Bagi mereka yang menghidap kanser payudara di Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan telah menyediakan satu skim bagi membantu mereka yang menghidap penyakit ini menerusi Skim Bantuan Pesakit Kanser Payudara Kelantan 2026.
Berikut adalah maklumat beserta info lanjut mengenai skim ini.

Mengenai Skim Bantuan Peskait Kanser Payudara
Skim Bantuan Pesakit Kanser Payudara telah diwujudkan bermula pada tahun 2021 oleh Kerajaan Negeri Kelantan khusus bagi membantu mereka yang mengalami kanser payudara.
Skim ini sebagai tanda pihak kerajaan negeri prihatin dan peka dengan ujian dan kesukaran yang dialami pesakit yang mengalami penyakit ini.
Bantuan ini layak diberikan kepada pemohon yang mengalami kanser payudara pada mana-mana tahap berdasarkan syarat-syarat permohonan.
Tarikh Permohonan
Tarikh tutup permohonan untuk skim ini adalah pada 31 Mac 2026.
Jumlah Bantuan
Bantuan one-off sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada pesakit yang layak.
Syarat Permohonan
Pemohon perlulah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti:
- Warganegara Malaysia bermastautin di Negeri Kelantan.
- Pesakit yang disahkan menghidap kanser payudara oleh pihak hospital.
- Masih menjalani rawatan kanser di hospital yang diperakui kerajaan.
- Bukan daripada penerima Bantuan Kanser Payudara 2025.
- Pendapatan isi rumah kurang dari RM 5,000.00 sebulan.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di pautan https://go.kelantan.gov.my/W0SDm.
Isi borang tersebut dan wajib melampirkan dokumen sokongan yang telah disahkan seperti:
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan surat pengesahan sebagai pesakit kanser payudara dari pihak hospital
- Salinan penyata gaji pemohon dan pasangan
*Borang mestilah disahkan oleh Penghulu Mukim dan YB ADN/ Penyelia DUN
Borang dan dokumen tersebut boleh dihantar kepada:
Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita,
Aras 2, Blok 2,
Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu, Kelantan.
Soalan Lazim
Skim ini ialah skim yang telah diwujudkan bermula pada tahun 2021 oleh Kerajaan Negeri Kelantan khusus bagi membantu mereka yang mengalami kanser payudara.
Jumlah bantuan sebanyak RM1,000 secara one-off.
Tarikh tutup permohonan skim ini adalah pada 31 Mac 2026.
Borang permohonan boleh dimuat turun menerusi pautan https://go.kelantan.gov.my/W0SDm.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Pesakit Kanser Payudara, sila hubungi talian 019-9813918.
Baca juga: Virus Nipah: Cara Penyebaran, Gejala & Langkah Pencegahan




