Skor Kompetensi Digital atau Digital Competency Score (DCS), adalah instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi (gamification) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Ia bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika.
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenainya.
Pengenalan Digital Competency Score (DCS KPM)
Pada tahun 2022, DCS telah diperluaskan kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia kecuali kolej tingkatan enam.
Pelaksanaan Skor Kompetensi Digital / Digital Competency Score selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020).
Fokus utama Pembestarian Sekolah ialah:
- Penambahbaikan secara sistematik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
- Peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM
- penilaian murid berasaskan keberhasilan
BACA JUGA: MyDigital ID Malaysia – Cara Pendaftaran & Kelebihan ID Digital
Tarikh Pelaksanaan 2024
Pelaksanaan Skor Kompetensi Digital / Digital Competency Score (DCS) di sekolah-sekolah ini akan diuruskan oleh:
- Sektor Sumber Teknologi Pendidikan
- Jabatan Pendidikan Negeri dan Unit Sumber Teknologi Pendidikan
- Pejabat Pendidikan Daerah dengan bantuan penyelarasan di peringkat sekolah oleh Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT
Bagi tahun 2024, ia akan bermula pada 1 September hingga 30 November 2024.
Penyertaan Murid & Sijil PAJSK
Kumpulan sasaran adalah murid Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 (17 tahun bagi murid Kolej Vokasional) yang berada di sekolah / kolej tersebut.
Semua penyertaan murid kumpulan sasaran ini boleh dimasukkan dalam Sistem Pentaksiran Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) sebagai penyertaan di peringkat negeri.
Pendaftaran Guru & Murid
Untuk mendaftar, sila rujuk langkah-langkah yang di bawah:
- Layari http://dcs.moe.edu.my.
- Guru kelas boleh memasukkan no IC sebagai ID dan 4 digit terakhir no IC sebagai kata laluan.
- Cipta kelas dan isikan kelas tersebut dengan nama pelajar yang terlibat. Bagi memudahkan proses ini, guru boleh memuat naik fail CSV Microsoft Excel mengikut contoh format yang disediakan.
- Bagi pelajar pula, pelajar boleh log masuk menggunakan no IC atau MyKid sebagai ID dan 4 digit terakhir sebagai kata laluan.
VIDEO – CARA LOG MASUK UNTUK GURU PENYELARAS :
VIDEO – CARA LOG MASUK UNTUK MURID
Tahap Pencapaian
Terdapat 3 tahap pencapaian DCS iaitu:
- Intermediate (Stars of Moffious)
- Advance (Stars of Neo)
- Innovator (Stars of Grand Neo)
Selain itu, tahap pencapaian murid juga boleh dikategorikan berdasarkan poin dan kategori seperti yang gambarajah di bawah ini:
- Digital Innovator (4.75-5.00)
- Digital Advance (4.01-4.74)
- Digital Intermediate (3.01-4.00)
- Digital Novice (2.00-3.00)
- Digital Beginner (Below 2.00)
NOTA:
- Sijil pengiktirafan pencapaian DCS dijana sejurus murid selesai menjawab level ke 20.
- Murid boleh muat turun sijil serta merta atau pada masa akan datang.
- Tiada kemudahan untuk guru muat turun sijil sekali gus.
Panduan Menjawab Ujian Digital Competency Score DCS
Bagi murid, anda boleh menonton video ringkas d bawah untuk panduan menjawab soalan ujian DCS yang disediakan oleh Cikgu Rashid melalui laman Youtube beliau.
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perlaksanaan Skor Kompetensi Digital / Digital Competency Score ini, sila ke laman web https://linktr.ee/jomdcs
Anda juga boleh menghubungi pegawai meja DCS USTP, PPD masing-masing.
Sila ikuti Facebook rasmi Digital Competency Score untuk maklumat terkini.