 338 338
    • Talian Whatsapp : 010 – 5828207
  • Laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: https://padans.sabah.gov.my/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut