Sempena Hari Pekerja 2026, kerajaan Malaysia memperkenalkan beberapa inisiatif PERKESO terbaru bagi memperkukuh perlindungan sosial dan keselamatan pekerja.
Layari portal Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk mengetahui pelbagai inisiatif yang ditawarkan dan syarat permohonan.
Inisiatif PERKESO yang terbaru ini bukan sahaja meningkatkan jaringan keselamatan sosial, tetapi juga menyasar kumpulan pekerja seperti pekerja gig, pekerja wanita serta pekerja di luar negara.
Rujuk info penuh inisiatif terbaru PERKESO 2026 yang diperkenalkan sempena Hari Pekerja 2026 baru-baru ini.
Pengumuman Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja 2026
Berdasarkan kenyataan rasmi Perdana Menteri di Hari Pekerja 2026, kerajaan mengumumkan Elaun Pasca Cuti Bersalin (Elaun Pasca Cuti Bersalin – EPCB), iaitu elaun yang diberikan sekitar 80 peratus daripada gaji pekerja tersebut serta meliputi cuti tambahan 30 hari selepas tamat cuti bersalin 98 hari.
Inisiatif ini selari dengan matlamat menyediakan elemen keadilan sosial dan perancangan kerjaya berkelanjutan bagi pekerja wanita.
Selain itu, Perdana Menteri juga menekankan peluasan perlindungan PERKESO kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara yang dikenali sebagai Skim Pengembara, dengan permulaan kepada pekerja rentas sempadan Malaysia–Singapura di bawah skim LINDUNG Kendiri.
Kerajaan turut melaksanakan Pakej Daya Tahan Ekonomi 2026 (PACE) bernilai lebih RM710 juta dengan PERKESO sebagai agensi utama pelaksana, khususnya untuk melaksanakan latihan pekerja, penaikan kemahiran dalam sektor TVET, digital, teknologi hijau, EV dan semikonduktor, serta memperkukuh Sistem Insurans Pekerjaan (SIP / LINDUNG KERJAYA) bagi pekerja yang kehilangan pekerjaan, termasuk pekerja gig dan peserta geran latihan industri.
Di samping itu, Menteri Sumber Manusia, YB Dato Sri Ramanan Ramakrishnan turut komited melaksanakan pelbagai inisiatif yang menyokong kesejahteraan pekerja seperti Skim LINDUNG 24 jam, peningkatan had umur LINDUNG Kasih kepada 60 tahun, peluasan kad pekerja MADANI kepada pekerja gig, serta memperkenalkan Mobile Labour Court bagi memperluas akses keadilan kepada pekerja seluruh negara.
Rujuk siaran media Kementerian Sumber Manusi di bawah:




Inisiatif PERKESO 2026
Terdapat 3 inisiatif terbaru yang diperkenalkan oleh PERKESO sempena Hari Pekerja 2026 iaitu:
- Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB)
- Skim Pengembara untuk pekerja di luar negara
- Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE)
Serta, dua inisiatif PERKESO yang diperluaskan melalui Skim LINDUNG 24 jam dan Skim LINDUNG KASIH.


1. Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB)
Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB) merupakan inisiatif strategik di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800) yang bertujuan untuk menyokong kelestarian kerjaya wanita selepas fasa berpantang.
Ia merupakan langkah proaktif bagi menangani isu penurunan kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja yang sering berlaku selepas mencapai umur 30-an.
Program ini dijangka bakal memberi manfaat kepada kira-kira 132,000 wanita di seluruh negara.
- Tambahan cuti: Sehingga 30 hari selepas 98 hari bersalin
- Bayaran: 80% gaji (one-off)
- Di bawah Akta SIP (Akta 800)
- Manfaat:
- Sokong ibu kembali bekerja
- Kurangkan “career exit”
- Tingkat penyertaan wanita


2. Skim Pengembara (Pekerja di Luar Negara)
Selain inisiatif untuk pekerja wanita, perhatian juga kini diberikan kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara melalui Skim Pengembara.
Langkah ini diambil bagi mendepani realiti yang membimbangkan, di mana terdapat purata satu kes kematian setiap minggu atau kira-kira 54 kematian setahun membabitkan pekerja kita di perantauan.
Dengan memperluas perlindungan keselamatan sosial ini kepada rakyat Malaysia di luar negara, seramai 480,000 pekerja dijangka bakal dilindungi di bawah skim tersebut.
Pelaksanaan inisiatif ini akan bermula dengan fasa pertama yang memfokuskan kepada pekerja Malaysia–Singapura, memandangkan jumlah aliran pekerja yang tinggi di antara kedua-dua buah negara.
Matlamat utama perluasan skim ini adalah untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial yang lebih komprehensif, sekali gus menjamin kebajikan serta melindungi pekerja rentas sempadan sekiranya berlaku sebarang musibah atau kecemasan ketika sedang bertugas di luar negara.
- Diperluas kepada rakyat Malaysia di luar negara
- Bermula dengan pekerja Malaysia–Singapura
- Manfaat:
- Perlindungan keselamatan sosial
- Lindungi pekerja rentas sempadan

3. Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE)
Program Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE) merupakan inisiatif strategik dengan peruntukan sebanyak RM710 juta yang dirangka khusus untuk melindungi pekerja dan memperkukuh ekonomi negara.
Matlamat utama program ini adalah untuk melindungi pekerjaan sedia ada melalui pelbagai mekanisme sokongan bagi mengelakkan pemberhentian kerja yang tidak munasabah.
Selain itu, PACE berperanan penting dalam meningkatkan kebolehgajian tenaga kerja tempatan menerusi program latihan kemahiran semula dan peningkatan kemahiran (reskilling & upskilling) agar pekerja kekal relevan dengan tuntutan pasaran semasa yang semakin dinamik.
Di samping tumpuan kepada pekerja, inisiatif ini turut menyokong majikan dan industri bagi memastikan kelangsungan operasi perniagaan dalam mendepani cabaran ekonomi.
Dengan memberikan bantuan serta insentif yang bersesuaian, PACE membantu industri untuk terus berkembang, sekali gus mewujudkan ekosistem pekerjaan yang lebih stabil dan kondusif bagi semua pihak yang terlibat dalam rantaian ekonomi nasional.
- LINDUNGI PEKERJAAN
- TINGKAT KEBOLEHGAJIAN
- SOKONG MAJIKAN & INDUSTRI

PACE akan dilaksanakan melalui 4 inisiatif utama, iaitu:
- Perlindungan Sosial: Penyaluran Dana SIP melebihi RM580 Juta melalui PERKESO.
- Latihan & Penempatan Kerja: Peruntukan sebanyak RM100 Juta untuk memperkasa kemahiran dan mewujudkan peluang pekerjaan.
- Pekerja GI: Peruntukan sebanyak RM20 Juta khusus untuk latihan kemahiran bagi pekerja dalam sektor ekonomi gig.
- Bakat Muda & PMK: Penyediaan Geran Latihan Industri berjumlah RM10 Juta untuk menyokong pembangunan bakat muda dan Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS).

4. Skim LINDUNG 24 jam (Bermula Jun 2026)
Skim LINDUNG 24 Jam (Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja) merupakan sebahagian daripada pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 2025 yang diperkenalkan oleh PERKESO untuk memberi perlindungan 24 jam sehari, 7 hari seminggu kepada pekerja yang layak, tidak kira waktu, tempat atau situasi kejadian.
Skim ini bukan sekadar melindungi pekerja ketika berada di premis kerja atau semasa perjalanan kerja, tetapi juga meliputi kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja yang tidak berkait langsung dengan tugas pekerjaan, seperti kemalangan jalan raya, kejadian di rumah, tempat awam atau ketika menjalankan aktiviti peribadi.
Dengan LINDUNG 24 Jam, pekerja sektor formal di Malaysia, termasuk pekerja asing, akan mendapat perlindungan menyeluruh di mana PERKESO membiayai kos rawatan perubatan serta memberi manfaat kebajikan sekiranya berlaku kecederaan atau kecacatan akibat kemalangan.
Skim ini akan berkuatkuasa mulai JUN 2026.

BACA JUGA: Apa Itu Skim Lindung 24/7 & Cara Tuntutan
5. Skim LINDUNG KASIH
Skim LINDUNG KASIH (Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah) adalah salah satu komponen utama di bawah penjenamaan semula “LINDUNG” PERKESO yang bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan sosial khusus kepada suri rumah di Malaysia.
Kini, had umur kelayakan di bawah Skim LINDUNG KASIH akan dinaikkan daripada 55 tahun kepada 60 tahun.
Dengan peningkatan had umur kepada 60 tahun, LINDUNG KASIH menjadi lebih relevan dalam konteks perubahan demografi dan ekonomi semasa, di mana ramai suri rumah masih aktif secara tidak formal walaupun sudah melepasi usia 50 tahun, dan perlindungan sosial perlu terus menyokong mereka sehingga ke peringkat awal 60‑an.

BACA JUGA: LINDUNG Kasih PERKESO: Perlindungan Wanita Dengan Hanya RM120 Setahun
Maklumat Lanjut
Untuk makluamt lanjut, pertanyaan dan info terkini mengenai inisiatif PERKESO 2026, sila rujuk:
- Laman web PERKESO
- Facebook Pertubuhan Keselamatan Sosial
- Facebook Kementerian Sumber Manusia
Soalan Lazim Inisiatif PERKESO 2026
– Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB) untuk pekerja wanita, memberikan bantuan kewangan sehingga 30 hari selepas tamat cuti bersalin 98 hari rasmi.
– Skim Pengembara (PERKESO) untuk melindungi rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, bermula dengan pekerja rentas sempadan Malaysia–Singapura.
– Pakej Daya Tahan Ekonomi 2026 (PACE) bernilai lebih RM710 juta, yang membabitkan latihan pekerja, peningkatan kemahiran, penguatan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP / LINDUNG KERJAYA) dan pengupayaan pekerja gig.
– Skim LINDUNG 24 Jam dikuatkuasakan JUN 2026 untuk memberikan perlindungan kemalangan 24 jam sehari kepada pekerja yang layak, tidak kira tempat dan masa kejadian.
– Skim LINDUNG KASIH (Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah) dengan peningkatan had umur kelayakan kepada 60 tahun.
Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB) adalah elaun yang diberikan kepada pekerja wanita sekitar 80 peratus daripada gaji pekerja dan dibayar sebagai satu‑off payment serta cuti tambahan 30 hari selepas tamat cuti 98 hari (di bawah Akta Kerja 1955).
Elaun Pasca Cuti Bersalin diperkenalkan untuk menyokong ibu yang kembali bekerja, mengurangkan fenomena “career exit,” serta meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja yang dikesan menurun selepas umur 30-an.
Di bawah Akta SIP (Akta 800), inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 132,000 pekerja wanita.
Cuti Tambahan: Sehingga 30 hari selepas tamat tempoh 98 hari cuti bersalin wajib.
Kadar Bayaran: Bayaran secara one-off (sekali bayar) sebanyak 80% daripada gaji.
Berdasarkan realiti semasa, terdapat purata satu kematian setiap minggu (54 setahun) membabitkan rakyat Malaysia di luar negara. Skim ini bertujuan melindungi kebajikan pekerja rentas sempadan.
PACE adalah program dengan peruntukan RM710 juta yang direka untuk melindungi pekerjaan, meningkatkan kebolehgajian, serta menyokong majikan dan industri.
– Perlindungan Sosial: Dana SIP melebihi RM580 juta melalui PERKESO.
– Latihan & Penempatan Kerja: RM100 juta untuk memperkasa kemahiran dan peluang pekerjaan.
– Pekerja Gig: RM20 juta khusus untuk latihan kemahiran pekerja sektor gig.
– Bakat Muda & PMKS: RM10 juta dalam bentuk Geran Latihan Industri.
Skim LINDUNG 24 Jam (Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja) merupakan skim baharu PERKESO yang memberikan perlindungan 24 jam sehari, 7 hari seminggu kepada pekerja yang layak, sama ada waktu kerja, waktu rehat, perjalanan, mahupun aktiviti di luar kerja.
Skim LINDUNG KASIH (Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah – SKSSR) adalah skim PERKESO yang memberikan perlindungan keselamatan sosial kepada suri rumah di Malaysia. Had umur kelayakan di bawah Skim LINDUNG KASIH telah dinaikkan daripada 55 tahun kepada 60 tahun bagi membolehkan lebih banyak suri rumah berusia 55–60 tahun untuk terus dilindungi di bawah skim ini.




