Contoh Surat Pengesahan Pendapatan

Surat pengesahan pendapatan merupakan satu dokumen rasmi yang mengesahkan pendapatan seseorang individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Sebagai contoh, surat pengesahan pendapatan mungkin diperlukan bagi mereka yang bekerja sendiri atau hanya melakukan kerja-kerja kampung yang diberikan upah harian dan tidak diberikan slip gaji.

Apabila memohon sesuatu bantuan (sama ada bantuan kewangan, bantuan persekolahan anak-anak dan seumpamanya), kebiasaannya slip gaji ibu bapa akan dijadikan pengukur aras sama ada bantu tersebut layak diberikan atau tidak.

Sekiranya slip gaji tidak ada, maka surat pengesahan pendapatan ini adalah sebagai penggantinya.

Pengesahan surat

surat pengesahan pendapatan

Disebabkan surat ini adalah pengakuan daripada seseorang individu mengenai pendapatan bulanannya, maka surat ini perlulah disahkan oleh pihak yang layak.

Antara pihak yang layak untuk membuah pengesahan pendapatan ini adalah:

  1. Ahli Parlimen
  2. ADUN
  3. Ketua Kampung
  4. Ketua JKKK
  5. Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas
  6. Pengetua Sekolah
  7. Jaksa Pendamai
  8. Pesuruhjaya Sumpah

Bagi yang mempunyai kesukaran mencari individu nombor 1 – 7 dalam senarai di atas, anda boleh berjumpa dengan Pesuruhjaya Sumpah berhampiran di tempat anda.

Tidak tahu bagaimana caranya? Lakukan carian di internet perkataan “Pesuruhaya Sumpah” dan anda akan ditunjukkan lokasi Pesuruhjaya Sumpah berdekatan dengan tempat anda.

Sila maklum bahawa perkhidmatan untuk membuat pengesahan bersama Pesuruhjaya Sumpah ini adalah perkhidmatan berbayar namun ianya tidaklah mahal, hanya dikenakan caj sekitar RM4 untuk 1 surat pengesahan.

Artikel berkaitan: Contoh surat tunjuk sebab kerana tidak hadir bekerja

Maklumat yang wajib dinyatakan

Memandangkan surat ini adalah dokumen rasmi seseorang individu mengenai pendapatannya, maka ianya wajib mengandungi maklumat-maklumat berikut mengenai dirinya:

  1. Nama penuh
  2. Alamat
  3. Nombor kad pengenalan
  4. Pekerjaan
  5. Pendapatan bulanan
  6. Tandatangan individu
  7. Tandatangan pengesahan
  8. Cop rasmi

Contoh surat

Tiada format rasmi untuk dokumen ini, cukuplah ianya mengandungi maklumat-maklumat yang disenaraikan di atas.

Walau bagaimanapun, sebagai rujukan sahaja, berikut merupakan antara contoh surat pengesahan pendapatan yang boleh digunakan:

Memandangkan surat pengesahan ini adalah kenyataan rasmi daripada seseorang individu, jumlah atau amaun pendapatan yang dinyatakan mestilah benar.

Sekiranya didapati terdapat penipuan (jumlah kurang atau lebih daripada pendapatan sebenar), seseorang individu itu boleh dilaporkan kepada pihak polis kerana membuat pernyataan palsu.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!