Advertisements

Syoknya Naik Keretapi 2.0 : Diskaun RM 15 Untuk ETS & KTM Intercity

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa KTMB bersama Tourism Malaysia kini menawarkan diskaun sebanyak RM 15 menerusi kempen Syoknya Naik Keretapi 2.0.

Secara tidak langsung, kempen Syoknya Naik Keretapi 2.0 ini menjadi salah satu usaha KTMB dan Tourism Malaysia bagi menggalakkan penggunaan kereta api bagi tujuan pelancongan di dalam negara.

Diharap promosi yang ditawarkan ini dapat merancakkan kembali industri pelancongan di Malaysia.

Baca Juga : MySafeTravel VTL-Land: Daftar Perjalanan Malaysia – Singapura

Tempoh Perjalanan

Untuk makluman, tempoh perjalanan bagi pembelian tiket dengan diskaun Syoknya Naik Keretapi 2.0 adalah bagi perjalanan bertarikh 29 April 2022 sehingga 30 November 2022.

Syoknya Naik Keretapi 2.0

Syarat Kelayakan

Orang ramai yang berminat untuk dapat diskaun ini perlulah penuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti beirkut  :

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Mendaftar dan mempunyai Passenger Name Record dalam KTMB Integrated Ticketing System (KITS)
  • Pembelian tiket adalah bagi perkhidmatan ETS dan KTM Intercity sahaja dan tidak merangkumi Shuttle Timuran, Shuttle Tebrau, KTM Komuter dan KTM Komuter Utara.
  • Pembelian tiket adalah bagi penumpang dewasa dan kanak-kanak sahaja.
  • Tidak layak untuk pembelian bagi semua tiket konsesi.
  • Diskaun hanya tertakluk atas tambang penuh satu tiket (pergi dan balik) bersamaan atau melebihi RM 16.
  • Pengguna layak menebus kod promosi ini 1 kali sahaja bagi kempen ini dengan memasukkan kod promo sebelum membuat pembayaran :
  1. Pembelian tiket bagi perjalanan sehala dalam 1 transaksi atau
  2. Pembelian 1 tiket bagi perjalanan 2 hala yang dibuat dalam 1 transaksi.
  • Kod promo adalah tertakluk pada ‘first come, first serve’.
Syoknya Naik Keretapi 2.0

Cara Tebus Diskaun Syoknya Naik Keretapi 2.0

Untuk dapatkan diskaun sebanyak RM 15 bagi pembelian tiket keretapi, anda mestilah gunakan kod promo CUTIKERETAPI2 .

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Pembelian tiket mesti dilakukan melalaui transaksi seperti di bawah :

  • Secara atas talian (online) melalui laman web https://www.ktmb.com.my/ atau ;
  • Mesin layan diri tiket (TVM) atau
  • Kaunter tiket

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai kempen Syoknya Naik Keretapi 2.0 ini, sila layari laman web rasmi KTMB di pautan https://www.ktmb.com.my/

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment