Contoh Soalan PKSK Tingkatan 1 & 4

Artikel ini menghimpunkan contoh soalan PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sebagai panduan calon membuat persediaan.

Selain latihan soalan, kami juga kongsikan beberapa tips menjawab seperti membaca soalan dengan teliti, mengurus masa dengan baik, serta mengekalkan fokus sepanjang ujian.

Apa itu PKSK

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) merupakan satu mekanisme penting yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menilai dan memilih pelajar yang layak untuk memasuki sekolah khusus di seluruh negara.

Antara sekolah yang menggunakan PKSK sebagai syarat kemasukan termasuklah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) serta Maktab Tentera Diraja (MTD).

Ujian ini menjadi penilaian wajib kepada semua calon yang berminat melanjutkan pelajaran ke sekolah khas tersebut.

Melalui PKSK, pelbagai aspek akan dinilai termasuk pencapaian akademik, sahsiah, kemahiran berfikir kritis, serta daya kepimpinan pelajar, bagi memastikan hanya calon yang benar-benar berpotensi dipilih.

Kaedah pentaksiran ini dijalankan secara berpusat melalui sistem single entry point yang standard bagi kemasukan ke Tingkatan 1, Tingkatan 4 serta Tahun 1 (Sijil Vokasional Malaysia).

PKSK pertama kali diperkenalkan pada tahun 2020 selepas pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020.

Sejak itu, PKSK berfungsi sebagai kaedah baharu dalam pemilihan murid untuk kemasukan ke SBP, SMKA, SMT, KV dan MTD di seluruh negara.

Format PKSK

Format bagi PKSK dan peratusan skor yang terkini dan digunakan adalah seperti jadual berikut:

BAHAGIAN A (KECERDASAN INSANIAH)BAHAGIAN B (KECERDASAN INTELEK)BAHAGIAN C (ARTIKULASI PENULISAN)
Dalam Talian (Online)Dalam Talian (Online)Bertulis
90 minit90 minit45 minit
T1: minimum 100 pp
T4: minimum 250 pp
Objektif bergred

a. Kecerdasan Emosi (EQ)
b. Kecerdasan Rohani (SQ)
c. Kecerdasan Insaniah (SSQ)
Objektif aneka pilihan (10 domain)

a. Kecerdasan Intelek (IQ)
b. Bahasa Melayu
c. Bahasa Inggeris
d. Penyelesaian Masalah (Matematik)
e. Penyelesaian Masalah (Sains)
f. Penyelesaian Masalah (Teknologi)
g. Pengetahuan Am
Subjektif (Respon terbuka)
Partial credit
(Soalan objektif. Setiap jawapan mempunyai markah)
Dikotomus
(Soalan objektif. Y/N)
Keakuran Senarai Semak
30703 (Pilih 1)
20%70%10%

PKSK dibahagikan kepada tiga bahagian utama:

1. Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ, SSQ)

  • Mengukur karakter dan kecerdasan emosi, spiritual, dan sosial calon.
  • Terdiri daripada 30 soalan objektif.
  • Tiada jawapan betul atau salah.
  • Menyumbang 20% kepada skor keseluruhan.

2. Bahagian B: Kecerdasan Intelek

  • Mengukur tahap IQ, pengetahuan am, dan penyelesaian masalah.
  • Terdiri daripada 70 soalan objektif termasuk soalan matematik, sains, dan 10 soalan Bahasa Inggeris untuk menguji penguasaan dan kefahaman.
  • Tempoh menjawab kira-kira 90 minit.
  • Menyumbang 70% kepada skor keseluruhan.

3. Bahagian C: Artikulasi Penulisan

  • Calon akan memilih satu daripada tiga tajuk karangan untuk ditulis dalam Bahasa Melayu.
  • Minimum 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan bagi Tingkatan 4.
  • Tempoh masa diberikan sekitar 45 minit.
  • Menyumbang 10% kepada skor keseluruhan.

Contoh Soalan PKSK

Berikut adalah beberapa contoh soalan PKSK untuk setiap bahagian :

Bahagian A – Kecerdasan Insaniah (KI)

  1. Semasa perbincangan kumpulan, seorang ahli tidak mahu memberi kerjasama. Apa tindakan anda?
  2. Dalam pertandingan sukan, rakan anda jatuh dan cedera. Apa tindakan anda?
  3. Anda ditegur guru kerana tidak siapkan kerja rumah. Apa tindakan anda?
  4. Seorang murid baru berpindah ke sekolah anda. Dia kelihatan malu & tiada kawan. Apa yang patut anda buat?
  5. Anda nampak rakan meniru semasa peperiksaan. Apa tindakan anda?
  6. Anda dilantik sebagai ketua kelas. Apakah tindakan yang paling wajar?
  7. Anda gagal dalam ujian Matematik. Apa tindakan anda?
  8. Anda dipuji kerana berjaya dalam pertandingan pidato. Apa tindakan anda?
  9. Anda terlupa membawa buku ke kelas. Apa tindakan anda?
  10. Anda diminta menyertai pertandingan yang anda tidak minati. Apa tindakan anda?

Bahagian B – Pengetahuan

  1. Apakah ibu negara Malaysia?
  2. Gunung tertinggi di Malaysia ialah…
  3. Siapakah Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2025?
  4. Apakah nama Parlimen Malaysia?
  5. Malaysia merdeka pada tahun…
  6. Apakah nama lagu kebangsaan Malaysia?
  7. Apakah maksud Rukun Negara yang pertama: Kepercayaan kepada Tuhan?
  8. Apakah fungsi utama Yang di-Pertuan Agong?
  9. Apakah nama bendera Malaysia?
  10. Sukan SEA 2025 akan dianjurkan di negara…

Bahagian C – Kecerdasan Emosi (EQ)

  1. Anda sangat gementar sebelum naik ke pentas pertandingan pidato. Apa tindakan paling sesuai?
  2. Rakan anda mendapat markah lebih tinggi walaupun anda belajar lebih banyak. Apa reaksi yang wajar?
  3. Anda dimarahi guru di hadapan kelas kerana kesilapan kecil. Bagaimana anda harus bertindak?
  4. Anda kalah dalam pertandingan yang disertai. Apa yang patut dilakukan?
  5. Anda sedang sedih tetapi perlu juga menyertai latihan pasukan. Apa tindakan yang terbaik?
  6. Rakan anda sering mendapat pujian guru. Apa reaksi yang baik?
  7. Anda mendapat kritikan membina daripada guru tentang hasil kerja anda. Apa tindakan anda?
  8. Seorang rakan sekelas mengejek anda di hadapan murid lain. Apa reaksi yang wajar?

Bahagian D – Kecerdasan Spiritual (SQ)

  1. Apakah maksud bersyukur?
  2. Apakah tindakan paling baik sebelum memulakan peperiksaan?
  3. Menghormati ibu bapa termasuk dalam…
  4. Apakah yang paling utama ketika menolong orang lain?
  5. Apakah contoh amalan yang boleh menenangkan hati?
  6. Apabila melihat rakan dari agama lain berdoa, apakah sikap yang wajar?

Bahagian E – Kecerdasan Sosial & Kemahiran Insaniah (SSQ)

  1. Anda baru berpindah ke sekolah baharu. Apa cara terbaik untuk mendapat kawan?
  2. Semasa aktiviti berkumpulan, seorang ahli tidak mahu memberi kerjasama. Apa tindakan anda?
  3. Jika anda menjadi ketua kumpulan, apakah sikap terbaik?
  4. Dalam perbualan, bagaimana cara menunjukkan anda mendengar dengan baik?
  5. Anda melihat seorang rakan dibuli di kantin. Apa tindakan paling sesuai?
  6. Apabila bekerja dalam satu kumpulan, apa sikap yang perlu ditunjukkan?

Artikulasi Penulisan

  1. Cara-cara mengatasi vandalisme
  2. Cara memupuk perpaduan rakyat malaysia
  3. Kebaikan membeli belah dalam talian
  4. Faktor-faktor suka hadir ke sekolah
  5. Jelaskan bagaimana guna teknologi maklumat dalam hidup
  6. Cara-cara menjimatkan elektrik
  7. Huraikan kegunaan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian
  8. Anda melihat rakan anda megambil duit murid lain. Apakah tindakan anda
  9. Terangkan ciri-ciri pelajar yg cemerlang
  10. Faedah tidur yang cukup
  11. Kesan Penggunaan Gadjet yang tidak terkawal
  12. Budi bahasa budaya kita
  13. Faedah tidur yang cukup
  14. Kesan penggunaan gadjet yang tidak terkawal
  15. Budi bahasa budaya kita
  16. Usaha menjadi pelajar cemerlang
  17. Cara menyayangi sekolah
  18. Kepentingan telefon pintar kepada murid
  19. Ceritakan tentang sambutan Hari Guru di sekolah anda
  20. Ceritakan tentang sahabat baik anda
  21. Perpaduan bermula di sekolah, terangkan
  22. Penggunaan teknologi mklumat dlm kehidupan seharian
  23. Keburukan rokok elektronik
  24. Faedah Petani moden
  25. Peranan anda dalam memupuk sikap cinta terhadap alam sekitar
  26. Kesan jerebu kepada manusia
  27. Peranan anda dalam keluarga
  28. Terangkan punca dan cara mengatasi aktiviti lumba haram
  29. Faedah menyertai aktiviti gotong-royong
  30. Terangkan nilai-nilai murni yg perlu ada pada murid
  31. Masalah ponteng dikalangan pelajar
  32. Kesan buruk gadjet kepada pelajar
  33. Kebaikan menduduki asrama cemerlang
  34. Maksud Rumahku Syurgaku
  35. Cara-cara menjaga alam sekitar
  36. Cara mengelakkan anda terpengaruh dengan gejala ponteng sekolah
  37. Aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan perpaduan antara kaum di Malaysia
  38. Huraikan mengapakah kita perlu menghormati guru?
  39. Ceritakan pengalaman kamu ketika bermain permainan tradisional
  40. Keburukan media sosial terhadap pelajar
  41. Persediaan menghdapi musim tengkujuh
  42. Cara mengelakkan gejala sosial
  43. Bagaimana anda menunjukkan kasih sayang terhadap ahli keluarga? Jelaskan
  44. Cara untuk menjaga keselamatan diri ketika berada di luar rumah
  45. Kesan gejala sosial
  46. Ceritakan aktiviti gotong royong perdana di sekolah anda
  47. Kenapa ramai anak muda suka jadi influencer ? Jelaskan
  48. Ceritakan aktiviti pameran anti dadah di sekolah anda
  49. Pengalaman gotong royong
  50. Kenapa anda perlu ke sekolah
  51. “Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat”. Ceritakan pengalaman kamu berkaitan peribahasa tersebut
  52. Ceritakan pengalaman manis dalam hidup kamu
  53. Anda telah memenangi RM100,000 dalam satu cabutan bertuah. Bagaimanakah anda akan membelanjakan wang tersebut secara bijak dan berhemah?
  54. Apakah mata pelajaran yang kamu minati? Mengapakah kamu meminati mata pelajaran tersebut?
  55. Bagaimanakah kamu boleh membantu menjaga alam sekitar?
  56. Apakah alat yang kamu akan cipta untuk menjaga lama sekitar? Terangkan tentang alat tersebut
  57. Apakah cita-cita kamu? Mengapakah kamu memilih cita-cita tersebut?
  58. Ceritakan permainan yang kamu gemari
  59. Apakah mata pelajaran yang kamu minati? Mengapakah kamu meminati mata pelajaran tersebut?
  60. Anda terdampar di sebuah pulau yang terpencil dan terputus hubungan dengan dunia luar. Apakah yang anda perlu lakukan untuk bertahan sementara mendapat bantuan
  61. Isu buli semakan membimbangkan di sekolah. Apakah langkah yang perlu diambil untuk membanterasnya
  62. Peranan teknologi dalam memudakan kehidupan harian
  63. Kesan negatif penggunaan teknologi kepada masyarakat
  64. Teknologi hijau sebagai penyelesaian kepada masalah alam sekitar
  65. Pendidikan dalam talian : kebaikan dan cabaran
  66. Automasi dan masa depan pekerjaan
  67. Terangkan langkah-langkah pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar di Malaysia
  68. Apakah risiko membuka sebuah perniagaan
  69. Apakah persediaan anda untuk menjadi seorang pemimpin
  70. Terangkan peranan didikan agama dalam mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja

Semakan Pusat Ujian PKSK

Untuk memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan pusat ujian PKSK, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan kemudahan semakan secara dalam talian.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan:

  1. Layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan ini: https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm (Tingkatan 1) & https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/ujian_uksbp4/semak_uksbp4.cfm (Tingkatan 4)
  2. Di ruangan Nombor MyKid/MyKad Pemohon, masukkan Nombor Kad Pengenalan anak. Jika anak masih belum mempunyai Kad Pengenalan kerana belum genap 12 tahun, boleh gunakan Nombor MyKid.
  3. Di ruangan Nombor MyKad Penjaga Utama, masukkan Nombor Kad Pengenalan ibu, bapa atau penjaga.
  4. Tekan butang “Klik Untuk Semak” untuk meneruskan proses.
  5. Jika anda sudah membuat pendaftaran dan permohonan sebelum ini, anda akan dapat melihat paparan maklumat pusat ujian yang telah ditetapkan.

Tips Persediaan Sebelum PKSK

Untuk memastikan anda benar-benar bersedia menghadapi PKSK, ada beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian:

1. Fahami Format Ujian
Kenali struktur PKSK yang merangkumi tiga bahagian utama iaitu Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ, SSQ), Kecerdasan Intelek (IQ dan pengetahuan akademik), serta bahagian Penulisan Karangan. Pemahaman ini membantu anda menyusun strategi menjawab dengan lebih baik.

2. Berlatih dengan Contoh Soalan
Luangkan masa untuk menjawab soalan objektif dan menulis karangan. Latihan berterusan akan membiasakan anda dengan format, gaya soalan, serta pengurusan masa ketika peperiksaan sebenar.

4. Sediakan Dokumen Penting
Jangan lupa membawa dokumen wajib seperti MyKad/MyKid, slip menduduki PKSK, dan alat tulis yang lengkap pada hari ujian. Persediaan ini dapat mengelakkan masalah yang tidak diingini.

5. Patuh pada Waktu Ujian
Datanglah awal ke pusat ujian dan ikuti segala arahan yang diberikan oleh pegawai bertugas. Sikap disiplin terhadap masa mencerminkan kesungguhan anda.

6. Jaga Kesihatan Diri
Pastikan anda mendapat tidur yang cukup, bersarapan, dan berada dalam keadaan segar pada hari ujian. Tubuh yang sihat membantu minda lebih fokus dan tenang.

7. Pakaian Sekolah Lengkap
Pakai pakaian seragam sekolah yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran dan pelaksanaan ujian.

8. Kekal Tenang dan Fokus
Semasa menjawab, baca soalan dengan teliti dan urus masa sebaiknya. Elakkan panik, kerana ketenangan akan membantu anda memberikan jawapan yang lebih tepat.

9. Semak Maklumat Terkini
Sentiasa ikuti pengumuman atau notis rasmi daripada portal PKSK untuk mengetahui sebarang perubahan, arahan, atau maklumat terbaru.

Tips Menjawab Soalan PKSK

Tingkatan 1

Tips Menjawab Soalan A, B & C

  1. Bahagian A – Beri jawapan yang PALING LOGIK dan POSITIF.
  2. Bahagian B – Buat latihan subjek Matematik & Sains tahap 2 terutama soalan KBAT. Baca subjek Sejarah dan hal ehwal semasa.
  3. Bahagian C – Buat latihan penulisan Bahasa Melayu.

    Tips Menjawab Soalan Artikulasi Penulisan

    1. Elakkan ulang isi yang sama  

    Kalau ulang isi, pemeriksa boleh tahu penulisan tersebut kurang idea. Cuba pastikan setiap isi yang ditulis berbeza dan ada huraian tersendiri.

    2. Tak perlu kira patah perkataan  

    Biasanya, jika tulis 6 perenggan dan setiap perenggan ada 2–3 ayat sederhana panjang (7–10 patah perkataan), sudah cukup lebih daripada 100 patah perkataan.

    3. Rujuk buku teks Tahun 4 hingga 6  

    Tema karangan selalunya tidak lari jauh dari silibus sekolah rendah. Jadi, elok sangat kalau semak semula topik dalam buku teks lama.

    4. Ambil tahu isu semasa  

    Topik-topik semasa boleh bantu anak beri contoh yang lebih menarik dan relevan dalam penulisan mereka.

    Tingkatan 4

    Tips Menjawab Soalan A, B & C

    1. Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (SQ, EQ dan SSQ) – Calon hendaklah memilih jawapan yang paling positif mengikut nilai-nilai murni kehidupan untuk mendapatkan markah yang tinggi.
    2. Bahagian B : Penyelesaian Masalah (IQ) – Calon perlu memberikan jawapan yang paling tepat dan betul untuk setiap soalan.
    3. Bahagian B : Pengetahuan Am Calon haruslah merujuk buku teks Sejarah Tingkatan 3 dan membaca akhbar atau menonton berita untuk mengetahui isu-isu semasa.

    Tips Menjawab Soalan Artikulasi Penulisan

    1. Rancang Sebelum Menulis : Buat kerangka untuk menyusun idea sebelum mula menulis.
    2. Gunakan Bahasa yang Jelas : Pastikan bahasa yang digunakan mudah difahami dan sesuai untuk konteks.
    3. Semak dan Betulkan : Luangkan masa untuk menyemak semula karangan anda sebelum menyerahkannya.

    FAQ Soalan PKSK

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah
    Khusus (PKSK)?

    PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tahun Satu, Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

    2. Apa yang dimaksudkan dengan single entry point?

    Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke Sekolah Khusus menggunakan padanan Modul Pengurusan Murid (SPATKPM).

    3. Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Khus

    Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

    4. Siapakah yang layak memohon dan menduduki PKSK?

    Semua murid yang didaftarkan di dalam Modul Pengurusan Murid (SPATKPM), layak untuk memohon dan menduduki PKSK. Modul Pengurusan Murid (SPATKPM) ialah satu sistem aplikasi pangkalan data murid secara dalam talian untuk menyimpan maklumat berkenaan murid.

    5. Bagaimanakah saya boleh membuat permohonan PKSK?

    Pemohon boleh mengakses sistem permohonan PKSK melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan Satu dan https://spskt4.moe.gov.my bagi Tingkatan Empat/Tahun Satu Sijil Vokasiaonal Malaysia (SVM) dan klik menu BORANG PERMOHONAN.

    6. Bagaimanakah cara untuk mengakses sistem permohonan PKSK?

    Pemohon hanya perlu memasukkan nombor Mykid/Mykad sendiri beserta nombor Mykad/No Pengenalan Diri penjaga utama seperti yang telah didaftarkan dalam Modul Pengurusan Murid (SPATKPM) untuk mengakses sistem permohonan

    7. Apakah yang dimaksudkan dengan Penjaga Utama?

    Penjaga utama ialah penjaga yang didaftarkan di dalam Modul Pengurusan Murid (SPATKPM).

    8. Sekiranya maklumat peribadi yang dipaparkan di dalam sistem berbeza daripada maklumat asal, apakah tindakan yang perlu pemohon lakukan?

    Ibu bapa/penjaga pemohon perlu mengemaskini maklumat dalam www.public.moe.my dan merujuk kepada guru kelas sekolah asal bagi pengesahan maklumat yang dikemaskini dalam Modul Pengurusan Murid (SPATKPM) melalui sekolah masing-masing

    9. Apakah komponen PKSK dan bagaimana dibahagikan?

    PKSK terbahagi kepada tiga komponen iaitu:

    Bahagian A (20%) : Kecerdasan Insaniah:
    ● Emotional Quotient (EQ)
    ● Spiritual Quotient (SQ)
    ● Soft Skills Quotient (SSQ)
    Bahagian B (70%) : Kecerdasan Intelek (Intelligence Quotient (IQ)):
    ● Pengetahuan Am
    ● Penyelesaian Masalah
    Bahagian C (10%) : Artikulasi Penulisan

    10. Selain daripada permohonan secara dalam talian, adakah pemohon juga boleh membuat permohonan secara manual?

    Tidak. Pemohon hanya boleh memohon secara dalam talian.

    Baca juga: