Advertisements

Subsidi 50% Atau RM150 Pembelian Carseat Kanak-kanak (Bajet 2022)

Advertisements

SUBSIDI PEMBELIAN CARSEAT 50% ATAU SEHINGGA RM150

Subsidi 50% atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak melibatkan 188,000 penerima berjumlah RM30 juta diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2022 yang lalu.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang subsidi pembelian carseat ini bagi tahun 2022 ini untuk makluman bersama.

Apakah Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (Carseat) Yang Diumumkan Dalam Bajet 2022?

Bajet 2022 menyaksikan keprihatinan Kerajaan terhadap keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak.

Ini kerana berdasarkan statistik tahun 2019, sebanyak 19% golongan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah golongan kanak-kanak.

Daripada jumlah ini, sebanyak 1,276 kes adalah melibatkan kematian.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM30 juta kepada 188,000 penerima daripada golongan B40 untuk menikmati 50% rebat atau sehingga RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems – CRS).

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cadangan rebat ini akan dapat meringankan beban golongan B40 bagi membeli CRS dan pada masa yang sama dapat menjamin keselamatan golongan kanak-kanak yang merupakan aset masa depan negara.

Siapakah Yang Layak Mendapat Subsidi Ini?

Penerima subsidi ini terdiri daripada golongan B40.

Berapakah Kadar Insentif & Subsidi Carseat Yang Diperuntukkan?

Penerima yang layak boleh menikmati 50% rebat atau sehingga RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems – CRS).

Bagaimana Cara Penebusan Subsidi Ini?

Cara penebusan subsidi belum dimaklumkan lagi buat masa ini.

Maklumat berkaitan subsidi ini akan dikemaskini oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) / Agensi berkenaan dalam masa terdekat.

Subsidi carseat 2022

Namun, ibu ayah dah bolehlah survey jenis-jenis carseat mengikut Garis Panduan yang ditetapkan oleh MIROS di bawah ini.

Muat turun panduan penuh :

Semoga perkongsian ini dapat memberi gambaran dan panduan untuk memilih car seat yang sesuai untuk anak anda nanti.

Baca juga antara bantuan lain dalam Bajet 2022 :

Leave a Comment