Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 23 Februari 2026..
Minggu ini, pelbagai pengumuman dan insentif kerajaan yang telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) 3.0, Kad Kesihatan Kasih Makmur, Permohonan Insentif Haji Muassasah Selangor 2026, SYUKUR dan banyak lagi. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

1. Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) 3.0
Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) adalah pelan takaful berkelompok patuh Syariah percuma dengan Premium RM80 ditaja oleh Kerajaan Malaysia. Skim ini ditawarkan secara eksklusif kepada ketua keluarga daripada kategori miskin tegar dan miskin yang berdaftar dengan pangkalan data eKasih di bawah bidang kuasa Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Skim ini menyediakan manfaat sekaligus sekiranya berlaku kematian secara semulajadi atau akibat kemalangan atau Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) akibat situasi yang tidak dijangka.

Peserta eKasih yang terpilih untuk menerima skim SIKR ini akan dimaklumkan menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ke nombor telefon yang telah dikemaskini dalam pangkalan data eKasih.
Untuk info lanjut, sila rujuk pautan INI atau terus ke artikel: SIKR 3.0 – Semakan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat
2. KAHA & Bantuan Ramadan MAIDAM 2026
KAHA adalah singkatan kepada Program Konvoi Agihan Hak Asnaf , satu program agihan zakat tahunan berskala besar oleh MAIDAM.
Penerima yang layak perlu buat semakan, dan jumlah bantuan ini perlu ditebus sebelum 31 Mac 2026. Jadi, jangan lupa buat semakan di pautan berikut: https://me12pay.asia/

Program ini bertujuan memberi bantuan tambahan kepada asnaf fakir dan miskin yang telah sedia menerima bantuan zakat di bawah skim MAIDAM. Pemberian bantuan diberi dalam bentuk tanpa tunai.
Bantuan Ramadan MAIDAM juga telah boleh ditebus bermula 19 Februari 2026 sehingga 31 Mac 2026. Jumlah ini akan lupus pada 1 April 2024 jika tidak digunakan.

3. PLKN 3.0 SIRI 2/2026- Semakan PLKN (Program Latihan Khidmat Negara)
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 2 TAHUN 2026 akan diadakan bermula pada 25 APRIL sehingga 03 JUN 2026 selama 45 hari yang melibatkan empat (4) siri latihan bagi tahun ini.
Siapa yang perlu check? Mereka yang mempunyai KELAHIRAN TAHUN 2008 boleh membuat semakan secara online melalui Sistem ePLKN 3.0 : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
Calon disarankan membuat semakan secara berkala bagi mendapatkan maklumat penempatan dan arahan lanjut daripada pihak JLKN.

Bagi memastikan proses kelancaran pendaftaran dan pentadbiran, para pelatih yang TERPILIH selepas melakukan semakan perlu MENGESAHKAN KEHADIRAN melalui sistem ePLKN 3.0 sehingga 28 FEBRUARI 2026.
4. Permohonan Insentif Haji Muassasah Selangor 2026
Insentif Haji Muassasah merupakan bantuan ibadah haji khusus buat para muslimin dan muslimah di Selangor yang layak yang menawarkan bantuan sumbangan kepada bakal jemaah haji.
Tarikh permohonan insentif dibuka mulai 23 Februari 2026 (Isnin) sehingga 15 Julai 2026 (Rabu).
Bakal jemaah haji yang layak akan menerima insentif sebanyak RM1,500, peningkatan sebanyak RM500 iaitu dari RM1,000 pada tahun 2025.

Untuk mengetahui syarat-syarat dan cara permohonan lebih lanjut, sila rujuk artikel berikut: Permohonan Insentif Haji Muassasah Selangor 2026
5. SYUKUR Sabah 2026
Ramai yang tertunggu-tunggu tentang bantuan SYUKUR Sabah untuk tahun 2026 kan?
Untuk makluman bagi yang belum tahu, SYUKUR Sabah adalah program bantuan tunai bulanan sepanjang tahun kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri Sabah. Ia merupakan sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Sabah melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat.
Disertakan infografik rasmi dan terkini bagi Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 yang dikeluarkan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya untuk makluman dan rujukan semua.

Untuk perhatian, semakan penerima yang layak bagi Fasa Pertama SYUKUR 2026 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman Facebook rasmi Sekretariat Sabah Maju Jaya serta Pegawai MySMJ:Profiler di setiap daerah.
Sistem semakan atas talian di syukur.sabah.gov.my akan beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat.
6. Kad Kesihatan Kasih Makmur
Kad Kesihatan Kasih Makmur adalah salah satu inisiatif khas Kerajaan Negeri Pahang di bawah program “Kebanggaan Pahang” atau dikenali dengan jenama “Kasih Makmur” yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang bermula tahun 2022.

Melalui kad ini, pemegang kad boleh menggunakan nilai bantuan berjumlah RM500 setahun.
Jenis Rawatan yang Ditanggung di bawah Kad Kesihatan Kasih Makmur
- Rawatan Pesakit Luar : Demam, Batuk, Selsema dan Sakit-sakit badan.
- Pemeriksaan Darah Asas : FBC, RBS
- Pemeriksaan Darah Secara Menyeluruh Sekali Setahun : FBC, LFT, RP, Fasting Blood Sugar, HBA1C dan Cholesterol
- Pemeriksaan Radiologi : X-ray, Ultrasound, Ujian Mammogram dan Pap Smear
- Swab Test : Influenza dan Covid 19
- Pengambilan Vaksinasi : Influenza, Pneumococcal, Meningococcal, Hepatitis B
- Pengambilan ‘Supplements’ : Vitamin, Susu Nutrisi Khas, dan Pampers
Untuk membuat semakan, anda boleh terus ke laman web rasmi : https://www.kasihmakmur.com.my/semakan-penerima/
Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni
Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.




