Sumbangan Khas RM600 Imam, Bilal, Guru KAFA & Takmir 2023

PEMBAYARAN SUMBANGAN KHAS RM600 SECARA ‘ONE-OFF’ KEPADA IMAM, BILAL, SIAK, GURU KAFA DAN TAKMIR 2023

Berita baik! Bayaran sumbangan khas sebanyak RM600 secara one-off kepada imam, siak, guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta takmir akan dibuat mulai Isnin, 17 April 2023, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Berikut dikongsikan info selanjutnya.

Sumbangan Khas RM600 Imam, Bilal, Guru KAFA & Takmir 2023

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

sumbangan khas guru kafa
sumbangan khas guru kafa

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat prihatin berhubung isu pembayaran sumbangan khas sebanyak RM600 secara one-off kepada para imam, bilal, siak, guru KAFA dan guru takmir sejajar dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.

Setelah sesi perbincangan bersama antara Kementerian Kewangan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, penyaluran pembayaran sumbangan khas berkenaan akan disalurkan kepada Kerajaan Negeri selewat-lewatnya pada hari Isnin, 17 April 2023.

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa menghargai jasa bakti para murabbi ummah yang mendidik masyarakat selain berharap penyaluran sumbangan khas ini kepada para penerima dapat memberikan keceriaan dalam suasana membuat persiapan sambutan Aidilfitri.

Sekian, terima kasih.

DATO SETIA DR. HJ. MOHD NAIM HJ. MOKHTAR

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Hal Ehwal Agama)

15 April 2023

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!