Sistem ANAK JKM: Portal Perlindungan & Kebajikan Kanak-Kanak 

sistem anak jkm
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini telah mewujudkan satu portal yang bertujuan untuk pusat penyimpanan dan pengurusan maklumat berkaitan perlindungan dan pemeliharaan kanak-kanak iaitu Sistem ANAK JKM menerusi https://anakv1.jkm.gov.my/.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai sistem ini.

Mengenai Sistem ANAK

Sistem Perkhidmatan Kanak-Kanak (Sistem ANAK) merupakan penaiktarafan Sistem eDKK yang lebih bersepadu.

Sistem ini merupakan platform digital nasional yang berfungsi sebagai pusat penyimpanan dan pengurusan maklumat berkaitan perlindungan dan pemeliharaan kanak-kanak secara bersepadu, selamat dan sistematik.

Selain itu, sistem ini juga dibangunkan adalah untuk meningkatkan keselamatan, perlindungan dan kesejahteraan sosial kanak- kanak.

Ia dibangunkan bagi menyimpan rekod kanak-kanak yang terlibat dengan penderaan dan pengabaian, pesalah terhadap kanak-kanak dan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS).

Melalui sistem ini juga, JKM akan dapat membuat semakan dan pemantauan bagi meningkatkan perlindungan dan keselamatan kanak-kanak serta mencegah jenayah terhadap kanak-kanak daripada berlaku dan berulang.

Statistik Penderaan Kanak-Kanak Di Malaysia

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, sebanyak 1,575 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan pada suku tahun keempat 2025, berdasarkan rekod JKM.

Jumlah kes tersebut merangkumi kes penderaan fizikal, penderaan seksual, dan penderaan emosi terhadap kanak-kanak.

Oleh kerana itu, mereka yang menjadi mangsa akan diberi bimbingan kaunseling sebagai intervensi awal kepada keluarga berisiko, termasuk kaunseling perkahwinan, pendidikan keibubapaan, sokongan psikososial serta bantuan ekonomi.

Perkhidmatan kaunseling juga ditawarkan melalui JKM dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara serta sokongan psikososial melalui Pusat Sokongan Sosial Setempat oleh Yayasan Kebajikan Negara.

Pelaksanaan Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]

Kanak-kanak di Malaysia dilindungi menerusi Akta Kanak-Kanak 2001. Apakah maksud Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] ini?

Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] ini merupakan akta yang menyeragamkan undang-undang (ditakrifkan sebagai mana-mana individu berumur 18 tahun ke bawah) berkaitan kanak-kanak di Malaysia.

Matlamat utamanya ialah untuk:

  • Memberi pemulihan dan penjagaan kepada kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang.
  • Menjamin kerahsiaan dan maruah kanak-kanak, termasuk larangan media mendedahkan identiti mereka.
  • Selaras dengan United Nations Child Rights Convention (UNCRC).

Undang-undang ini bersifat procedural yang antara lain menyediakan kerangka pengendalian sekiranya seorang pesalah kanak-kanak dipertuduhkan dengan sesuatu pertuduhan jenayah.

Saringan Sistem ANAK

Mulai 2026, syarat pengambilan pengasuh taman asuhan kanak-kanak (TASKA) dengan melaksanakan saringan latar belakang menggunakan Sistem ANAK.

Ini bagi memastikan keselamatan kanak-kanak sentiasa terjamin dan tiada lagi penderaan kanak-kanak berlaku di TASKA.

Menerusi sistem ini, setiap individu yang ingin bekerja sebagai pengasuh atau penolong pengasuh akan disaring secara terperinci bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang rekod jenayah mahupun masalah kesihatan kritikal.

Perkhidmatan Yang Disediakan Sistem ANAK

Terdapat 3 perkhidmatan utama yang disediakan menerusi portal ini iaitu:

  1. Pangkalan Data Anak & Pesalah : Sistem ini menjadi pusat data bagi kanak-kanak yang mempunyai sejarah menjadi mangsa kepada jenayah yang terutamanya pengabaian dan seksual. Pangkalan data ini juga akan merangkumi data pesalah yang pernah terlibat didalam jenayah yang berlaku terhadap kanak-kanak.
  2. Permohonan Anak Pelihara : Sistem permohonan online bagi memohon anak pelihara daripada Jabatan Pembangunan Kanak-kanak yang merangkumi proses permohonan hingga kepada penyerahan.
  3. Semakan Pesalah (eDKK) : Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak Dalam Daftar Kanak-kanak diwujudkan untuk membolehkan ibu bapa/individu/majikan yang mengambil seseorang untuk menguruskan kanak-kanak membuat semakan bagi memastikan individu tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Cara Login Sistem ANAK

Untuk login ke dalam sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal http://anakv1.jkm.gov.my/.
  2. Klik ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan.
  4. Login dengan menggunakan maklumat yang didaftar.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem ANAK JKM?

Sistem ini ialah platform digital nasional yang berfungsi sebagai pusat penyimpanan dan pengurusan maklumat berkaitan perlindungan dan pemeliharaan kanak-kanak secara bersepadu, selamat dan sistematik. Ia adalah naik taraf sistem sebelum ini iaitu Sistem eDKK yang lebih bersepadu.

Apakah tujuan sistem ini diwujudkan?

Sistem ini juga dibangunkan adalah untuk meningkatkan keselamatan, perlindungan dan kesejahteraan sosial kanak- kanak. Selain itu, sistem ini juga bertujuan untuk JKM membuat semakan dan pemantauan bagi meningkatkan perlindungan dan keselamatan kanak-kanak serta mencegah jenayah terhadap kanak-kanak daripada berlaku dan berulang.

Apakah perkhidmatan yang disediakan dalam sistem ini?

– Pangkalan Data Anak & Pesalah
– Permohonan Anak Pelihara
– Semakan Pesalah (eDKK)

Adakah sistem ini akan digunakan untuk membuat saringan bagi pengambilan pengasuh TASKA?

Ya. Pihak JKM bercadang menggunakan sistem ini bagi syarat pengambilan pengasuh TASKA.

Bagaimanakah saya boleh mengakses sistem ini?

Sistem ini boleh diakses melalui pautan http://anakv1.jkm.gov.my/.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Sistem ANAK JKM, sila layari laman web https://anakv1.jkm.gov.my/.

Baca juga: Permohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK) JKM 2026

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut