SUKA: Pendaftaran Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor

Kerajaan Negeri menubuhkan Sukarelawan Kesihatan Komuniti (SUKA) bagi menjalankan aktiviti kesihatan awam di peringkat komuniti terutama berkaitan pandemik Covid-19.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata penyertaan terbuka kepada warganegara yang menetap di Selangor, berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan.

Sukarelawan terpilih akan dilatih modul-modul bertemakan Covid-19 sebelum digerakkan ke seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

“Sukarelawan dilatih secara berkala antaranya pengurusan pesakit, ujian Covid-19 di rumah, tatacara pemeriksaan pesakit di rumah, penggunaan kit penilaian di rumah dalam aplikasi SELangkah dan pelbagai lagi.

“Bagi memberi nilai tambah kepada program ini, sukarelawan akan menerima manfaat Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) dan kit sukarelawan selain menjalani siri latihan percuma dikendalikan agensi atau pertubuhan berdaftar yang berkelayakan,” katanya menerusi kenyataan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sukarelawan Komuniti Selangor (SUKA) dan cara menyertainya.

suka selangor

Apakah Sukarelawan Komuniti Selangor (SUKA)?

Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Sukarelawan Kesihatan Komuniti (SUKA) yang akan digerakkan di semua 56 DUN di Negeri Selangor.

SUKA berperanan untuk membantu dan menjalankan program-program yang berkaitan kesihatan awam di peringkat komuniti.

Baca juga: MyVac: Pendaftaran Sukarelawan Bukan Kesihatan (Elaun RM50/Sehari)

suka selangor

Syarat-syarat

Syarat-syarat untuk menyertai sebagai sukarelawan adalah :

  • Warganegara dan menetap di Selangor
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan

Manfaat Menyertai SUKA

Manfaat yang menanti anda!

  • Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS)
  • Kit Sukarelawan – Vest, Fabric Mask, Medical glove, PPE
  • Latihan percuma secara berkala

Cara Pendaftaran

Bagi yang berminat untuk menyertai sebagai ahli sukarelawan SUKA, pendaftaran kini dibuka melalui pautan https://bit.ly/SUKA2021.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh emel kepada [email protected]

Baca juga: Permohonan Bakul Prihatin Negara (JKM)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!