Cara Tukar No Telefon Bank Islam Untuk Terima TAC

Sekiranya anda merupakan pemilik akaun Bank Islam dan sudah menggunakan perkhidmatan perbankan internet oleh Bank Islam, anda past sudah tahu apa itu TAC Number Bank Islam.

Penggunaan TAC Number merupakan salah satu cara untuk memastikan setiap transaksi perbankan internet pelanggan Bank Islam sentiasa terselamat.

Hanya nombor telefon yang didaftarkan dengan pihak Bank Islam sahaja yang akan menerima TAC Number melalui SMS dan oleh itu apabila anda menukar nombor telefon peribadi, anda perlu menukar nombor telefon yang didaftarkan pada akaun anda.

Untuk keselamatan anda, jangan sesekali berkongsi nombor TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda.

Cara Tukar No Telefon Bank Islam Untuk Terima TAC

Terdapat 2 cara untuk membuat pertukaran iaitu:

1. Tukar melalui ATM

Antara cara paling mudah untuk menukar nombor telefon bagi menerima TAC Number Bank Islam adalah melalui mesin ATM Bank Islam.

Mesin ATM Bank Islam boleh ditemui di setiap cawangan Bank Islam atau mana-mana lokasi tumpuan ramai seperti pusat beli belah, UTC dan sebagainya (namun sukar ditemui jika dibandingkan dengan mesin ATM Maybank dan CIMB).

Untuk menukar nombor telefon anda, ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Masukkan kad bank anda
  2. Masukkan Nombor PIN
  3. Pada bahagian Menu, pilih Online Banking atau Perbankan Internet
  4. Masukkan nombor baru anda
  5. Sahkan dan simpan resit yang dikeluarkan untuk rujukan di masa hadapan

2. Tukar melalui perbankan internet

Namun, anda juga cara yang lebih mudah iaitu melalui web atau aplikasi perbankan internet Bank Islam.

Untuk menukar nombor telefon anda kepada nombor telefon baru bagi urusan penerimaan TAC Number, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman https://www.bankislam.biz/
  2. Log masuk ke akaun anda dengan memasukkan kata nama dan kata kunci
  3. Pada bahagian menu, pilih Settings
  4. Kemudian, pilih Mobile Maintenance
  5. Kemudian, Save untuk menyimpan perubahan yang dilakukan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mengalami sebarang kesukaran atau masalah menggunakan salah satu cara di atas, anda boleh segera ke cawangan Bank Islam berhampiran untuk mendapatkan bantuan daripada pegawai yang bertugas.

Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan Bank Islam untuk maklumat lanjut.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!