Simpanan Tabung Haji: Cara & Had Pengeluaran

Majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam mempunyai akaun simpanan Tabung Haji yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat menyimpan duit, tetapi juga sebagai pendaftaran untuk menunaikan ibadah Haji.

Selain itu, sebahagian besar daripada kita memilih untuk membuat simpanan dalam Tabung Haji memandangkan setiap dividen yang diberikan untuk wang simpanan kita sudah pun dikenakan zakat.

Akaun Simpanan Tabung Haji

Simpanan di TH adalah berdasarkan konsep Wakalah bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan urusannya.

Peralihan kepada Kontrak Wakalah akan berkuatkuasa bermula 31 Disember 2019 menggantikan kontrak simpanan Wadiah Yad Dhamanah yang digunakan sebelum ini.

Ia adalah patuh syariah serta dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

Cara mendeposit wang simpanan

Tiada had jumlah simpanan dikenakan bagi akaun simpanan Tabung Haji. 

Simpanan boleh dibuat menggunakan wang tunai, cek, pindahan dana atau kaedah-kaedah berikut:

  • Kaunter Perkhidmatan TH (Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan)
  • Potongan Gaji
  • Perbankan Elektronik dan Internet
  • Kaunter Perkhidmatan Rakan Strategik
  • Ejen Kutipan

JomPAY adalah salah satu usaha TH ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan para pendeposit.

Melalui JomPAY, para pendeposit boleh membuat urusan pemindahan dana secara dalam talian ke dalam akaun simpanan TH pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Artikel berkaitan: THiJARI: Login, Daftar & Semakan Penyata Tabung Haji Online

Had Pengeluaran

Berikut merupakan had pengeluaran akaun simpanan Tabung Haji:

  • Had Maksimum amaun pengeluaran tunai sehari bagi setiap pendeposit adalah RM10,000 melalui Kaunter TH (kecuali Pusat Perkhidmatan TH) / Uniteller Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) / Uniteller Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM).
  • Pengeluaran bukan tunai melebihi RM10,000 boleh dilakukan di semua TH Cawangan termasuk Pusat Perkhidmatan TH melalui Pindahan Telegrafik ke Akaun Bank Pendeposit dalam negara sahaja.

Wang akan dipindahkan ke akaun penerima dalam kadar segera (instant transfer).

Promosi: Dapatkan tabung ikonik Tabung Haji sekarang

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai akaun simpanan Tabung Haji, sila hubungi:

Tabung Haji Contact Centre (THCC)

Telefon: +603 – 6207 1919
Faks: +603 – 7728 4959
Emel : [email protected]

Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang 
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

Selain itu, anda juga boleh menghadirkan diri ke mana-mana cawangan Tabung Haji berdekatan anda.

Bantu kami share artikel ini: