Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) merupakan salah satu acara anugerah muzik paling berprestij di Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 26 September 2026.
Sepanjang sejarah penganjurannya, ini adalah kali pertama AIM diadakan di luar kawasan Kuala Lumpur atau Selangor. Lokasi pilihan untuk tahun 2026 ialah Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di Sarawak.
Bagi anda yang tidak mahu terlepas menyaksikan detik bersejarah pengiktirafan anak seni tempatan serta persembahan hebat daripada barisan artis kegemaran anda, pastikan anda semak info penuh tarikh, lokasi, dan platform penstriman digital terbaik untuk malam kemuncak ini di bawah.
Apa Itu AIM25?
Anugerah Industri Muzik (AIM) mula diperkenalkan pada tahun 1993 atas usaha bersama Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) bagi mengiktiraf kecemerlangan mutlak dalam industri muzik tempatan.
Berbeza dengan anugerah populariti, AIM ditubuhkan sebagai penanda aras kualiti kerana pemenangnya diadili sepenuhnya oleh barisan juri profesional.
Sepanjang penganjurannya, acara berprestij ini bukan sahaja meraikan kepelbagaian muzik merentasi pelbagai bahasa, malah telah melahirkan ramai nama besar termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza yang memegang rekod kemenangan terbanyak.
Setelah sekian lama bertapak di Lembah Klang, edisi jubli perak (AIM25) pada tahun 2026 ini melakar sejarah baharu apabila buat pertama kalinya diadakan ke Kuching, Sarawak pada 26 September 2026 ini.

Maklumat Anugerah Industri Muzik 2026
- Tarikh & Masa: Sabtu, 26 September 2026 bermula jam 9:00 malam.
- Lokasi: Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak
- Penyiar & Penganjur Bersama: Stesen penyiaran TVS.
- Barisan Pengacara: Dikendalikan oleh Awal Ashaari, Scha Alyahya, dan personaliti TVS, Sheera Abang Mansur
Kategori Anugerah AIM25
AIM25 mempertandingkan sebanyak 27 kategori keseluruhan yang merangkumi bidang vokal, genre muzik, teknikal, dan kategori khas. Kategori yang dipertandingnkan ialah:
- Artis Baru Terbaik
- Vokal Lelaki Terbaik
- Vokal Wanita Terbaik
- Vokal Kumpulan Terbaik
- Kugiran Terbaik
- Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik
- Video Muzik Terbaik
- Runut Bunyi Terbaik Di Dalam Filem Atau Drama
- Lagu Rock Terbaik
- Lagu Pop Terbaik
- Lagu Rap/Hip Hop Terbaik
- Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik
- Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
- Lagu Cina Tempatan Terbaik
- Lagu India Tempatan Terbaik
- Kolaborasi Artis/Penulis Lagu Tempatan Bersama Artis/Penulis Lagu Luar Negara Terbaik,
- Lagu Nasyid Terbaik
- Lagu Etnik Terbaik
- Lagu Perpaduan Terbaik
- Lagu Tradisional Terbaik
- Lagu Borneo Terbaik (Kategori Baru)
- Album Terbaik
- Kulit Single/Album Terbaik
- Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
- Lagu Perayaan Terbaik (Kategori Baru)
- Rakaman Album Terbaik
- Rakaman Lagu Terbaik
Dua Kategori Baharu Yang Paling Dinantikan
Selain kategori wajib yang sering kita tunggu, AIM25 tampil dengan dua pembaharuan yang sangat segar:
- Best Borneo Song (Lagu Borneo Terbaik): Khas untuk mengangkat keunikan lirik, dialek, dan melodi tradisi bumi Borneo.
- Best Festive Song (Lagu Perayaan Terbaik): Pengiktirafan buat lagu-lagu tema perayaan yang sentiasa menyatukan rakyat Malaysia.
Melihat kepada senarai calon, edisi kali ini mungkin bakal menyaksikan lebih banyak nama baharu dan artis indie mencuri perhatian juri profesional.
Senarai Penuh Pencalonan AIM25
Berikut ialah senarai pencalonan top 5 untuk setiap kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Industri Muzik 2026:
1. Artis Baru Terbaik
- Rezza Shah – Mungkin
- Ary Hussin – Luka Terpaling Dalam
- QalG- – Sepi
- Alpha – Mona Lisa (Bang Bang)
- Yusuf Kassim – Sebelum Mata Terpejam Selamanya
2. Vokal Lelaki Terbaik
- Hazama – Aku Bukan Narsisis
- Pasya – Aku Bukan Cinta
- Ryenald Guntabid – Gagal Setia
- Arddley Nicholas – Sandiwara Cinta
- Syamel – Beribu Tanda Tanya
3. Vokal Wanita Terbaik
- Liza Hanim – Jeda Derita
- Shila Amzah – Pernah Punya Aku
- Aisha Retno – Tak Adil
- Marsha Milan – Tangisan Seorang Pendosa
- Datuk Seri Siti Nurhaliza – Kesuma
4. Vokal Kumpulan Terbaik
- Fetya – Balaklava
- KRU – Agung
- Madinah – Rindu Kubah Hijau
- Alpha – P Ramlee Saloma
- Inteam – Satukan Kami Di Syurga
5. Kugiran Terbaik
- Ramayan – Cita Cita Asmara
- Jazleen – Liar
- Akim & The Majistret – Gasoline
- Patriots – Fracture
- Sekumpulan Orang Gila (SOG) bersama Amir Masdi – Mahkota
6. Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik
- Adira Suhaimi & Black Hanifah – Memilih Kamu
- 4forty & Jaclyn Victor – Cinta Sampai Akhir
- Aina Abdul & Amir Jahari – Ayuh Pulang
- Hael Husaini & Nadeera – Peluk
- Sekumpulan Orang Gila (SOG) bersama Amir Masdi – Mahkota
7. Lagu Rock Terbaik
- Aepul Roza & Sharul Kamal – Bayangan
- Sekumpulan Orang Gila (SOG) bersama Amir Masdi – Mahkota
- Hazama – Aku Bukan Narsisis
- Akim & The Majistret – Gasoline
- Faizal Tahir – Bila Sampai Waktu
8. Lagu Pop Terbaik
- Dolla – Question
- Naim Daniel & Adnin Roslan – Seni Berdamai Dengan Takdir
- Alpha – P Ramlee Saloma
- Amira Othman – Dalam Sujudku
- Aisha Retno – Diari Air Mata
9. Lagu Rap/Hip Hop Terbaik
- Killa Driz, Sonaone & Joe Flizzow – Last Time
- Joe Flizzow – 501
- Kmy Kmo, Luca Sickta & Salammusik – Kemana Ni
- K.O.I – Meta Dergama
- Yonnyboii & Malique – Tanya Tuhan
10. Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik
- Aisha Retno – Jeda
- Stacy – Mega Ching!
- Erika Foo – Gula-Gula
- Mimifly – Temberang
- Ernie Zakri – Dansa
11. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
- Julia Duclos – Look And See
- Kidd Santhe – Ambani Money
- Dolla – Mwa! (English Version)
- Sonaone – Stamina
- Aisha Retno – O.R.B.I.T
12. Lagu Cina Tempatan Terbaik
- Firdhaus – Nice Try
- Yise Loo – Love Yourself
- Joshua – Took Me Apart
- Firdhaus & Jeryl Lee – Eat Well
- Firdhaus – One Last Song
13. Lagu India Tempatan Terbaik
- Buggimaan – Pache Maina
- Buggimaan – Kadhal War
- Zubir Khan – Psycho
- Jb Manimaran & Thiban – Poo Thendraley
- Yoshiny & Thiban – Gothic Kathal
14. Lagu Nasyid Terbaik
- Yusuf Kassim – Sebelum Mata Terpejam Selamanya
- Iwan Syahman – Malam Pertama Di Syurga
- Munif Hijjaz & Far East – Asma’ Dzatun Nithaqain
- Inteam – Satukan Kami Di Syurga
- Halim Ahmad – Fitnah Akhir Zaman
15. Lagu Etnik Terbaik
- Marsha Milan – Pelangi Pasti
- Marsha Milan – Nalan Nalan
- Baby Shima – Maya Hari Gawai
- Siti Nordiana – Ahai
- Mimifly – Nara (From ‘Honor Of Kings’)
16. Lagu Tradisional Terbaik
- Haziq Rosebi – Nurlela
- Datuk Seri Siti Nurhaliza – Kesuma
- Datuk Seri Siti Nurhaliza – Rencong
- Datuk Seri Siti Nurhaliza – Hujung Bumi
- Datuk Seri Siti Nurhaliza – Pesanan Buat Diri
17. Best Borneo Song (Lagu Borneo Terbaik)
- Elica Paujin – Potilombuson
- Eylia Guntabid – Sumanwagu (Sumandak Tanakwagu)
- Julai Billie – Nadai Dua Tiga
- Den Bisa – Lampa-Lampa Pisang
- Mawat – Dayang Bintang
18. Best Festive Song (Lagu Perayaan Terbaik)
- Daiyan Trisha – Jom Raya
- Hael Husaini & Nadeera – Meriah Lain Macam
- Datuk Seri Siti Nurhaliza – Raya Nak Ke Mana?
- Mimifly – Serumpun
- Dayang Nurfaizah – Jodoh Hari Raya
19. Lagu Perpaduan Terbaik
- Hael Husaini – Bangkit Malaysia
- Mc Syze & Noh Salleh – Matahari Malaya
- Aina Abdul – Asean – Our Land, Our Home
- Faizal Tahir – 31.8.57
- Stacy Anam – Cinta Negara, Selamanya
20. Album Terbaik
- Shila Amzah – Sa25
- Naim Daniel & Adnin Roslan – Lelaki Gila
- Datuk Seri Siti Nurhaliza – Gema Bumantara
- Aisha Retno – [RE.HAB]
- Faizal Tahir – Jati Diri
21. Runut Bunyi Terbaik Di Dalam Filem Atau Drama
- Insomniacks – Demi Kebenaran (Papa Zola The Movie)
- Hael Husaini – Alangkah Perfect (Thariq Ridzuwan: His Treasure)
- Arena Wan – Generasi Perfect 10 (Generasi Perfect 10)
- Asmidar – Srikandi (Srikandi)
- Hazama – Aku Bukan Narsisis (Dia Bukan Syurga)
22. Kolaborasi Artis/Penulis Lagu Tempatan Bersama Artis/Penulis Lagu Luar Negara Terbaik
- Ernie Zakri – Nostalgia
- Aina Abdul – Sesaat
- Dato’ Sri Siti Nurhaliza – Cenderamaya
- Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Lesti – Kumbang Bunga
- Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Melly Goeslaw – Jenjang Cinta
23. Video Muzik Terbaik
- Mimifly – Serumpun
- Mimifly – Temberang
- Dabra Sia & Tuni Sundatang – Tangon II: Sundu Bambarayon
- Firdhaus – Nice Try
- Firdhaus & Jeryl Lee – Eat Well
24. Kulit Single/Album Terbaik
- Suki Low – Anugerah Hati
- Intan Maya – Sangka Kau Suci
- Hazama – Aku Bukan Narsisis
- Marsha Milan – Misompuru
- Agy – Jadi Aku
25. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
- Dabra Sia & Tuni Sundatang – Tangon II: Sundu Bambarayon
- Hael Husaini & Nadeera – Peluk
- Aziem Rashidi & Teman Lelaki – Satu Bunga
- Datuk Seri Siti Nurhaliza – Pesanan Buat Diri
- Mimifly – Nara
26. Rakaman Album Terbaik
- Shila Amzah – Sa25
- Bahtera – Aura Cintaku
- KRU – Kaset
- Dato’ Sri Siti Nurhaliza – Gema Bumantara
- Aisha Retno – [RE.HAB]
27. Rakaman Lagu Terbaik
- Elica Paujin – Terbaik Untukku
- Akim & The Majistret – Gasoline
- Datuk Seri Siti Nurhaliza – Kesuma
- Datuk Seri Siti Nurhaliza – Pesanan Buat Diri
- Alpha – P Ramlee Saloma
Dominasi Calon Terbanyak
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, secara rasminya mendominasi Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) dengan meraih 14 pencalonan keseluruhan.
Fakta ini meletakkan beliau sebagai artis yang menerima pencalonan terbanyak untuk edisi tahun 2026 ini.
Antara kategori utama yang menyaksikan nama beliau tercalon termasuklah:
- Vokal Wanita Terbaik (menerusi lagu Kesuma)
- Album Terbaik (album Gema Bumantara)
- Lagu Tradisional Terbaik (mendominasi dengan 4 pencalonan lagu: Kesuma, Rencong, Hujung Bumi, dan Pesanan Buat Diri)
- Best Festive Song / Lagu Perayaan Terbaik (menerusi lagu Raya Nak Ke Mana?)
- Rakaman Album Terbaik (Gema Bumantara)
- Rakaman Lagu Terbaik (Kesuma dan Pesanan Buat Diri)
- Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Pesanan Buat Diri)
- Kolaborasi Artis/Penulis Lagu Tempatan Bersama Artis/Penulis Lagu Luar Negara Terbaik (3 pencalonan menerusi lagu Cenderamaya, Kumbang Bunga bersama Lesti, dan Jenjang Cinta bersama Melly Goeslaw).

Tonton ‘Hits 122 Edisi AIM25’ & Rebut Pas Eksklusif ke BCCK!
Sebelum malam kemuncak bermula, TVS telah menyediakan program khas yang dinamakan Hits 122 Edisi AIM25.
Rancangan ini akan membawa anda menyelami cerita di sebalik tabir, mengenali barisan calon, serta mendengar kisah pembikinan lagu-lagu yang dicalonkan.
Walaupun malam anugerah di BCCK adalah berdasarkan jemputan sahaja (by invitation only), anda masih berpeluang untuk hadir ke sana!
Penonton bertuah berpeluang memenangi Special Pass eksklusif dengan menonton rancangan Hits 122 ini.
Anda boleh menonton Hits 122 Edisi AIM25 dan malam kemuncak anugerah melalui saluran TVS 122 di MYTV, Unifi TV, dan Astro, atau secara penstriman digital menerusi aplikasi TVS Inspire.
Siaran Langsung Anugerah Industri Muzik 2026
Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) bakal dipancarkan secara siaran langsung pada Sabtu, 26 September 2026 jam 9:00 malam langsung dari Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak.
Stesen penyiaran TVS bertindak sebagai penyiar rasmi bagi edisi Jubli Perak kali ini. Anda boleh menontonnya secara percuma melalui televisyen di saluran:
- Saluran 122 di platform Astro
- Saluran 122 di platform Unifi TV
- Saluran 122 di platform MYTV
Selain itu, anda juga boleh menonton acara persembahan permaidani merah (red carpet) serta malam kemuncak secara online melalui:
- Aplikasi TVS Inspire: Muat turun aplikasi rasmi ini di Google Play Store atau Apple App Store untuk penstriman digital yang lancar.
- Media Sosial TVS Entertainment: Pihak penganjur juga menyediakan siaran langsung digital menerusi akaun rasmi Facebook, YouTube, dan TikTok milik TVS Entertainment.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim AIM25
Untuk mendapatkan berita terkini mengenai AIM25 (Anugerah Industri Muzik 2026) anda boleh merujuk kepada saluran rasmi berikut:
- Laman Web & Media Sosial Penyiar Rasmi: Ikuti perkembangan terkini, video belakang tabir, dan pengumuman Special Pass di Facebook, Instagram, dan TikTok rasmi TVS Entertainment.
Soalan Lazim
Malam kemuncak AIM25 bakal diadakan secara siaran langsung pada Sabtu, 26 September 2026 bermula jam 9:00 malam.
Buat pertama kali dalam tempoh 25 tahun sejarah penganjurannya, AIM25 dibawa keluar dari Lembah Klang dan diadakan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak.
Anda boleh menontonnya melalui stesen penyiar rasmi iaitu TVS di Saluran 122 menerusi platform Astro, Unifi TV, dan MYTV.
Dua kategori tersebut ialah Best Borneo Song (Lagu Borneo Terbaik) untuk menghargai karya etnik Sabah/Sarawak, dan Best Festive Song (Lagu Perayaan Terbaik) untuk lagu tema hari perayaan.
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mendominasi AIM25 dengan 14 pencalonan menerusi album Gema Bumantara.
Acara ini adalah berdasarkan jemputan sahaja (by invitation only). Walau bagaimanapun, anda boleh memenangi Special Pass eksklusif dengan menonton rancangan khas Hits 122 Edisi AIM25 di TVS.




