Skim Smart Sewa Selangor : Permohonan dan Syarat Kelayakan

Skim Smart Sewa Selangor merupakan satu inisiatif kerajaan Selangor bagi mengatasi masalah kenaikan harga rumah yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Memandangkan ini merupakan inisiatif kerajaan negeri Selangor, maka sudah tentulah program ini memberikan manfaat buat rakyat Selangor sendiri dalam membantu menurunkan kos sara hidup.

Sewa rumah untuk 5 tahun, selepas itu 30% daripada sewaan akan dipulangkan sebagai deposit untuk beli rumah.

Menarik kan?

Jom kami kongsikan selanjutnya tentang skim ini.

Apa Itu Skim Smart Sewa Selangor?

Skim Smart Sewa memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak berupaya memiliki Rumah Selangorku untuk memiliki kediaman sendiri.

Tempoh sewaan minima selama 2 tahun akan diberikan pemulangan sewaan sebanyak 30 peratus daripada jumlah sewaan bersih yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan dan tempoh maksima sewaan adalah 5 tahun.

Melalui Skim Smart Sewa Selangor ini, ianya akan memberi manfaat kepada pembeli untuk menyewa pada kadar berpatutan berbanding harga sewa pasaran.

Pada 25 Februari lalu, Kerajaan Negeri Selangor dilaporkan berhasrat memperluas Skim Smart Sewa bagi membantu lebih ramai rakyat miliki kediaman sendiri.

Dato’ Menteri Besar berkata pihaknya akan bertemu Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu.

skim smart sewa selangor

Diskaun hingga 80% barangan rumah Dessini air fryer, periuk, pengisar dan macam-macam lagi di Shopee.

Syarat-syarat kelayakan

Program Skim Smart Sewa Selangor ini disasarkan untuk golongn-golongan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:

  1. Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon;
  2. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
  3. Pendapatan seisi keluarga iaitu;
    • i. tidak melebihi RM5,000.00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah;
    • ii. tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah;
  4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
  5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan); atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;
  6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.

Artikel berkaitan: Rumah Selangorku: Permohonan, Semakan Status & Projek Terkini

smart sewa selagor

Tempoh Sewaan Smart Sewa Selangor

  • Maksimum 5 tahun
  • Minimum 2 tahun

Lokasi projek

Berikut merupakan lokasi projek yang terlibat dengan Skim Smart Sewa Selangor ini:

KLANG

  1. Pangsapuri Azteria, Parklands (850kp) – RM700
  2. Pangsapuri Azaria, Bandar Parklands (850kp) – RM700
  3. Pangsapuri Arista, Bandar Parklands (650kp) – RM550-RM600
  4. Pangsapuri Aronia, Bandar Parklands (900kp) – RM900
  5. Pangsapuri Trifolis, Bukit Tinggi (902kp) – RM900

HULU LANGAT

  1. Pangsapuri Gapura Bayu, Jade Hills, Kajang (750kp-1000kp) – RM600-RM750
  2. Pangsapuri Taming Mutiara, Bandar Sg Long, Kajang (986kp) – RM800
  3. Pangsapuri Idaman Abadi, Kajang (1022kp) – RM1000
  4. Pangsapuri Simfoni, Semenyih (750kp) – RM650

HULU SELANGOR

  1. Antara Gapi, Serendah (Rumah Teres 1200kp) – RM700
  2. Kota Puteri, Rawang (Rumah Banda 992kp) – RM680

PETALING

  1. Pangsapuri De Kiara, Setia Alam (800kp) – RM800
  2. Pangsapuri Seroja, Setia Alam (680kp) – RM600
  3. Pangsapuri De Bayu, Setia Alam (900kp) – RM850
  4. Pangsapuri De Cemara, Setia Alam (750kp) – RM750
  5. Pangsapuri Tun Teja, Alam Impian, Shah Alam (650kp) – RM650
  6. Pangsapuri Rimba Jaya, Sek 16, Shah Alam (650kp) – RM450
  7. Pangsapuri Kemuning Idaman, Kota Kemuning (900kp) – RM900
  8. Pangsapuri Aranda, Kota Kemuning (900kp) – RM800
  9. Pangsapuri Serunai, Bukit Raja (900kp) – RM800
  10. Pangsapuri Seri Utama, Taman Puchong Utama, Puchong (750-900kp) – RM700-RM800
  11. Pangsapuri Damai Utama, Puchong (650kp) – RM550-RM650
  12. Pangsapuri D’Alpina, Puchong (900kp) – RM650
  13. Pangsapuri Putra Prima, Puchong (900kp) – RM750
  14. Pangsapuri Seri Akasia, Puchong (900kp) – RM750
  15. Pangsapuri Harmoni, Putra Heights Subang (800kp) – RM850
  16. Bandar Seri Coalfields, Sg Buloh (Rumah Teres 2 tingkat 1080kp) – RM650

Cara memohon Smart Sewa Selangor

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh menghantar permohonan untuk skim sewaan ini melalui salah satu cara di bawah:

  1. Permohonan secara dalam talian di laman web SSIPR di alamat https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register
    • Daftar akaun terlebih dahulu
    • Selepas melengkapkan pendaftaran, log masuk ke akaun anda
    • Lengkapkan segala butiran yang diminta dan hantar permohonan
  2. Muat turun permohonan melalui laman web http://phssb.com/borang/
    • Print borang permohonan
    • Lengkapkan segala butiran yang diminta dalam borang permohonan tersebut.
    • Hantarkan borang beserta dokumen lengkap ke alamat berikut:

      Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
      Tingkat 5, Podium Utara,
      Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
      40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

      atau scan dan emel ke: [email protected]

Setiap pemohon akan ditemuduga terlebih dahulu.

Tarikh temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon selepas borang dan dokumen lengkap diterima.

Sebab-sebab Kelayakan Terbatal

Kelayakan pemohon yang diterima masuk untuk skim sewaan ini walaubagaimanapun boleh terbatal sekiranya:

  • Gagal untuk menjelaskan sewaan bulanan sebelum atau pada 7 haribulan setiap bulan;
  • Mempunyai tunggakan sewa bulanan (melebihi satu bulan) dan/ atau tunggakan bayaran utiliti;
  • Adalah seorang yang diisytiharkan bankrap/muflis;
  • Dibabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah oleh mahkamah;
  • Penyewa atau suami/isteri, dalam tempoh Perjanjian ini, mempunyai rumah kediaman atau tanah yang diperoleh secara beli, pesaka, pajak, hadiah atau lain-lain cara yang terletak di dalam lingkungan 50km daripada unit sewaan ini atau
  • Melepaskan posesi Premis tersebut atau sebahagian daripadanya kepada oaring lain atau mengambil orang-orang tumpangan;
  • Melakukan perbuatan tidak bermoral, salahlaku dan melakukan pelanggaran lain-lainsyarat atau terma seperti yang terkandung di dalam perjanjian sewa.

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Smart Sewa Selangor ini, sila rujuk saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!