Para Huffaz di Negeri Perak yang telah menghafaz 30 juzu’ adalah dialu-alukan untuk memohon Sijil Tahfiz Negeri Perak (STNP) di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeZk3B9EuxgfWxoC1gw7Z898bsvIEC5-ajqbPAp7uRUExG14w/viewform.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan sijil ini.

Mengenai Sijil Tahfiz Negeri Perak
Sijil Tahfiz Negeri Perak (STNP) diwujudkan sebagai dokumen akademik untuk para Huffaz dan merupakan ‘Syahadah Tahfiz’ yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Perak.
Ia juga diwujudkan khas untuk mengiktiraf kemampuan para huffaz yang telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran dan melepasi ujian tasmi’ (hafazan) yang ditetapkan.
Untuk permohonan tahun 2026, individu yang pernah menduduki STNP tetapi tidak berjaya boleh memohon semula.
Selain itu, individu yang telah berjaya dan ingin memperbaiki keputusan serta individu yang telah memperoleh keputusan Mumtaz boleh juga dibenarkan untuk memohon semula.
Penganugerahan semula hanya akan diberikan sekiranya calon memperoleh keputusan Mumtaz sekali lagi.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 1 JULAI hingga 31 OGOS 2026.
Perincian Peperiksaan
Peperiksaan ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
i – Peperiksaan Syafawi (70%)
- 30 soalan hafazan meliputi Juzuk 1 hingga Juzuk 30
- Satu soalan bagi setiap juzuk
- Soalan merangkumi aras rendah, sederhana dan tinggi
ii- Peperiksaan Tahriri (30%)
- Penulisan al-Quran mengikut kaedah Rasm Uthmani Tajwid al-Quran
- Terjemahan al-Quran
Skala Gred Peperiksaan
Skala gred peperiksaan adalah seperti berikut:
| Julat Markah | Gred |
| 90-100 | Mumtaz |
| 80-89 | Jayyid Jiddan |
| 70-79 | Jayyid |
| 60-69 | Maqbul |
Individu yang memperoleh markah 60% dan ke atas adalah layak dianugerahkan Sijil Tahfiz Negeri Perak (STNP).
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon sijil ini adalah seperti berikut:
- Berumur 16 tahun ke atas.
- Warganegara Malaysia.
- Khatam menghafaz 30 juzu’ al-Quran dan disahkan oleh institusi yang berdaftar.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeZk3B9EuxgfWxoC1gw7Z898bsvIEC5-ajqbPAp7uRUExG14w/viewform.
Permohonan yang lengkap sahaja akan diproses dan permohonan selepas tarikh tutup tidak diproses.
Soalan Lazim
STNP ialah dokumen akademik untuk para Huffaz dan merupakan ‘Syahadah Tahfiz’ yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Perak.
Permohonan sijil ini boleh dibuat mulai 1 Julai hingga 31 Ogos 2026.
– Berumur 16 tahun ke atas.
– Warganegara Malaysia.
– Khatam menghafaz 30 juzu’ al-Quran dan disahkan oleh institusi yang berdaftar.
Mereka yang markah 60% dan ke atas adalah layak dianugerahkan STNP.
Permohonan boleh dibuat menerusi https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeZk3B9EuxgfWxoC1gw7Z898bsvIEC5-ajqbPAp7uRUExG14w/viewform.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai STNP, sila hubungi
Bahagian Pendidikan,
Jabatan Agama Islam Perak,
Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
NO. TEL: 05-2084947
NO. FAKS: 05-2531844
Baca juga: Istiwa Ad’zam 2026 – Cara Semakan Arah Kiblat Malaysia




