Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 31 Ogos 2026, bermula pukul 7.00 pagi bertempat di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Maklumat lanjut mengenai sambutan kemerdekaan ini boleh dirujuk melalui portal Merdeka 360 di pautan berikut: https://www.merdeka360.my/

Setiap rakyat Malaysia pasti ternanti-nanti detik bersejarah untuk bersama-sama meraikan Hari Kemerdekaan negara yang ke-69 pada 31 Ogos 2026 nanti.

Sambutan setiap tahun disi dengan pelbagai program dan aktiviti menarik untuk semua golongan dan peringkat umur bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Sambutan Hari Kebangsaan 2026 / Hari Kemerdekaan negara yang ke-69 tahun untuk panduan semua.

Apa Itu Sambutan Hari Kebangsaan 2026?

Sambutan Hari Kebangsaan merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memperingati sejarah serta pencapaian Negara sejak kemerdekaannya dan pembentukan Malaysia.

Pelbagai aktiviti kenegaraan turut diadakan bagi meningkatkan semangat kebangsaan serta menggalakkan semangat patriotism dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Sambutan ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan identiti kebangsaan Malaysia untuk menghargai kepelbagaian budaya, agama dan etnik yang menjadi kebanggaan negara.

Sambutan bulan kebangsaan dimulakan dengan penganjuran acara berikut:

  • Lokasi: Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  • Tarikh: 31 Ogos 2026
  • Masa: Bermula 7 pagi

Jom kita ramai-ramai hadir memeriahkan lagi serta sama-sama merasai sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69!

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 - Jadual, Raptai, Aktiviti, Penutupan Jalan

Tema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026

Tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 ialah “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Tema ini diangkat untuk mencerminkan visi dan komitmen Kerajaan dalam membina sebuah negara yang maju, inklusif, dan harmoni, di mana setiap individu rakyat dapat merasai kesejahteraan secara menyeluruh.

Tema Hari Kebangsaan 2026
Penjelasan Tema Hari Kebangsaan

Logo & Maksudnya

Logo Hari Kebangsaan 2026 kekal menggunakan logo rasmi Malaysia MADANI yang diperkenalkan sebelum ini dan akan digunakan sehingga tahun 2027. 

Logo ini mempunyai reka bentuk yang unik dan simbolik menggambarkan nilai dan semangat tema sambutan iaitu “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.

Logo Hari Kebangsaan 2026
Logo Hari Kemerdekaan 2025

Maksud dan Simbolik Logo Malaysia MADANI 2026:

  • Tangan yang Diangkat: Melambangkan lafaz ikrar Rukun Negara yang menjadi asas perpaduan dan identiti kebangsaan Malaysia.
  • Jalur-jalur Merah Putih pada Tangan (5 jari): Simbolisme kepada Rukun Negara; ia mewakili lima prinsip utama negara.
  • Bulatan Berwarna Biru: Menunjukkan kebulatan pendapat, muafakat dan perpaduan antara rakyat Malaysia.
  • Bulan Sabit: Lambang Islam sebagai agama Persekutuan dan menghormati kepelbagaian agama di Malaysia.
  • Bintang Berbucu 14: Melambangkan perpaduan 13 negeri Malaysia dan Wilayah Persekutuan.
  • Warna-warna Asas Jalur Gemilang:
    • Biru mewakili kesatuan nasional dan persaudaraan.
    • Merah melambangkan keberanian, jati diri, dan keazaman rakyat.
    • Kuning menggambarkan nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan.
    • Putih melambangkan keluhuran budi dan kesucian hati.

Logo ini mesti digunakan secara konsisten pada semua bahan promosi, tanpa sebarang pengubahsuaian warna atau rekaan, bagi menjaga integriti visual negara.

TATACARA PENGGUNAAN

sambutan hari kebangsaan 2026
sambutan hari kebangsaan 2026 - logo

Tarikh & Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2026

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 akan berlangsung pada 31 Ogos 2026 bertempat di Dataran Putrajaya, Putrajaya sebagai lokasi utama peringkat kebangsaan.

Acara akan bermula seawal jam 7:00 pagi hingga tengah hari. Terdapat pelbagai program termasuk perarakan, persembahan kebudayaan dan upacara rasmi negara.

  • Tarikh: 31 Ogos 2026
  • Lokasi: Dataran Putrajaya, Putrajaya
  • Jam: Bermula pukul 7 pagi

Selain di Putrajaya, sambutan turut diadakan serentak di negeri-negeri seluruh Malaysia dengan pelbagai pengisian bersifat lokal bagi menyemarakkan semangat patriotisme di setiap komuniti.

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan/Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69 tahun pada tahun ini, 2026.

Siaran Langsung Hari Kemerdekaan Malaysia 2026

Anda boleh menonton siaran langsung Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di beberapa saluran utama seperti berikut:

  • RTM: Siaran langsung perbarisan & perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2026 bermula jam 7:30 pagi di saluran Berita RTM.
  • TV3: Saluran ini akan menyiarkan program dan temu bual berkaitan Hari Kebangsaan secara langsung pada hari yang sama.
  • Facebook Live: Anda boleh tonton secara online di laman Facebook rasmi RTM, TV3, atau Ai FM (facebook.com/aifm.malaysia) untuk liputan lebih interaktif.
  • Radio: Temu bual dan liputan secara langsung turut disiarkan di stesen radio seperti Ai FM (89.3 FM).

Siaran ini boleh diakses menerusi televisyen, radio, dan juga secara penstriman atas talian untuk keselesaan penonton di mana sahaja anda berada.

Aturcara Sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos

Sambutan Hari Kebangsaan 206 bakal diadakan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2026, Ahad. Rujuk aturcara program di bawah:

7:00 pagi: Ketibaan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025

7:10 pagi: Ketibaan YB Menteri Komunikasi selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026

7:15 pagi: Ketibaan tetamu kehormat

7:40 pagi: Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri II beserta isteri

7:45 pagi: Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri I dan isteri

7:50 pagi: Ketibaan YAB Perdana Menteri dan isteri

8:00 pagi: Ketibaan rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

  • Upacara hormat diraja dengan nyanyian lagu “Negaraku” oleh Kawalan Kehormatan Utama (KKU)
  • Lintas hormat oleh Unit Helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  • Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
  • Penyambutan rasmi dengan bacaan Ikrar Rukun Negara dan upacara menaikkan Jalur Gemilang yang diiringi tembakan meriam sebanyak 14 das
  • Perbarisan kontinjen dan perarakan aset kebangsaan
  • Persembahan lintas udara khas
  • Persembahan tematik bertajuk MADANI

10:00 pagi: Keberangkatan balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong

  • YAB Perdana Menteri dan isteri, bersama YAB Timbalan-Timbalan Perdana Menteri dan isteri serta tetamu kehormat mula meninggalkan majlis
  • Majlis berakhir dan bersurai

Kemudahan Disediakan

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, pelbagai kemudahan telah disediakan untuk keselesaan kira-kira 100,000 pengunjung yang dijangka hadir. Antara kemudahan utama termasuk:

Pengangkutan & Akses Awam

  • Pengangkutan Awam 24 Jam: Perkhidmatan tren dan pengangkutan awam terpilih oleh Prasarana beroperasi selama 24 jam bermula 30 hingga 31 Ogos untuk memudahkan pergerakan.
  • Bas Perantara Percuma: Hubungan ulang-alik disediakan dari lokasi parkir utama seperti Putrajaya Sentral, PICC, dan Bulatan Putrajaya terus ke kawasan zon sambutan.

Fasiliti Tapak & Keselesaan

  • Kapasiti Tempat Duduk Bertingkat: Ribuan tempat duduk disediakan bagi membolehkan orang ramai menyaksikan perarakan kontinjen dengan lebih selesa.
  • Tandas Awam Tambahan: Lebih 200 unit tandas awam sedia ada dan tandas mudah alih diletakkan di sepanjang laluan perbarisan.
  • Kemudahan Ibadah: Penyediaan beberapa khemah surau sementara serta surau bergerak untuk kemudahan pengunjung menunaikan solat.
  • Skrin LED Gergasi: Lebih 14 buah skrin LED dipasang di sepanjang laluan perbarisan sejauh 2.1 kilometer supaya pengunjung yang berada jauh tetap dapat melihat acara secara langsung.

Kebersihan, Kesihatan & Jualan

  • Pengurusan Sampah Dipertingkat: Penambahan bilangan tong sampah serta peningkatan kekerapan kutipan bagi memastikan kawasan Dataran Putrajaya kekal bersih. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, turut menyeru pengunjung untuk menjaga kebersihan bersama.
  • Khemah Perubatan: Pihak penyelamat menempatkan belasan pos atau khemah perubatan bagi menangani sebarang kes kecemasan atau bantuan kesihatan awal.
  • Zon Jualan Trak Makanan (Food Truck): Lebih 40 tapak trak makanan disediakan bagi memudahkan pengunjung mendapatkan makanan dan minuman sepanjang acara berlangsung.

    Semua perkhidmatan adalah PERCUMA!!

    Penutupan Ruang Udara

    MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA RUANG UDARA DAN LARANGAN AKTIVITI DRON BAGI PERTUNJUKAN LINTAS UDARA SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2026

    Penutupan sementara ruang udara akan dilaksanakan di kawasan yang terlibat bagi memberi laluan kepada sesi latihan dan raptai bagi Pertunjukan Lintas Udara Sempena Hari Kebangsaan 2026.

    • 26-28 Ogos 2026 (Latihan & Raptai) : 11:00 pagi – 12:00 tengah hari
    • 29 Ogos 2026 (Raptai Penuh): 8:45 pagi – 9:45 pagi
    • 31 Ogos 2026 (Hari Kebangsaan 2026): 8:45 pagi – 9:45 pagi

    Semua aktiviti penerbangan dron / Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) adalah DILARANG di kawasan yang terlibat sepanjang tempoh latihan dan raptai Pertunjukan Lintas Udara dijalankan.

    sambutan hari kebangsan 2026

    Penutupan Jalan untuk Raptai

    Maklumat ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

    Apa yang Menarik Sepanjang Bulan Kemerdekaan 2026?

    Sepanjang Bulan Kebangsaan 2026, pelbagai program mega, aktiviti komuniti, dan pengisian patriotik telah disusun di seluruh negara bagi menyemarakkan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.

    Antaranya:

    1. 7 Program Sisipan

    • Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG): Konvoi kenderaan yang menjelajah ke seluruh pelosok negara bagi mengedarkan Jalur Gemilang dan menyemarakkan semangat patriotik bersama komuniti setempat.
    • Kembara Bahasa HKHM: Aktiviti pengukuhan bahasa kebangsaan melalui sastera, deklamasi puisi, dan pidato merdeka yang melibatkan penyertaan generasi muda.
    • RIUH Merdeka: Karnival industri kreatif yang menghimpunkan usahawan lokal, pameran seni budaya, persembahan muzik, dan jualan makanan bertemakan kemerdekaan.
    • Malaysia MADANI Quran Hour: Pengisian kerohanian melalui sesi interaksi dan tadabbur al-Quran bagi mendoakan kesejahteraan serta kedamaian negara.
    • Majlis Memperingati Negarawan: Program refleksi sejarah dan forum khas bagi menghargai jasa serta perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan tanah air.
    • Program Jiwa Komuniti MADANI: Aktiviti gotong-royong, hiasan kampung/taman bertemakan merdeka, dan sembang santai komuniti di peringkat akar umbi.
    • Ekspo Kesejahteraan MADANI: Pameran agensi kerajaan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan terus, kaunter diskaun, dan penyampaian bantuan kebajikan kepada rakyat.

    2. Insentif Digital Percuma untuk Rakyat

    • Rebat RAHMAH 10GB Data Percuma: Semua rakyat warganegara yang layak boleh menikmati data internet percuma sebahagian daripada pengisian kemerdekaan (5GB pada 31 Ogos dan 5GB pada 16 September) menerusi syarikat telekomunikasi masing-masing.

    3. Pertandingan Nasional Berskala Besar (Buka Kepada Umum)

    • Pertandingan Video Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026: Bertemakan “Aku Kasih Malaysia”, pertandingan ini dibuka dari 17 Julai hingga 21 Ogos 2026 untuk sesiapa yang berbakat menghasilkan kandungan video pendek kreatif.
    • Pertandingan Keceriaan Pejabat HKHM 2026: Berlangsung dari 1 hingga 20 Ogos 2026, menggalakkan sektor awam dan swasta menghias premis dengan kreativiti Jalur Gemilang.

    4. Acara Sukan & Riadah Santai Merdeka

    • Merdeka Walk 5KM KUSKOP: Berlangsung sepanjang 22 Julai hingga 30 September 2026 di sekitar Parcel E dan laluan Tasik Wetland Upper Bisa, Putrajaya. Sesuai untuk aktiviti riadah hujung minggu bersama keluarga.
    • Larian & Konvoi Komuniti: Banyak daerah menganjurkan Fun Run malam atau kayuhan basikal merdeka yang dihiasi lampu berwarna-warni.

    5. Pameran Sejarah & Kebudayaan Interaktif

    • Pameran Kemerdekaan “Malaysia Tanah Airku”: Pameran arkib, dokumen bersejarah, dan potret pejuang kemerdekaan yang diadakan di beberapa galeri utama serta hab transformasi Putrajaya.
    • Latihan Terbuka Penerbangan ‘Merdeka Sunset Air Show’: Anda boleh menyaksikan jet-jet pejuang melakukan latihan formasi ruang udara yang menakjubkan (“melukis senja”) di sekitar ruang udara Putrajaya menjelang minggu kemuncak sambutan.

    6. Kempen Pengibaran Bendera

    • Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang: Tahun ini, kempen diperluaskan dengan tambahan dua kluster baharu iaitu kluster rumah ibadat dan kluster sukan (selain kluster perumahan, sekolah, dan industri) bagi memastikan setiap ruang komuniti meriah dengan kibaran bendera negara.

    Rujuk lebih banyak acara dan program yang dianjurkan sepanjang Bulan Kemerdekaan 2026 di sini: https://www.merdeka360.my

      Maklumat Lanjut

      Rancang kunjungan anda ke Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2026 untuk menyaksikan kemeriahan dan menyemai semangat patriotisme bersama-sama.

      Untuk lebih maklumat, layari portal Merdeka360, laman rasmi Jabatan Penerangan, serta portal-portal komuniti setempat bagi jadual dan aktiviti terkini.

      Laman web rasmi: www.merdeka360.my

      Soalan Lazim – Sambutan Hari Kebangsaan 2026

      Di manakah lokasi utama sambutan dan bilakah ia bermula?

      Lokasi: Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.
      Tarikh & Masa: Isnin, 31 Ogos 2026 bermula seawal jam 7.00 pagi. Orang ramai digalakkan hadir lebih awal (sekitar jam 5.00 pagi hingga 6.00 pagi) untuk mendapatkan tempat duduk terbaik.

      Apakah kemudahan pengangkutan awam yang disediakan?

      Tren LRT, MRT, dan ERL terpilih oleh Prasarana Malaysia Berhad beroperasi selama 24 jam dari 30 Ogos sehingga tamat acara pada 31 Ogos. Bas Perantara Percuma turut disediakan dari hab pengangkutan utama seperti Putrajaya Sentral (MRT Putrajaya Line) terus ke zon drop-off sambutan.

      Adakah terdapat penutupan jalan di Putrajaya?

      Ya. Beberapa laluan utama menuju ke Persiaran Perdana (Presint 2, 3, dan 4) akan ditutup secara berperingkat untuk sesi latihan, raptai penuh, dan pada hari kejadian (31 Ogos).

      Adakah logo Hari Kebangsaan 2026 berbeza daripada tahun sebelumnya?

      Logo rasmi yang digunakan adalah logo ‘Malaysia MADANI’ yang dikekalkan sehingga tahun 2027 bagi mengekalkan konsistensi tema dan identiti.

      Bagaimana cara untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai sambutan Hari Kemerdekaan 2026?

      Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi seperti Merdeka360 dan Jabatan Penerangan Malaysia, atau mengikuti media sosial rasmi sambutan untuk berita dan pengumuman terkini.

      Tahun ini, sambutan Hari Kemerdekaan yang ke berapa?

      Tahun 2026 menandakan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69. Ini bermakna Malaysia telah mencapai usia 69 tahun sejak merdeka pada 31 Ogos 1957.

      Apakah tips keselamatan dan kebersihan untuk pengunjung?

      – Jaga Kebersihan: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, mengingatkan semua pengunjung agar membawa plastik sampah sendiri dan memelihara kebersihan Dataran Putrajaya.
      – Persediaan Cuaca: Bawa payung, kipas mudah alih, dan topi bagi menghadapi cuaca panas atau hujan.
      – Kesihatan: Minum air secukupnya. Khemah perubatan kecemasan ada disediakan di sepanjang radius 2.1 kilometer kawasan perarakan jika memerlukan bantuan awal.

      Penulis