8 Set Skincare Muka Terbaik Di Malaysia Tahun 2024

Anda mahukan set skincare muka terbaik di Malaysia pada tahun 2024 ini?

Produk yang bagus akan meningkatkan keyakinan anda!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada geng pencinta skincare di Malaysia! Di tengah-tengah kepelbagaian produk dan tren yang berubah dengan cepat, agak sukar untuk mencari produk yang sesuai dengan keperluan kulit

Namun, jangan risau! Kami akan membantu anda dengan menyenaraikan 8 set skincare terbaik di Malaysia untuk tahun ini. Set skincare juga adalah lebih murah untuk dimiliki berbanding dengan pembelian satu produk.

Malah, masalah yang anda hadapi juga mudah dibendung oleh kerana ia terdapat rangkaian produk yang lengkap. Sebelum itu, anda perlu tahu jenis kulit anda terlebih dahulu!

Jadi, kami telah mencari beberapa produk untuk pelbagai masalah seperti kulit kering dan berjerawat. Seperti biasa, klik sahaja pada link Shopee di bawah. Selamat membaca!

Hada Labo Premium Whitening Rich Set

Set skincare untuk kulit yang terhidrat

Pros

  • Mencerahkan kulit yang kusam
  • Mengandungi 2 jenis hyaluronik asid 
  • Bebas alkohol, pewangi, pewarna tambahan dan mineral oil
  • Sesuai untuk kulit normal dan kering

Produk-produk yang terdapat dalam set ini: 

  • Pencuci Muka 
  • Toner
  • Whitening Water Cream (Pelembap)

Anda ingin mencari set skincare yang dapat memberikan kelembapan pada kulit? Ayuh cuba produk dari Hada Labo ini. Ia mempunyai tekstur yang sesuai untuk kulit yang kering atau normal. 

Produk ini mengandungi 2 jenis Hyaluronik Asid yang boleh menambahkan kelembapan sekaligus menghidratkan kulit secara mendalam. 

Tambahan, rumusan Triple Brightening dengan Niacinamide dan Vitamin C membantu mencerahkan kulit yang kusam dan menyekatakan tona kulit. Jadi, wajah anda tampak sihat dan berseri. 

SKINTIFIC 5X Ceramide Skincare

Set skincare untuk kulit sensitif

Pros

  • Membaiki skin barrier
  • Tidak memberikan radang kulit
  • Mengurangkan jerawat
  • Mengunci kelembapan ke dalam kulit

Produk-produk yang terdapat dalam set ini: 

  • Pencuci Muka 
  • Toner
  • Barrier serum
  • Pelembab muka (Moisturiser Gel)

Masih mencari produk yang sesuai untuk kulit anda yang sensitif? Jangan risau lagi kerana SKINTIFIC 5X Ceramide Skincare dapat atasi masalah anda! Set skincare ini mengandungi 5x Ceramide dan asid hyaluronik yang membantu merawat skin barrier dan mengunci kelembapan pada kulit.

Tonernya juga mengandungi rumusan Calendula yang mempunyai fungsi anti-radang. Ia juda dapat mengurangkan kemerahan pada kuit dan jerawat. 

Dengan pemakaian yang berterusan, kulit anda pasti kelihatan sihat dan anjal!

Baca juga: Senarai Hadiah Isteri Terbaik Di Malaysia Tahun 2024

Wardah Lightening Series Complete Set

Set skincare untuk kulit yang cerah

Pros

  • Bebas alkohol
  • Mencerahkan kulit
  • Menghilangkan minyak yang berlebihan
  • Tidak menyumbat lubang pori-pori
  • Melindungi kulit dari sinaran biru
  • Melembutkan dan melembabkan kulit

Produk-produk yang terdapat dalam set ini: 

  • Micellar Gentle Wash
  • Cleasing Milk
  • Gentle exfoliator
  • Toner
  • Serum
  • Day Cream
  • Night Cream
  • Blue Clay Mask 

Adakah kulit anda semakin gelap atau kusam? Tahukah anda bahawa Niacinamide ini boleh membantu mencerahkan kulit? Jom cuba produk dari Wardah inI! Dengan set yang lengkap dengan pencuci muka sehinggalah pelembab muka, kami pasti anda akan menyukai produk ini.

Jangan risau, anda boleh memilih jenis set yang anda mahu kerana ianya terdiri dari basic set sehinggalah full set. 

Bukan sahaja Niacinamide, ia juga terdapat beberapa bahan tambahan yang boleh membantu masalah kulit anda. Malah, set skincare ini juga dapat membantu mencerahkan jeragat dan mengurangkan minyak berlebihan pada wajah anda. 

VINS Venzen Set Skincare

Set skincare untuk lelaki

Pros

  • Mengecilkan lubang pori-pori
  • Mengawal minyak berlebihan
  • Melembapkan dan menyegarkan kulit

Produk-produk yang terdapat dalam set ini: 

  • Pencuci muka
  • Toner
  • Serum
  • Moisturiser (Pelembap)

Bagi kaum lelaki di luar sana, anda juga perlu menjaga kulit muka anda tau! Kami syorkan anda untuk mencuba set skincare dari VINS Venzen. Hal ini kerana, terdapat banyak kebaikan yang terkandung dalam produk-produk ini.

Antaranya ialah, melembapkan kulit, mengawal minyak yang berlebihan dan mengurangkan penampakan liang pori-pori yang besar.

Yang paling best, produk ini sesuai dengan semua jenis kulit! 

Eucerin Pro Acne Set

Set skincare untuk kulit berjerawat

Pros

  • Menghilangkan jerawat dan parut jerawat
  • Mengurangkan minyak
  • Bau yang menyenangkan
  • Sesuai juga digunakan untuk kulit sensitif

Produk-produk yang terdapat dalam set ini: 

  • Cleansing gel
  • Toner
  • Day Mat Whitening

Anda berasa insecure untuk keluar rumah dek jerawat yang tumbuh pada kulit anda? Usah khuatir kerana kami ada solusinya! Anda boleh cuba menggunakan set skincare dari Eucerin Pro Acne kerana ia mengandungi bahan yang terbukti berkesan untuk menghilangkan jerawat. 

Eh produk ini bukan sahaja menghilangkan jerawat tau, tetapi parut jerawat juga!

Aiken Vitamin C Skin Care Platinum Full Set

Set skincare dengan Vitamin C 

Pros

  • Menghidrat dan mencerahkan kulit
  • Tekstur gel yang ringan
  • Mengandungi Vitamin C, tea tree oil dan BHA 
  • Mengurangkan minyak berlebihan, blackhead dan whitehead
  • Menghilangkan jerawat

Produk-produk yang terdapat dalam set ini: 

  • Pencuci muka
  • Toner
  • Serum
  • Krim pelembap

Aiken Vitamin C Skin Care Platinum Full Set ini sesuai digunakan untuk mereka yang mahukan wajah yang cerah dan bebas jerawat. Dirumusi dengan vitamin C, bahan utama ini terbukti secara klinikal untuk kulit yang cerah dan berseri. 

Bukan itu sahaja, produk Aiken ini mampu mengurangkan minyak yang berlebihan serta menghilangkan bintik-bintik hitam. 

AINAA BEAUTY BY SYAFIQAH AINA

Set skincare lokal terbaik

Pros

  • Melembapkan kulit
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan
  • Boleh merawat jerawat
  • Wuduk friendly

Produk-produk yang terdapat dalam set ini: 

  • Pencuci muka
  • Sunscreen
  • Serum
  • Scrub muka
  • Avocado Hydra Booster (Pelembap muka)

Anda mengalami masalah kulit kering dan berjerawat? Apa kata anda cuba produk lokal dari Ainaa Beauty ini kerana ia terdapat banyak kandungan yang terbaik untuk wajah anda. 

Kelebihan yang terdapat dalam Ainaa Cleanser ialah memberikan kelembapan pada kulit, anti-jerawat dan membersihkan lebihan minyak dan kotoran secara efektif. 

Jika anda sering berada di bawah cahaya matahari, anda boleh pakai sunscreen dari Ainaa Beauty dan ianya wuduk friendly tau! Tambahan, ia juga berfungsi sebagai primer dan moisturiser.

Cetaphil Bright Healthy Radiance

Set skincare untuk kulit normal

Pros

  • Bebas pewangi
  • Sesuai untuk semua jenis kulit 
  • Mengandungi Niacinamide dan esktrak Sea Daffodil 

Produk-produk yang terdapat dalam set ini: 

  • Cleanser
  • Toner
  • Krim siang
  • Krim malam

Cetaphil Bright Healthy Radiance ini boleh menghilangkan segala kotoran untuk kulit yang sihat, berseri-seri tanpa mengeringkan wajah anda. Sekiranya anda mengalami masalah kulit yang tidak sekata atau kering, produk- produk ini boleh membantu!

Hal ini kerana, ia mengandungi kandungan utama iaitu Niacinamide dan esktrak Sea Daffodil. Formula toner dan krimnya juga memberikan penyerapan yang pantas!

FAQ Set Skincare Muka Terbaik

Apakah produk skincare yang sesuai untuk kulit berminyak? 

Kulit yang berminyak memerlukan produk yang ringan, tidak komedogenik, dan mengandungi bahan-bahan seperti niacinamide untuk mengawal pengeluaran minyak.

Bagaimana saya boleh mengatasi masalah kulit kering?

Anda boleh cuba produk yang mengandungi bahan-bahan pelembap yang kuat seperti asid hialuronik dan ceramide.

Adakah produk skincare yang selamat digunakan untuk kulit sensitif?

Semestinya! Hal ini kerana terdapat banyak produk yang diformulasikan khas untuk kulit sensitif, termasuk yang bebas pewangi dan bebas alkohol. Cari produk yang mengandungi bahan-bahan menenangkan seperti aloe vera dan panthenol.

Apakah langkah penting dalam rutin pagi dan malam untuk penjagaan kulit?

Antara rutin yang anda perlu lakukan ialah membersihkan wajah dengan pencuci muka, menggunakan toner untuk menyeimbangkan pH kulit, menggunakan serum yang mengandungi antioksidan, dan menjaga kulit dengan pelembap yang sesuai untuk siang dan malam.

Bagaimana saya nak tahu produk skincare yang sesuai untuk keperluan kulit saya?

Satu-satunya cara untuk mengetahui produk yang sesuai adalah dengan mencuba dan menyesuaikan dengan jenis kulit anda. Anda boleh berjumpa dengan pakar kulit atau doktor estetik berdaftar di Malaysia kerana mereka boleh membantu memberikan pandangan profesional tentang keperluan kulit anda.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!