Kerajaan Mungkin Tarik Balik Subsidi Budi95 untuk Golongan T20 atau T15

tarik balik subsidi budi95
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Kerajaan kini sedang mempertimbangkan kemungkinan menarik balik subsidi petrol RON95 menerusi sistem Budi95 untuk golongan T20 atau T15.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan bahawa cadangan tersebut sudah diteliti di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) sejak hampir sebulan lalu.

Cadangan Masih Dalam Penelitian

Menurut Anwar, kerajaan masih belum membuat keputusan muktamad sama ada pelaksanaan itu akan melibatkan kumpulan T20 atau T15.

Beliau berkata, kerajaan sedang memperhalusi mekanisme terbaik supaya pelaksanaannya lebih mudah dan tidak membebankan golongan pertengahan atasan.

“Cadangan itu telah diteliti oleh MTEN. Memang cadangan itu telah dikaji sejak sebulan lalu.

“Namun, kita belum memutuskan sama ada melibatkan kumpulan T20 atau T15 supaya tidak membebankan golongan pertengahan atasan dan mudah untuk dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Mahasiswa India di Universiti Malaya.

Fokus Kepada Subsidi Bersasar

Isu subsidi RON95 kembali hangat diperkatakan selepas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan supaya mengecualikan golongan kaya daripada terus menikmati subsidi petrol.

Cadangan itu dilihat selari dengan usaha kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar, di mana bantuan hanya diberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Jika dilaksanakan, golongan berpendapatan tinggi mungkin perlu membayar harga petrol RON95 tanpa subsidi, manakala rakyat biasa masih menerima manfaat subsidi sedia ada.

Setakat ini, kerajaan masih meneliti kaedah terbaik sebelum sebarang keputusan rasmi diumumkan.

Kredit: BuletinTV3

Apa itu Budi95?

BUDI95 adalah skim subsidi petrol RON95 bersasar khas untuk warganegara Malaysia. Ia diperkenalkan bagi memastikan subsidi lebih adil, mengurangkan ketirisan, dan manfaatnya benar-benar dinikmati rakyat.

Siapa Golongan T20 dan T15?

Golongan T15 merujuk kepada 15% isi rumah dengan pendapatan tertinggi di Malaysia dan merupakan sebahagian daripada kategori T20.

Golongan T20 pula mempunyai merujuk kepada 20% isi rumah berpendapatan tertinggi di Malaysia. Kumpulan ini dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu T20 (T1) dan T20 (T2).

Bagi kategori T20 (T1), purata pendapatan isi rumah adalah sekitar RM13,585 sebulan dengan julat pendapatan antara RM11,820 hingga RM15,869.

Sementara itu, kategori T20 (T2) pula melibatkan isi rumah dengan purata pendapatan sekitar RM25,719 sebulan dan julat pendapatan RM15,870 ke atas.

Klasifikasi ini digunakan kerajaan bagi menentukan kumpulan sasaran untuk subsidi, bantuan kewangan dan dasar ekonomi negara.

Soalan Lazim tentang Tarik Balik Subsidi Budi95

1. Apa itu subsidi Budi95?

Budi95 merupakan mekanisme subsidi bersasar untuk petrol RON95 yang diperkenalkan kerajaan bagi memastikan bantuan lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan.

2. Siapa yang mungkin tidak lagi menerima subsidi RON95?

Kerajaan sedang mempertimbangkan sama ada golongan T20 atau T15 akan dikecualikan daripada menerima subsidi petrol RON95.

3. Adakah keputusan sudah dimuktamadkan?

Belum. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan masih memperhalusi mekanisme terbaik sebelum keputusan rasmi dibuat.

4. Kenapa kerajaan mahu tarik balik subsidi golongan tertentu?

Langkah itu bertujuan memastikan subsidi lebih bersasar dan tidak dinikmati golongan berpendapatan tinggi yang dianggap kurang memerlukan bantuan.

5. Bila pelaksanaan subsidi bersasar RON95 akan bermula?

Setakat ini, kerajaan belum mengumumkan tarikh rasmi pelaksanaan kerana cadangan tersebut masih dalam penelitian MTEN.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut