Advertisements

Skim Pembiayaan Online TEKUN Nasional Untuk Usahawan Bumiputera dan India

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa TEKUN Nasional kini menawarkan Skim Pembiayaan Online atau SPOT kepada usahawan informal dan mikro (Bumiputera dan India).

Advertisements

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar dalam satu program sesi dialog baru-baru ini.

Sebagai permulaan, sebanyak RM 10 juta diperuntukkan dengan sasaran kepada 1,000 usahawan terutamanya usahawan dalam talian bagi mengembangkan perniagaan online mereka.

Teruskan membaca untuk ketahui maklumat serta cara mohon pembiayaan SPOT bagi usahawan secara atas talian yang berkelayakan.

Baca Juga : Tabung Usahawan Belia FELDA : Bantuan Perniagaan Sehingga RM 20,000

Tarikh Permohonan

Usahawan yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan bermula 20 Ogos 2022.

Kadar Pembiayaan Skim Pembiayaan Online TEKUN Nasional

Untuk makluman, kadar pembiayaan SPOT adalah dari RM 1,000 sehingga RM 10,000.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Nota : Caj pengurusan yang dikenakan adalah sebanyak 3% setahun menggunakan konsep Tawarruq.

Skim Pembiayaan Online TEKUN Nasional

Syarat Kelayakan

Usahawan yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun
  • Merupakan usahawan informal dan mikro
  • Merupakan Bumiputera dan India

Cara Memohon

Pemohon boleh menghadirkan diri ke Pejabat Cawangan TEKUN menerusi perkhidmatan di kaunter untuk kemukakan permohonan.

Senarai pejabat cawangan TEKUN boleh dirujuk menerusi pautan di bawah :

https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Skim Pembiayaan Online TEKUN, sila layari laman web https://www.tekun.gov.my/ms/

Leave a Comment