12 Hadiah Terbaik untuk Isteri di Malaysia Tahun 2024

Pening nak pilih hadiah untuk isteri di Malaysia tahun 2024?

Bahagiakan isteri memberikan kemesraan yang abadi!

Dalam perjalanan kehidupan yang penuh dengan cabaran dan kejayaan, isteri kita sentiasa berada di sisi sebagai penyokong setia dan teman sejati. Dalam usaha untuk menyampaikan rasa syukur dan kasih sayang kepada isteri, para suami sering kali memikirkan cara untuk membuatkan mereka tersenyum dengan hadiah yang bermakna.

Namun, dengan pelbagai pilihan yang terdapat di pasaran, mencari hadiah yang terbaik di Malaysia boleh menjadi sesuatu yang agak rumit.

Jangan bimbang kerana artikel ini akan membantu anda dengan senarai 12 hadiah terbaik untuk isteri, menggabungkan sentuhan kasih dengan unsur kejutan yang pasti akan memikat hatinya. Seperti biasa, beli di Shopee sahaja! Mudah dan pantas! 

Jom kita lihat senarai hadiah berikut yang sesuai untuk hari jadi atau ulang tahun perkahwinan yang boleh mencipta kenangan abadi dalam perjalanan cinta anda bersama isteri tersayang.

Shero Ultra Moist Longwear Lipstick

hadiah gincu (lipstick) untuk isteri 

Pros

  • Formula yang selesa dan menhidratkan bibir
  • Mengandungi kelapa, jojoba, Biji Macadamia Ternifolia dan Minyak Biji Meadowfoam
  • Warna yang lembut dan elegan
  • Memberikan kemasan matte

Cons

  • Harga yang mahal

Bayangkan anda menghadiahkan set lipstik ini untuk isteri anda? Pasti dia akan berasa gembira! Bukan sahaja nampak mewah, teksturnya terasa ringan bibir isteri anda. Dengan rumusan seperti jojoba dan minyak biji Meadowfoam, ia memanjakan bibir isteri anda menjadikannya lembut dan kekal terhidrat. 

Tambahan lagi, lipstik ini tahan lama dan mempunyai 5 jenis warna yang menarik. Warnanya juga tidak mudah hilang dan pudar jadi isteri anda tidak perlu touch up setiap masa!

Giselle Air Fryer with Timer & Temperature Control

hadiah isteri untuk memasak dengan mudah

Pros

  • Kapasiti yang besar untuk kuantiti yang banyak (5-6 orang)
  • Mempunyai salutan yang tidak melekat
  • Menggunakan teknologi futuristik
  • Boleh masak pelbagai jenis resipi

Anda ingin memudahkan kerja isteri anda? Apa kata anda hadiahkan air fryer (penggoreng udara) dari Giselle dengan kapasiti sebanyak 3.0L untuk isteri anda? Selain dari menjimatkan gas dan juga masa, air fryer ini sesuai digunakan untuk membakar.kek atau pencuci mulut yang lain. 

Tambahan, penggoreng udara ini mempunyai dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. 

Malah, isteri anda juga boleh memasak makanan yang sihat kerana ia mengurangkan sedikit lemak dan kalori sebanyak 70% hingga 80%. 

REDBUZZ Sewing Machine

Hadiah menjahit untuk isteri

Pros

  • Saiz yang kecil
  • Mudah disimpan
  • Sesuai untuk pemula (beginner)
  • Harga yang berpatutan

Jika isteri anda ingin mempunyai keinginan untuk belajar atau mengasah kemahiran menjahit mereka, REDBUZZ Sewing Machine adalah jawapannya!

Mesin jahit ini mempunyai laci tersembunyi untuk menyimpan peralatan menjahit yang kecil seperti jarum atau benang. Tambahan, ia tidak mengeluarkan bunyi yang bising atau kurang menyenangkan. Cara untuk tukar jahitan juga agak mudah, anda hanya perlu pusingkan sahaja nombor yang ada di mesin jahit tersebut.  

Baca juga: Senarai 9 Pencuci Muka Terbaik Di Malaysia Tahun 2024

Annajwa NAWAITU Sajadah

hadiah sejadah untuk isteri

Pros

  • Menggunakan teknologi Memory Foam
  • Anti habuk dan alahan
  • Boleh dicuci dengan tangan atau mesin basuh
  • Tahan lama
  • Corak dan warna yang cantik
  • Percuma kotak 

Sejadah ini sesuai dijadikan hadiah untuk isteri oleh kerana ia mempunyai corak yang cantik. Selanjutnya, ia mempunyai ketebalan 15mm dan beratnya adalah 2.0 kg. Saiznya juga agak besar dengan ukuran 130 x 65 cm, jadi sangat sesuai untuk dibuat solat. 

Yang penting, sejadah ini boleh sahaja digantung atau dilipat untuk menjimatkan ruang bilik. Materialnya juga tahan lama berbanding material biasa seperti cotton.

Pilihan warna pastel dan coraknya turut menjadikan ia sangat sesuai untuk digunakan oleh kaum hawa. 

SHERINEE Jubah

hadiah jubah/pakaian untuk isteri

Pros

  • Kain yang sejuk dan tidak jarang
  • Free size (muat sehingga saiz S – L)
  • Sesuai untuk semua majlis atau pakaian harian

Hadiahkan isteri anda dengan pakaian yang cantik dan muslimah! SHERINEE jubah ini mempunyai reka bentuk baju yang menepati syariah dan sedap mata memandang.

Selain itu, jubah ini juga direka dengan renda yang tampak klasik. Terdapat 6 pilihan warna iaitu, burgundy, brick, mauve purple, baby blue, nude dan navy blue.  Material kainnya tidaklah panas jadi selesa untuk dipakai buat pakaian harian. Ia juga sesuai digayakan pada hari Raya 2024, kenduri kahwin, atau majlis konvokesyen. 

Naelofar Dayang Square

hadiah tudung buat isteri tercinta

Pros

  • Material yang sejuk
  • Senang dibentuk
  • Pilihan corak yang cantik 

Anda tidak tahu nak belikan jenis tudung untuk isteri anda? Usah risau, anda boleh menghadiahkan isteri anda dengan tudung bawal dari Naelofar ini. Coraknya juga akan menyerlahkan keanggunan dan kecantikan isteri anda!Malah, jenis kain tudung yang diperbuat dari matte satin ini juga tidak panas dan awningnya mudah dibentuk. Jadi, tudung ini sangat sesuai untuk dipakai bila-bila masa.

LONKOOM Perfume Romantic EDP

hadiah wangian untuk isteri

Pros

  • Tahan selama 8 jam 
  • Halal dan mesra wuduk/solat
  • Reka bentuk yang mewah

Masih tidak tahu apa yang perlu dibeli untuk isteri anda? Jika begitu, apa kata anda berikan minyak wangi dari LONKOOM ini? Wangiannya juga mampu bertahan selama 8 jam! 

Seterusnya, reka bentul botol minyak wangi ini juga tampak mewah seperti jenama antarabangsa. Harganya juga tidaklah mahal dan anda boleh beli minyak wangi ini lebih dari satu botol! Paling penting, minyak wangi ini mesra wuduk dan solat tau!

Naelofar Everyday Tote Bag – Canvas Edition

hadiah beg untuk isteri

Pros

  • Ruang yang besar
  • Boleh muat laptop saiz 13 inci
  • Mempunyai poket tambahan

Jika isteri anda seorang yang bekerjaya, anda boleh memberikan tote beg ini dan kami yakin dia pasti akan menyukainya! Beg ini boleh memuatkan banyak barang seperti laptop, buku atau barang solekan. Material beg ini diperbuat dari kanvas yang berkualiti tinggi dan tebal. 

Jadi, anda tidak perlu risau akan kerosakan seperti kesan koyak atau mengelupas. 

Profine Stainless Steel Knife Set (3 Pcs)

hadiah set perkakas dapur (pisau) untuk isteri

Pros

  • Tahan karat
  • Cengkaman yang selamat dan selesa
  • Mudah dibersihkan

Set pisau ini sangat berguna bagi isteri anda yang suka memasak di rumah. Seterusnya, pisau ini juga tahan karat dan mudah untuk dipegang. Pemegangnya diperbuat dari besi jadi anda tidak perlu risau untuk kemungkinan ia tercabut, patah atau terlepas dari tangan.

SWISS POLO Ladies Trifold Purse 

hadiah purse untuk isteri

Pros

  • Diperbuat dari kulit PU
  • Jahitan yang kemas
  • Saiz yang tidak terlalu kecil dan besar
  • Harga yang berpatutan

Adakah isteri anda seorang yang suka menggunakan beg yang kecil? Kalau begitu, anda boleh menghadiahkan purse yang comel ini untuk isteri kesayangan anda.

Pilihan warnanya juga sangat cantik dan tampak mahal! Tetapi, jangan risau harganya sangat mampu milik. Terdapat 3 warna berbeza iaitu hitam, ungu dan merah. 

Naelofar Amal Telekung Set

hadiah telekung untuk isteri

Pros

  • Sesuai dengan semua bentuk muka
  • Tali yang mudah dilaraskan
  • Kain yang sejuk
  • Didatangkan dengan beg telekung
  • Mempunyai poket di bahagian kain

Cons

  • Harga yang sedikit mahal

Anda boleh menghadiahkan telekung ini buat isteri anda dan dia pasti akan menyukainya! Paling best, materialnya sejuk dan tidak panas jadi isteri anda akan berasa selesa ketika dia mendirikan solat. 

Tambahan lagi, telekung ini sesuai untuk setiap bentuk muka. Ianya dilengkapi dengan 2 tali di bahagian muka luar dan dalam. Anda tidak perlu membeli beg tambahan kerana ia didatangkan set beg tau! Oleh itu, isteri anda boleh membawa telekung ini kemana sahaja dia berada.

Russell Taylors Ceramic Non-Stick Cookware

hadiah set kuali dan periuk untuk isteri

Pros

  • Mudah dibersihkan
  • Sesuai untuk setiap jenis tempat memasak
  • Reka bentuk yang menarik dan elegan

Jika anda mempunyai bajet yang lebih, Russell Taylors Ceramic Non-Stick Cookware ini pasti membuatkan isteri anda tidak lekang senyum. Set periuk dan kuali ini sesuai untuk digunakan untuk setiap tempat memasak seperti dapur gas atau elektrik.

Yang paling seronok, set memasak ini senang untuk dibasuh tau! Dengan hanya sekali lap sahaja, kotoran itu akan hilang. Ianya terdapat 3 warna berbeza iaitu cream, navy blue dan sage green

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!