Orang ramai adalah diingatkan untuk sentiasa berwaspada kepada satu penyakit yang baru dikesan di India iaitu Virus Nipah.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai virus ini.
Apa Itu Virus Nipah?
Virus Nipah ialah penyakit virus serius yang boleh membawa maut yang dibawa oleh haiwan kelawar buah (genus Pteropus) juga dikenali sebagai flying fox.
Virus ini juga boleh menjangkiti manusia dan haiwan, serta boleh merebak dari manusia kepada manusia yang mengakibatkan berlakunya gejala kepada mereka..
Kadar kematian dianggarkan antara 40%–70% bagi mereka yang dijangkiti dan bagi mereka yang dijangkini, mereka wajib melaporkan ke hospital di bawah Akta 342.
Menurut sejarah, virus ini pertama kali dikesan pada 1999 di Malaysia dan Singapura ketika berlaku wabak yang menjangkiti babi dan manusia.
Pada ketika itu, virus ini dibawa oleh kelawar yang telah menyebarkan virus kepada babi, dan menjangkiti pekerja di ladang babi.
Sejak daripada itu, wabak ini telah dilaporkan di beberapa negara seperti Bangladesh, India, Malaysia, Filipina, dan Singapura.
Pada ketika ini, kelawar pembawa virus ini terdapat di seluruh Asia, Lautan Pasifik Selatan, dan Australia.


Cara Penyebaran
Virus ini merebak dengan beberapa cara seperti:
- Berlakunya hubungan langsung dengan haiwan yang dijangkiti, seperti kelawar atau babi.
- Makan atau minum makanan yang tercemar, contohnya buah atau air nira.
- Hubungan rapat dengan cecair badan orang yang dijangkiti.
- Jangkitan awal dari haiwan ke manusia dikenali sebagai spillover event.
- Setelah manusia dijangkiti, virus boleh merebak dari manusia kepada manusia.
Gejala Yang Muncul
Terdapat 2 fasa gejala penyakit ini muncul iaitu:
Fasa 1: Penyamaran (3 – 14 Hari Selepas Jangkitan)
Pada peringkat awal, pesakit akan mengalami gejala umum seperti:
- Demam panas & sakit kepala
- Sakit otot (myalgia)
- Sakit tekak & muntah
- Masalah pernafasan (batuk/sesak nafas) mungkin berlaku pada sesetengah kes.
Fasa 2: Serangan Otak (Encephalitis)
Jika tidak dirawat, virus akan mara ke otak. Tanda-tanda bahaya ini boleh berlaku dengan pantas dalam masa 24 hingga 48 jam:
- Pening kepala yang melampau.
- Rasa mengantuk yang amat sangat (Drowsiness).
- Meracau atau keliru (Disorientation).
- Sawan.
- Koma.
Jika penyakit ini semakin kronik, individu akan mengalami komplikasi serius termasuk radang otak (encephalitis) dan kegagalan pernafasan.
Langkah Pencegahan
Orang ramai diingatkan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti:
- Elakkan sentuhan dengan kelawar atau babi yang sedang sakit.
- Elakkan kawasan kelawar bertenggek dan makanan yang tercemar.
- Elakkan minum air nira mentah atau makan buah yang tercemar.
- Cuci tangan dengan sabun secara kerap.
- Pengamal kesihatan yang menjaga pesakit Nipah mempunyai risiko lebih tinggi.
Langkah Kesiapsiagaan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Untuk makluman, pihak KKM telah melaksanakan beberapa langkah kesiapsiagaan iaitu:
- Saringan kesihatan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) bagi pengembara dari negara berisiko.
- Survelan penyakit berterusan.
- Kapasiti makmal untuk pengesanan Virus Nipah.
- Kesiapsiagaan fasiliti kesihatan.
- Amalan Pencegahan & Kawalan Indeksi (IPC).
- Kerjasama antara agensi melalui pendekatan One Health.
Baca juga: Penyakit Bawaan Banjir: Jenis Penyakit & Cara Pencegahan




