Advertisements

SPPAT KPM – Sistem Semakan Keputusan Peperiksaan SPM Atas Talian

Advertisements

Selaras dengan kemajuan teknologi, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan SPPAT, sebuah sistem pengurusan peperiksaan atas talian.

SPPAT atau nama penuhnya Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian merupakan satu sistem komprehensif bagi pengurusan pelbagai jenis peperiksaan yang boleh diakses oleh pihak sekolah, JPN, PPD dan sebagainya.

Dengan SPPAT juga, calon peperiksaan boleh menyemak keputusan ujian mereka dengan pantas dan mudah apabila keputusan peperiksaan telah diumumkan.

Semakan Keputusan Peperiksaan

Dari semasa ke semasa, calon peperiksaan bagi peperiksaan SPM, PT3 dan UPSR boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka dengan pantas melalui portal atau sistem SPPAT ini iaitu:

  1. Layari pautan SPPAT di : http://sppat.moe.gov.my/semakan/
  2. Calon yang mahu membuat semakan keputusan mereka hanya perlu memasukkan maklumat berikut:
    • Nombor kad pengenalan
    • Nombor angka giliran peperiksaan
  3. Keputusan peperiksaan akan dipaparkan.

Pastikan kedua-dua maklumat ini diisikan dengan betul bagi memastikan maklumat yang benar dipaparkan di portal SPPAT ini.

Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa keputusan ujian yang dipaparkan dalam portal ini adalah keputusan peperiksaan secara ringkas sahaja.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia hanya akan aktifkan fungsi semakan keputusan peperiksaan ini pada masa dan ketika bermulanya pengumuman tarikh dan masa bagi setiap peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.

Advertisements

Anda tetap perlu ke sekolah untuk mengambil slip rasmi ujian peperiksaan yang diambil dimana dokumen ini (sijil SPM) sangat penting untuk dibawa bagi anda yang mempunyai temuduga bagi mendapatkan pekerjaan.

Kaedah Semakan Keputusan SPM

Untuk makluman, calon boleh membuat semakan result SPM melalui kaedah berikut:

KAEDAH 1

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022.

Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui pos pada 16 Jun 2022.

KAEDAH 2

Semak secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2021 mulai
pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 Jun 2022
; dan/atau

KAEDAH 3

Semak secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 22 Jun 2022.

Pautan: https://www.moe.gov.my/…/kenyataan-media-berkaitan…

Pendaftaran Calon Persendirian / Ulangan SPM

Melalui portal SPPAT juga, calon persendirian bagi peperiksaan SPM juga boleh mendaftarkan diri di halaman.

Perkara sama juga boleh dilakukan oleh calon ulangan, iaitu para pelajar yang berhasrat mengulang semula beberapa subjek dalam SPM bagi memperbaiki markah SPM mereka.

Tidak semua subjek yang terlibat sebaliknya hanya subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik sahaja yang ditawarkan untuk peperiksaan ulangan SPM ini.

Maklumat terkini peperiksaan

SPPAT juga berfungsi sebagai portal sehenti bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini bagi peperiksaan SPM, PT3 dan UPSR.

Pada bahagian kanan portal ini, terdapat ruangan “Makluman Terkini” di sebelah kanan skrin komputer anda yang memaparkan beberapa perkara-perkara penting peperiksaan yang diambil.

sppat

Maklumat lanjut:

Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment