Permohonan bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan bagi tahun 2026 dibuka bermula 2 Mac 2026 dan usahawan wanita di negeri tersebut dialu-alukan memohon.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang tabung usahawan ini.

Apakah Tabung Usahawan Wanita Kelantan?
Tabung Usahawan Wanita Kelantan merupakan bantuan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan khusus untuk membantu usahawan wanita di negeri tersebut.
Melalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri Kelantan menyediakan bantuan berbentuk peralatan perniagaan kepada peniaga kecil wanita seluruh Kelantan.
Bantuan ini diberikan kepada peniaga wanita Kelantan sahaja bagi membantu peniaga wanita mengembangkan lagi perniagaan yang sedang dijalankan.
Tarikh Permohonan
Permohonan boleh dibuat mulai 2 Mac sehingga 26 Mac 2026.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah maksima RM2,500.00 sahaja berbentuk peralatan perniagaan.
Syarat Permohonan
- Untuk usahawan kecil wanita & usahawan OKU wanita sahaja.
- Umur 18 – 60 tahun, menetap di Kelantan, warganegara Malaysia.
- Bantuan dalam bentuk peralatan sahaja.
- Tidak pernah mendapat bantuan Tabung Usahawan Wanita.
- Kadar permohonan bantuan maksima RM2,500.00 sahaja.
- Kadar bantuan bergantung kepada kelulusan pihak Kerajaan Negeri.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan yang boleh diambil di:
Tingkat 2, Bangunan UTC,
Jalan Hamzah Kota Bharu (Bahagian Agensi Kerajaan Negeri, Kaunter Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita)
Waktu Operasi: Ahad- Khamis (9:00 pagi – 4:00 petang)
Soalan Lazim
Tabung usahawan ini merupakan bantuan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk membantu usahawan wanita.
Permohonan dibuka 2 Mac sehingga 26 Mac 2026.
Bantuan yang akan diberikan adalah sehingga RM2,500.00 sahaja berbentuk peralatan perniagaan.
Tidak. Bantuan ini hanya boleh diberikan untuk bantuan peralatan perniagaan sahaja.
Permohonan mestilah dibuat menerusi borang permohonan yang boleh diambil di:
Tingkat 2, Bangunan UTC, Jalan Hamzah Kota Bharu (Bahagian Agensi Kerajaan Negeri, Kaunter Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita)
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut, hubungi saluran berikut:
Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan.
Aras 2, Blok 2,
Kompleks Kota Darul Naim,
15150 Kota Bharu,
Kelantan.
- Facebook Unit Kemahiran Wanita : https://www.facebook.com/ukekwa/
- Laman web: http://wanitakelantan.com/
- E-mel: [email protected]
Baca juga: 3 PKS Kongsi Impak & Strategi Naik Taraf Perniagaan Dengan SJPP




