STO 2.0 : Temujanji Imigresen Online & Waktu Operasi Kaunter

STO 2.0 : Cara Buat Temujanji Imigresen Online & Waktu Operasi Kaunter

STO 2.0 menawarkan perkhidmatan khas berkaitan dengan Pekerja Asing, Perkhidmatan Ekspatriat, Penguatkuasaan dan Perkhidmatan Visa & Pas dan perkhidmatan UTC.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang cara membuat permohonan temujanji online melalui STO 2.0 (Sistem Temujanji Online) Jabatan Imigresen Malaysia.

Apakah Sistem Temujanji Online (STO) Imigresen Malaysia?

Permohonan janji temu dalam tempoh PKP sebelum ini dilakukan melalui Sistem Temujanji Online (STO) di Portal STO 2.0 Imigresen Malaysia.

Perkhidmatan secara janji temu dilaksanakan bagi memastikan langkah pencegahan penularan pandemik COVID-19 dapat dipatuhi terutama dari aspek penjarakan fizikal serta mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan.

Sistem Temujanji Online (STO) bagi permohonan dan pembaharuan pasport Malaysia dimansuhkan mulai 11 Mei 2022.
* STO bagi urus niaga lain masih diteruskan seperti biasa.

Baca juga: IC Hilang Apa Nak Buat? Ini Kadar Denda & Prosedur Permohonan MyKad Online

Cara Mohon Temujanji Online Imigresen Melalui STO 2.0

  1. Sila layari laman web rasmi http://sto.imi.gov.my/sto/booking.php
  2. Isikan nama dan maklumat yang diperlukan dalam ruang yang disediakan
  3. Pilih cawangan dan masa untuk hadir ke kaunter
  4. Sila semak dan sahkan sebelum menghantar permohonan.
  5. Pemohon mesti mengisi semua maklumat dalam ruangan yang diperlukan.
  6. Maklumat tersebut termasuk Nama, No Kad Pengenalan / Pasport, Alamat Penuh, Alamat E-mel dan butiran maklumat lain. Jabatan Imigresen berhak untuk menolak mana-mana permohonan yang didapati tidak lengkap/tidak sah.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk MANUAL PENGGUNA DI PAUTAN BERIKUT: http://sto.imi.gov.my/sto/manual/sto_user_manual.pdf

Terma & Syarat

1) Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, sila buat pilihan lain;

2) Permohonan temujanji boleh dibuat seawal enam(6) bulan sebelum dan selewat – lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh temujanji dan tertakluk kepada kekosongan;

3)Pilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Imigresen;

4) Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat;

5) Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji;

6) Notifikasi butiran temujanji akan diemel kepada pemohon, sila cetak dan bawa semasa temujanji.

7)Satu temujanji bagi setiap permohonan/individu. Pemohon hendaklah mengemukakan tempahan temujanji secara berasingan bagi ahli keluarga/pasangan;

8) Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem. Jabatan Imigresen berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.

9) URUSAN PEMBAYARAN ADALAH SECARA TUNAI.

Sila rujuk maklumat berikut jika berkaitan:

Pemansuhan Temujanji Online Bagi Pembaharuan Pasport Mulai 11 Mei 2022

TERKINI: Jabatan Imigresen memansuhkan Sistem Temujanji Online (STO) serta memanjangkan waktu pengoperasian pejabat pengeluar pasport dan kaunter bagi mengatasi kesulitan berhubung permohonan dan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud mengumumkan STO bagi semua pejabat pengeluar pasport di luar Lembah Klang dimansuhkan mulai 9 Mei 2022 manakala di Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Melaka pula dimansuhkan mulai 16 Mei 2022.

“Pemohon yang telah menerima tarikh janji temu melalui STO mulai 16 Mei 2022 tidak perlu lagi mematuhi tarikh yang diberikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Dzaimee turut mengumumkan semua pejabat pengeluar pasport di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Melaka akan beroperasi pada hari Sabtu mulai 8 pagi hingga 1 petang bermula 14 Mei depan.Selain itu, waktu pengoperasian kaunter imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Bahru juga dipanjangkan sehingga 10 malam bermula 16 Mei 2022.

Khairul Dzaimee berkata kesulitan dihadapi rakyat Malaysia semasa proses permohonan dan memperbaharui PMA berpunca daripada peningkatan mendadak bagi PMA berikutan pembukaan sempadan negara mulai 1 April lepas hingga menyebabkan berlakunya kesesakan dalam STO.

Menurutnya, sebanyak 151,173 PMA telah dikeluarkan di seluruh negara dari 1 hingga 26 April.

Secara purata, katanya permohonan harian PMA di seluruh negara mencecah 8,000 unit, meningkat kira-kira 40 peratus berbanding sebelum pembukaan sempadan.

Beliau berkata Jabatan Imigresen juga menyediakan perkhidmatan permohonan PMA tanpa perlu melalui STO seperti di Putrajaya di bawah kategori baharu, warga emas, Orang Kurang Upaya, pelajar, kanak-kanak dan pemohon yang akan menunaikan haji yang mana boleh terus hadir ke kaunter.

“Walau bagaimanapun bagi permohonan pembaharuan PMA, Pejabat Pasport Putrajaya hanya akan memproses permohonan yang dibuat dalam talian dan hanya pemohon telah menerima notifikasi melalui e-mel sahaja akan diberi perkhidmatan,” katanya.

Rakyat Malaysia yang akan menjalani ibadah haji terus hadir ke mana-mana pejabat pengeluar pasport dengan membawa surat tawaran daripada Tabung Haji & Kaunter Khas disediakan.

Kelulusan sistem dalam talian boleh diperoleh dalam tempoh 3 hari bekerja melalui notifikasi e-mel.

Pemohon boleh hadir ke pejabat pemungut sekiranya tidak mendapat notifikasi melalui e-mel selepas tempoh tersebut.

Semua urusan pembaharuan PMA di seluruh negara perlu dibuat melalui sistem dalam talian kecuali permohonan PMA baru, kategori warga emas, OKU kanak-kanak 13 tahun ke bawah, jemaah haji, pelajar serta PMA yang telah rosak / hilang.

Disebabkan pertambahan ramai orang yang ingin memperbaharui passport mereka, kerajaan Malaysia telah membangunkan aplikasi permohonan pembaharuan secara dalam talian melalui platform MyIMMS eServices.

Waktu Operasi Kaunter

Bagi anda yang tidak boleh melakukan urusan secara online, sila rujuk waktu operasi kaunter Jabatan Imigresen Malaysia di bawah:

waktu operasi imigresen

*PMA = Pasport Malaysia Antarabangsa

Baca juga: SME First-i : Cara Buka Akaun Semasa Maybank Online (2022)

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) http://eapp.imi.gov.my/spo bagi mendapatkan sebarang informasi mengenai Jabatan Imigresen Malaysia.

ATAU

Rujuk Soalan Lazim / Frequently Asked Questions (FAQs) http://sto.imi.gov.my/sto/faq_sto.php

ATAU

Hubungi talian Hotline di 03-88882010 dan 03-80008000.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Jabatan Imigresen Malaysia di https://www.imi.gov.my atau portal yang berkaitan di bawah:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!