Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran Skim Bantuan Pendafataran IPT Dalam Negara oleh oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) kini dibuka dan boleh dipohon menerusi pautan https://epayment.maij.gov.my.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai skim bantuan pendaftaran ini.

Mengenai Skim Bantuan Pendaftaran IPT MAIJ 2026
Skim Bantuan Pendafataran IPT Dalam Negara merupakan bantuan yang disediakan kepada MAIJ keapda pelajar dalam melanjutkan pelajaran di IPT.
Umumnya, skim bantuan ini diwujudkan bagi membantu pelajar yang tergolong dalam asnaf fisabilillah untuk membayar yuran pendaftaran mereka di IPT.
Ini dapat membantu mereka memasuki IPT yang ditawarkan dan meneruskan pengajian di dalam bidang pengajian mereka.
Tarikh Permohonan
Untuk makluman, tarikh permohonan bagi bantuan ini dibuka mulai 15 Jun hingga 15 Julai 2026 secara atas talian.
Peringkat Pengajian
Peringkat pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut :
- Sijil / Asasi / Matrikulasi
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
Syarat Kelayakan
Pelajar yang ingin memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia beragama Islam
- Anak kelahiran Johor dan menetap di negeri Johor
- Mempunyai surat tawaran melanjutkan pengajian ke IPT tempatan
- Pendapatan per kapita keluarga tidak melebihi RM800 bagi setiap tanggungan
- Terbuka untuk kemasukan Semester Pertama sahaja
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat seperti langkah-langkah berikut :
- Layari laman web MAIJ iaitu https://epayment.maij.gov.my/.
- Klik menu “Daftar Pengguna.”
- Masukkan no. kad pengenalan dan klik “Semak No. Kad Pengenalan.”
- Sekiranya nombor kad pengenalan telah berdaftar, laman web tersebut akan memaparkan data pengguna telah didaftarkan. Klik menu “Klik Di Sini” untuk mengemaskini kata laluan.
- Sekiranya data pemohon tiada dalam sistem, lengkapkan maklumat peribadi pemohon.
- Selepas maklumat pendaftaran dilengkapkan, klik “Setuju’ dan “Simpan.”
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Klik pada menu “Bantuan IPT Dalam Negeri.”
- Lengkapkan butiran-butiran seperti:
– Maklumat pemohon.
– Maklumat ibu bapa atau penjaga.
– Maklumat pengajian. - Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
- Klik “Hantar” dan “Cetak Slip” sebagai rujukan permohonan.
Soalan Lazim
Skim Bantuan Pendafataran IPT Dalam Negara merupakan skim bantuan yang ditawarkan oleh pihak MAIJ kepada pelajar yang memerlukan untuk melanjutkan pengajian di IPT.
Ya. Skim bantuan ini hanya ditawarkan bagi IPT dalam negara.
Permohonan dibuka mulai 5 Jun hingga 15 Julai 2026.
– Sijil / Asasi / Matrikulasi
– Diploma
– Ijazah Sarjana Muda
Pendapatan perkapita keluarga mestilah tidak melebihi RM800.
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://epayment.maij.gov.my/.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Skim Bantuan Pendaftaran IPT Dalam Negara, sila layari https://www.maij.gov.my.
Baca juga: Permohonan Sekolah Seni Malaysia / Program Pendidikan Seni 2027




