Mulai 24 Mei 2026, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mengalihkan semua akses masuk ke Ezbiz Online secara sepenuhnya melalui portal SSM4U.
Langkah ini bertujuan untuk menyepadukan semua perkhidmatan dalam talian SSM di bawah satu platform log masuk tunggal (Single Sign-On).
Selain itu, SSM4U juga menjadi pintu masuk utama bagi sistem lain seperti MyCoID, MBRS, MyLLP, XCESS, dan DCTC.
Rujuk info penuh mengani SSM4U termasuk cara daftar dan log masuk portal ini di bawah.
Apa Itu Portal SSMU?
Portal SSM4U adalah laman web yang disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk memudahkan orang awam mengakses pelbagai sistem perkhidmatan dalam talian mereka melalui satu log masuk tunggal (Single Sign-On).
Melalui portal ini, pengguna boleh mengakses sistem utama seperti EzBiz, MyCoID, MyLLP, dan MBRS dengan lebih mudah dan efisien tanpa perlu mendaftar akaun berasingan bagi setiap perkhidmatan.
Portal yang beroperasi 24 jam sehari ini menawarkan ciri-ciri moden seperti pendaftaran profil kendiri, pengesahan identiti secara biometrik, serta papan pemuka (dashboard) peribadi untuk memantau status transaksi dan koresponden secara berpusat.
Semua pemilik SSM perlu mendaftar akaun di portal SSM4U bagi memastikan anda boleh mengakses maklumat peribadi dan info terkini di portal ini.
Kegunaan & Servis
Portal SSM4U menawarkan pelbagai kegunaan dan servis yang memudahkan pengurusan identiti serta akses kepada sistem utama SSM secara digital.
Berikut adalah kegunaan dan servis utama yang disediakan:
- EzBiz Online: Digunakan untuk pendaftaran, pembaharuan, dan penutupan perniagaan milikan tunggal atau perkongsian.
- MyCoID: Sistem untuk pemerbadanan syarikat (Sdn Bhd) dan pengurusan maklumat korporat secara dalam talian.
- MyLLP: Digunakan untuk urusan pendaftaran dan pengurusan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), termasuk penyerahan pengisytiharan tahunan.
- MBRS (mPortal): Sistem pelaporan untuk serah simpan Penyata Tahunan (AR) dan Penyata Kewangan (FS) syarikat.
- e-BOS: Sistem untuk urusan maklumat Pemunyaan Benefisial (Beneficial Ownership) secara elektronik.
- XCESS: Servis untuk membeli maklumat produk perniagaan atau penglibatan peribadi individu dalam entiti perniagaan.
- DCTC Reader & Checker: Digunakan untuk menyemak kesahihan dokumen digital SSM yang telah disahkan benar (Digitally Certified True Copy).
- e-Search: Membolehkan pengguna mencari kod QR SSM BizTrust bagi memaparkan kredibiliti perniagaan dalam talian.
- e-COMTRAC: Digunakan untuk pendaftaran program latihan dan kursus yang dianjurkan oleh Akademi Latihan SSM.
Cara Daftar Portal SSM4U & Log Masuk
a) Bagi pengguna Ezbiz Online sedia ada (Menukar Kata Laluan/Forgot Password). Sila ikuti langkah-langkah berikut
- Layari portal SSM4U di https://www.ssm4u.com.my;
- Klik Login;
- Klik Forgot Password;
- Isi maklumat ID Type, ID Number, dan Name;
- Klik Submit; dan
- E-mel penetapan semula kata laluan akan dihantar ke alamat e-mel yang anda daftarkan di SSM4U.


b) Bagi pengguna Ezbiz Online baharu (Daftar Baharu/Register New Account). Sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari portal SSM4U di https://www.ssm4u.com.my;
- Klik Register;
- Isi maklumat yang diperlukan;
- Hantar borang pendaftaran;
- Terima e-mel pengesahan yang mengandungi pautan pengesahan;
- Klik pautan tersebut untuk mengesahkan akaun; dan
- Terima e-mel pemberitahuan setelah pendaftaran selesa




NOTA: Pengguna Ezbiz Online sedia ada diminta untuk menukar kata laluan (forgot password) di portal SSM4U. Akses masuk kepada portal SSM4U selepas ini adalah menggunakan alamat e-mel yang berdaftar seperti di portal ezbiz dengan kata laluan yang baru.
Sila rujuk panduan forgot password (https://ssm4u.com.my/forgotPassword?10)
Cara Kemaskini Alamat Emel
Langkah-langkah untuk mengemaskini alamat e-mel adalah seperti berikut:
- Layari Portal SSM4U di https://www.ssm4u.com.my;
- Klik Help;
- Klik I have registered but I can’t login to SSM4U;
- Klik I entered an incorrect email address during registration, what do I do?;
- Klik Change Email;
- Isi maklumat ID Type, ID No, Nama & Password;
- Klik Find;
- Isi maklumat alamat emel yang betul di ruangan New Email;
- Klik Submit;
- Sistem akan memaparkan mesej Please check your email to proceed next process;
- Sila semak e-mel notifikasi yang dihantar ke peti mel alamat e-mel baru dan klik pautan yang diberikan di dalam emel untuk mengesahkan alamat emel tersebut; dan
- Alamat emel SSM4U telah lengkap dikemaskini dan anda boleh log masuk ke SSM4U.
Cara Menjadi Verified User (Pengesahan Identiti)
Untuk melakukan transaksi penting (seperti daftar perniagaan baru), anda perlu mengesahkan identiti:
- Pilihan A (e-KYC): Log masuk melalui aplikasi mudah alih SSM4U (jika tersedia) dan ikut arahan imbasan muka serta kad pengenalan
- Pilihan B (Kaunter): Hadir ke mana-mana pejabat SSM berdekatan dengan membawa kad pengenalan untuk pengesahan biometrik.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Portal SSM4U, sila rujuk:
- Portal SSM4U
- Facebook Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)
- SSM Customer Service:
- Talian: 037721 4000
- Emel: [email protected]
Soalan Lazim Portal SSM4U



Ya. Walaupun anda mempunyai akaun Ezbiz, MyCoID, atau MBRS, anda tetap perlu mendaftar akaun di SSM4U. Portal ini berfungsi sebagai hab log masuk tunggal (Single Sign-On) yang akan menghubungkan semua akaun sedia ada anda di bawah satu identiti digital.
– General User (Pengguna Umum): Selepas mendaftar, anda boleh melihat maklumat umum, tetapi tidak boleh melakukan transaksi rasmi.
– Verified User (Pengguna Sah): Anda telah melalui proses pengesahan identiti (biometrik/e-KYC). Status ini wajib untuk melakukan urusan seperti pendaftaran perniagaan, pembaharuan, dan penyerahan dokumen syarikat.
– Secara Digital (e-KYC): Melalui peranti mudah alih (ikut arahan imbasan muka dan kad pengenalan di portal).
– Hadir ke Kaunter: Anda boleh hadir ke mana-mana pejabat SSM berdekatan dengan membawa MyKad asal untuk pengesahan di kiosk atau kaunter.
Sila semak folder Spam atau Junk Mail dalam emel anda.Pastikan alamat emel yang dimasukkan semasa pendaftaran adalah betul. Jika masih tiada, anda boleh klik butang “Resend Activation Email” di laman utama SSM4U.
Ya. Portal SSM4U boleh diakses 24 jam sehari, 7 hari seminggu, termasuk pada hari cuti umum dan hujung minggu untuk memudahkan urusan anda.
Tiada. Pendaftaran akaun di portal SSM4U adalah percuma. Bayaran hanya dikenakan bagi transaksi perniagaan atau pembelian maklumat produk SSM yang tertentu sahaja.





