ePLKN 3.0 – Semakan PLKN 2026 (Program Latihan Khidmat Negara)

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

PLKN atau Program Latihan Khidmat Negara adalah program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti. Selepas beberapa tahun direhatkan, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini telah bertransformasi dan kembali pada tahun 2025 menjadi program pembangunan diri, patriotisme, serta pemupuk perpaduan yang lebih segar dan relevan. Anda boleh membuat semakan nama pelatih secara online melalui pautan Semakan Pelatih ePLKN 3.0 : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form

TERKINI : SEMAKAN PENGAMBILAN PELATIH PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN 3.0) SIRI 1 TAHUN 2026 DIBUKA BERMULA 08 DISEMBER 2025

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) ingin memaklumkan bahawa, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 1 TAHUN 2026 akan diadakan bermula pada 17 JANUARI sehingga 03 MAC 2026 melibatkan dua buah kem Askar Wataniah (AW) iaitu Rejimen 515 (AW), Kuala Lumpur dan Rejimen 505 (AW), Pekan Pahang. Terdapat empat (4) siri latihan PLKN3.0 akan dilaksanakan bagi tahun hadapan (2026).

Sehubungan dengan itu, semakan kepada bakal pelatih (SIRI 1/2026) bagi daftar KELAHIRAN TAHUN 2008 boleh dilakukan bermula seperti ketetapan berikut:

TARIKH : 08 DISEMBER 2025 (ISNIN) | MASA: JAM 04.00 PETANG

Sila rujuk maklumat rasmi melalui siaran media di bawah dan skrol ke bawah untuk mengetahui cara membuat semakan status dan pengesahan kehadiran.

Pengenalan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti.

Struktur Latihan Khidmat Negara merangkumi latihan asas Ketenteraan yang meliputi aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.

Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.

Sementara itu, elemen Khidmat Masyarakat meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya.

plkn 3.0

Program ini pernah dihentikan selama setahun pada 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan dan diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 setahun.

Pada 13 Ogos 2018, Mesyuarat Kabinet memutuskan untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) serta-merta.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata keputusan itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu setelah mendapati PLKN dan BTN telah disalah guna bagi tujuan indoktrinasi fahaman tertentu.

Selain itu, antara faktor program ini dihentikan adalah kerana ia melibatkan kos yang besar sekitar RM700 juta setahun.

IMBAS KEMBALI : 16 FEBRUARI 2004 – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bermula

PLKN adalah sebuah program kenegaraan di mana pada setiap tahun, kira-kira 24% daripada remaja warganegara Malaysia berusia 18 tahun akan dipilih untuk menjalani kursus latihan wajib selama 3 bulan di Pusat Latihan PLKN di serata negara.

Ia bermula apabila Jawatankuasa Kabinet dibentuk untuk mengkaji keperluan satu bentuk kerahan tenaga pada 30 Oktober 2002. Ia dipengerusikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Razak & mesyuarat pertamanya diadakan pada 12 November 2002.

Istilah ‘kerahan tenaga’ ditukar kepada ‘Khidmat Negara’’ & J/K tersebut juga menubuhkan 4 J/K Kecil meliputi hal Kewangan, Kurikulum, Undang-Undang & Logistik bagi menyediakan perancangan & menyelaraskan keperluan pelaksanaan PLKN.

Kabinet pada 28 Mei 2003 telah meluluskan cadangan pelaksanaan PLKN, kemudian pada 25 Jun 2003, Dewan Rakyat meluluskan RUU Latihan Khidmat Negara & secara rasmi ia menjadi sebuah akta pada 7 Julai selepas diluluskan Dewan Negara.

Ia dilancarkan pada 16 Februari 2004, apabila 26,000 remaja dipilih sebagai kumpulan pertama untuk menyertai siri pertama PLKN, diikuti 59,000 lagi sebagai kumpulan ke-2 & ke-3 yang masing-masing memulakan latihan pada Mac & April 2004.

Para pelatih menjalani latihan yang ditetapkan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam 4 modul: Fizikal, Kenegaraan, Pembinaan Karakter & Khidmat Komuniti yang bermatlamat untuk memperkasa jati diri generasi baharu Malaysia.

Bagaimanapun selepas 11 tahun, Najib Razak selaku PM ketika itu mengumumkan penangguhan pelaksanaan program ini untuk menjimatkan kira-kira RM400 juta ketika pengumuman semakan Belanjawan 2015 pada 20 Januari 2015.

Pada 13 Ogos 2018, Menteri Belia & Sukan ketika itu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan bahawa PLKN bersama Biro Tata Negara (BTN) dimansuhkan.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, JLKN, Astro AWANI

Pelaksanaan PLKN 3.0

Kerajaan telah bersetuju supaya Kementerian Pertahanan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan konsep dan format baharu.

Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2025 (Rujuk : Belanjawan Madani 2025 [ LIVE ] Pembentangan & Intipati)

Bagi pelaksanaan kali ini, sebanyak 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik akan digunakan.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan menggunakan modul kombinasi iaitu modul latihan asas ketenteraan (30%) dan modul asas kenegeraan (70%).

Modul asas ketenteraan dibangunkan oleh  Kementerian Pertahanan yang berkonsepkan pembelajaran melalui pengalaman serta latihan berkumpulan.

Manakala modul asas kenegeraan yang dibangunkan oleh KPT mengandungi modul kenegaraan elemen jati diri, modul kenegaraan elemen cinta negara dan modul kenegaraan elemen perpaduan.

plkn 3.0

Semakan PLKN 2026

SEMAKAN PENGAMBILAN PELATIH PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN 3.0) SIRI 1 TAHUN 2026 DIBUKA BERMULA 08 DISEMBER 2025

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) ingin memaklumkan bahawa, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 1 TAHUN 2026 akan diadakan bermula pada 17 JANUARI sehingga 03 MAC 2026 melibatkan dua buah kem Askar Wataniah (AW) iaitu Rejimen 515 (AW), Kuala Lumpur dan Rejimen 505 (AW), Pekan Pahang. Terdapat empat (4) siri latihan PLKN3.0 akan dilaksanakan bagi tahun hadapan (2026).

Sehubungan dengan itu, semakan kepada bakal pelatih (SIRI 1/2026) bagi daftar KELAHIRAN TAHUN 2008 boleh dilakukan bermula seperti ketetapan berikut:

  • TARIKH : 08 DISEMBER 2025 (ISNIN) | MASA: JAM 04.00 PETANG

Laman Sesawang / Pautan Sistem ePLKN 3.0: https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form

Bagi memastikan proses kelancaran pendaftaran dan pentadbiran, para pelatih yang TERPILIH selepas melakukan semakan perlu MENGESAHKAN KEHADIRAN melalui sistem ePLKN 3.0 sehingga 25 DISEMBER 2025.

Sila tekan butang DAFTAR untuk membuat pengesahan kehadiran di dalam sistem ePLKN bagi siri 1/2026.

Bagi yang terpilih sebagai calon simpanan (Siri 1/2026) perlu membuat semakan semula pada 29 Disember 2025. Tempoh sebagai calon simpanan tertakluk selama 1 tahun (2026).

Bagi siri-siri latihan PLKN seterusnya pihak JLKN akan memaklumkan secara berperingkat kelak dan bakal pelatih diingatkan supaya sentiasa peka dengan pengumuman di saluran rasmi JLKN untuk menyemak sistem ePLKN dari masa ke semasa.

Calon Simpanan PLKN 2026

Anda terpilih sebagai ‘calon simpanan’ bagi daftar kelahiran 2008?

Ini perkara yang anda perlu tahu :

1.  Tahun 2026 , plkn 3.0 akan melaksanakan 4 siri latihan seperti ketetapan berikut:

  • A. Siri 1/2026: 17 Jan – 2 Mac 2026
  • B. Siri 2/2026: 25 Apr – 8 Jun 2026
  • C. Siri 3/2026: 11 Jul – 24 Ogos 2026
  • D. Siri 4/2026: 3 Okt – 16 Nov 2026

2.  Calon simpanan merupakan senarai menunggu yang telah dimaklumkan awal ke peringkat sekolah. Kepada yang terpilih dalam kategori ini perlu menyemak semula pada 29/12/2025 bagi siri 1/2026 .

3.  Jika tidak terpilih pada siri awal, sila semak semula pada siri akan datang (siri 2,3 & 4/2026) selewatnya 2-3 minggu selepas pengumuman rasmi dari jlkn atau sebelum siri latihan berikutnya bermula.

4.  Tempoh calon simpanan tertakluk dalam tempoh setahun bagi tahun 2026 .

5. Plkn 3.0 dalam fasa membangunkan 13 kem di seluruh negara . Pengambilan pelatih akan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan ketersediaan kem-kem latihan pada tahun semasa.

Tuan puan boleh menghubungi nombor yang tertera bagi pertanyaan lanjut 03-4013 (sam: 3612 / 3613 / 3614 / 3604 / 3603 / 3626)

Maklumat Lanjut PLKN 3.0 2026

Untuk mendapatkan info terkini dan update terbaru tentang permohonan sebagai Sukarela PLKN 3.0 siri 2026, sila rujuk saluran berikut:

PLKN wajib atau tidak?

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memaklumkan bahawa kehadiran pelatih adalah wajib dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara sekiranya gagal hadir tanpa alasan munasabah atau pembuktian masalah kesihatan yang disahkan pakar perubatan.

Di bawah seksyen itu, mana-mana orang yang tidak menghadirkan diri bagi latihan khidmat negara seperti yang dikehendaki telah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Walau bagaimanapun, sesiapa yang tidak dapat menjalani PLKN boleh memohon untuk penangguhan atau pengecualian dengan mengemukakan dokumen yang lengkap.pengecualian plkn

Berapa elaun PLKN 2025?

Pada awalnya, Kementerian Pertahanan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN 3.0).

Terkini, media telah melaporkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.

PLKN umur berapa?

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan melibatkan remaja dan belia yang berusia 16 hingga 35 tahun. Namun, fokus bagi tahun 2025 ialah lepasan SPM.

Contohnya jika lepasan SPM tak boleh hadir sebab beberapa kekangan, maka dia boleh hadir hingga usia 35 tahun, itu mengikut akta.

Berapa lama tempoh PLKN?

Tempoh PLKN adalah selama 45 hari.

Bagaimana nak tahu lebih lanjut tentang PLKN?

Sebarang maklumat lanjut berhubung perkara ini, sila hubungi Unit Pelatih, Sektor Latihan, JLKN di talian 03-4013 (Sambungan: 3612/3613/3614/3604/3603/3626) atau layari laman sesawang https://jlkn.mod.gov.my

Bolehkah mohon penangguhan?

Ya, sekiranya, Pelatih berhasrat untuk menangguh tawaran latihan atau memohon pengecualian, maka pelatih boleh klik pada «Butang Penangguhan / Pengecualian».

– Pelatih perlu mengisi alasan penangguhan, gambar passport dan memuat naik dokumen pembuktian seterusnya mengisi tempoh masa penangguhan / pengecualian.
– Pelatih perlu klik «Kotak Perakuan» dan seterusnya klik pada «Butang Hantar».
– Pelatih perlu menyemak kembali status permohonan selepas SATU (1) minggu Tarikh Tutup Maklumbalas.
– Sekiranya permohonan penangguhan tidak lulus maka pelatih perlu lapor diri di kem latihan mengikut ketetapan Surat Tawaran Latihan.

Bila PLKN 2026 akan dijalankan?

A. Siri 1/2026: 17 Jan – 2 Mac 2026
B. Siri 2/2026: 25 Apr – 8 Jun 2026
C. Siri 3/2026: 11 Jul – 24 Ogos 2026
D. Siri 4/2026: 3 Okt – 16 Nov 2026

Apa maksud calon simpanan PLKN?

Calon simpanan merupakan senarai menunggu yang telah dimaklumkan awal ke peringkat sekolah. Kepada yang terpilih dalam kategori ini perlu membuat semakan semula pada tarikh yang ditetapkan.

BACA JUGA:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut