Suzuki eVitara Malaysia: Spesifikasi, Rekabentuk, Varian, Harga

Suzuki eVitara
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Suzuki eVitara secara rasminya telah pun dilancarkan di Malaysia oleh Naza Eastern Motors, menandakan kemasukan jenama Jepun ini ke dalam era elektrifikasi dengan model SUV kompak sepenuhnya elektrik yang dinanti-nantikan.

Kehadiran Suzuki eVitara ini bukan sahaja memperkaya pilihan kenderaan elektrik (EV) di pasaran tempatan, malah ia diperkenalkan pada harga yang agak kompetitif berbanding kembar terdekatnya, sekali gus menjadi tawaran baharu yang menarik untuk diterokai.

Suzuki eVitara hadir sebagai pilihan baharu yang menarik dalam segmen SUV elektrik di Malaysia. Dengan harga RM188,000, ia menawarkan spesifikasi yang setanding dengan pesaing utamanya, malah lebih murah daripada kembar Toota-nya iaitu Toyota Urban Cruiser.

Baca lagi: Toyota Urban Cruiser EV Malaysia – Spesifikasi, Rekabentuk, Varian, Harga

Spesifikasi

suzuki eVitara elektrik

Suzuki eVitara yang dijual di Malaysia menggunakan platform baharu yang dibangunkan khusus untuk kenderaan elektrik, iaitu Heartect-e.

Ia dipacu oleh motor elektrik tunggal yang dipasang di bahagian hadapan, menghasilkan kuasa 174 PS (128 kW) dan tork 193 Nm.

Spesifikasi ini membolehkan SUV elektrik kompak ini memecut daripada 0 hingga 100 km/j dalam masa 8.7 saat, dengan kelajuan tertinggi 150 km/j.

Bekalan kuasa datang daripada bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) berkapasiti 61 kWh yang dibekalkan oleh BYD tetapi dihasilkan di India.

Dengan kapasiti ini, Suzuki eVitara mampu menempuh jarak sehingga 426 kilometer mengikut kitaran ujian WLTP, satu angka yang munasabah untuk kegunaan harian dan perjalanan jauh sekali sekala. Bagi pengecasan, ia menyokong pengecasan AC sehingga 7 kW yang mengambil masa sekitar sembilan jam untuk mengecas daripada 10 hingga 100 peratus.

Sementara itu, pengecasan pantas DC berkuasa sehingga 67 kW membolehkan bateri dicas daripada 15 hingga 80 peratus dalam masa lebih kurang 45 hingga 50 minit.

Kenderaan ini turut dilengkapi dengan pelbagai sistem keselamatan aktif dan pasif yang komprehensif. Dari segi pasif, ia hadir dengan tujuh beg udara, termasuk beg udara lutut untuk pemandu.

Bagi sistem bantuan pemandu (ADAS), ia merangkumi kawalan jelajah adaptif (ACC), bantuan kekal lorong (LKA), pencegahan keluar lorong (LDP), pemantauan titik buta (BSM), amaran lintasan trafik belakang (RCTA), sistem lampu tinggi adaptif (AHS), serta kamera pandangan 360 darjah.

Ciri-ciri ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan, malah memberikan keyakinan tambahan kepada pemandu dalam pelbagai situasi pemanduan.

Rekabentuk Luaran dan Dalaman

rekabentuk eVitara

Dari segi rekabentuk, Suzuki eVitara tampil dengan identiti tersendiri yang membezakannya daripada Toyota Urban Cruiser, walaupun berkongsi platform.

Ia mengangkat tema rekabentuk “High-Tech & Adventure” yang digambarkan sebagai “Metal Beast”, menggabungkan estetika SUV lasak dengan elemen futuristik EV moden.

Bahagian hadapan menampilkan gril heksagon unik dengan elemen lampu matriks tiga titik, lampu utama projektor LED, lampu nyalaan siang (DRL) LED, dan lampu kabus LED.

SUV ini juga dilengkapi dengan rim aloi dua-tona bersaiz 18 inci dan bumbung kaca panoramik dengan pelindung matahari.

Memasuki ruang kabin, Suzuki eVitara menyajikan persekitaran yang moden dan digital. Ciri utama ialah Sistem Paparan Bersepadu (Integrated Display System) yang menggabungkan kluster instrumen digital 10.25-inci dan skrin infotainmen 10.1-inci dalam satu unit yang kemas.

Kelengkapan lain termasuk stereng dua cabang, konsol tengah terapung dengan kawalan shift-by-wire, pengecas telefon tanpa wayar Qi, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto serta sistem audio premium Infinity.

Tempat duduknya dibalut dengan gabungan fabrik dan kulit sintetik, dengan tempat duduk pemandu boleh laras kuasa 10 arah dan fungsi pemanasan untuk tempat duduk hadapan.

Harga dan Varian Suzuki eVitara di Malaysia

harga eVitara Malaysia

Bagi pasaran Malaysia, Suzuki eVitara hanya ditawarkan dalam satu varian tunggal dengan harga RM188,000 (harga atas jalan, tanpa insurans).

pa yang menarik, harga ini meletakkannya RM10,000 lebih murah berbanding saudara kembarnya, Toyota Urban Cruiser, yang dilancarkan pada April lalu dengan harga RM198,000.

Kedua-dua model ini diimport sepenuhnya (CBU) dari India dan dibina di kilang yang sama.

Untuk tempoh pelancaran awal, Naza Eastern Motors menawarkan insentif menarik iaitu pengecasan EV percuma selama lima tahun di pengedar terpilih kepada 10 pembeli pertama, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Selain itu, Suzuki eVitara turut dilindungi waranti kenderaan lima tahun tanpa had perbatuan, waranti lima tahun atau 100,000km untuk komponen BEV, serta waranti lapan tahun atau 160,000km untuk bateri voltan tinggi.

Secara keseluruhannya, Suzuki eVitara hadir sebagai pilihan baharu yang menarik dalam segmen SUV elektrik di Malaysia dan rekabentuk yang moden dan lasak menjadikannya pilihan yang patut dipertimbangkan bagi mereka yang ingin beralih kepada mobiliti elektrik tanpa meninggalkan ciri-ciri praktikal sebuah SUV

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut
Avatar image of Affan