BUDI95 (atau BUDI MADANI RON95) adalah inisiatif subsidi petrol RON95 bersasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia. Inisiaitif ini akan bermula pada 30 September, manakala semakan status boleh dibuat bermula 25 September 2025 melalui laman web rasmi https://www.budimadani.gov.my/ atau https://www.budi95.gov.my/. Status terkini dan baki kuota 300L yang diperuntukkan bagi setiap pemegang MyKad juga boleh disemak melalui aplikasi stesen minyak seperti Setel, CaltexGo, Petron, dan e-dompet seperti Touch ‘n Go eWallet.
Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang BUDI95 dan panduan semakan status serta pembelian petrol RON95 dengan harga subsidi baharu, RM1.99 seliter.

Pengenalan BUDI95
BUDI95 atau BUDI MADANI RON95 ialah sebuah inisiatif program pelaksanaan petrol RON95 pada harga RM1.99 berbanding RM2.05 seliter bermula 30 September ini bagi rakyat tempatan tanpa mengambil kira tahap pendapatan.
Tujuan utama adalah memastikan subsidi benar-benar sampai kepada mereka yang layak, dan mengurangkan ketirisan.
Di bawah Program Inisiatif BUDI95 :
- Harga subsidi untuk rakyat Malaysia yang layak ialah RM1.99 seliter, bermula 30 September 2025.
- Kuota minima: 300 liter sebulan bagi setiap pengguna.
- Semua rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas dengan lesen memandu aktif layak secara automatik — tiada pendaftaran tambahan diperlukan.

Cara Semakan BUDI95
3 Cara Semak Status Kelayakan Subsidi BUDI95
- Portal rasmi: https://www.budi95.gov.my/
- Pusat Khidmat Pelanggan BUDI95
- Aplikasi Setel, Touch n Go, CaltexGO (selepas verifikasi identiti)
Hanya perlu masukkan No. Kad Pengenalan untuk semakan.
Mulai 30 September, penggunaan subsidi dipaparkan harian, termasuk baki kelayakan.
Had subsidi: 300 liter/bulan

Cara Semakan Baki Kuota Subsidi Petrol RON95 Melalui Portal Budi Madani
- Layari portal rasmi https://www.budi95.gov.my/ mulai 25 September 2025)
- Masukkan kad pengenalan untuk semakan.
- Setiap penggunaan subsidi akan dipaparkan secara harian termasuk baki kelayakan. Had ditetapkan ialah 300 liter sebulan.

Setelah anda masukkan no IC, anda akan dapat lihat status kelayakan dan baki kuota RON95 yang anda boleh beli untuk bulan tersebut.
Sebulan dapat 300L, kuota ini akan renew secara automatik setiap 1hb.

Anda juga akan dapat resit yang memaparkan baki kuota BUDI95 anda.

Cara Semakan Baki Kuota Subsidi Petrol RON95 Melalui Aplikasi Setel
- Muat turun aplikasi Setel di pautan https://www.setel.com/
- Klik ‘Check Eligibility’ (NOTA: Pastikan akaun anda telah disahkan melalui proses verifikasi)
- Jika anda layak, baki kuota BUDI95 anda akan dipaparkan dalam apps ini.

Buka apps Setel, lepas tu klik katCONFIRM BUDI95 ELIGIBILITY NOW’

Nanti akan dipaparkan kelayakan anda.

Boleh check baki kuota terus dalam apps ni. Mudah kan?

Pastikan anda dah sahkan akaun melalui proses verifikasi swafoto & video (rujuk video di bawah)
Nak isi minyak guna Setel? Senang je, tengok panduan di bawah:
Cara Semakan Baki Kuota Subsidi Petrol RON95 Melalui Aplikasi TNG eWallet
Bagi yang ada apps TNg eWallet, anda juga boleh buat semakan melalui aplikasi tersebut.

Cara nak buat semakan kuota BUDI95 ni senang je, boleh tengok dalam video di bawah:
Selain check kelayakan, anda juga boleh isi minyak RON95 guna apps ni. Rujuk caranya di bawah:
Semakan Sejarah Transaksi BUDI95
Untuk membuat semakan sejarah transaksi pula, anda perlu login menggunakan MyDigital ID. Langkah-langkahnya mudah saja :
- Layari laman web https://www.budimadani.gov.my/.
- Klik pada butang ‘Semak Sejarah Transaksi’ (lihat paparan gambar di bawah)
- Kod QR MyDigital ID akan dipaparkan. Anda perlu scan kod QR tersebut menggunakan aplikasi MyDigital ID. (Kalau belum download, sila download dulu di SINI)
- Sejarah transaksi BUDI95 anda akan dipaparkan.


Lepas dah scan, anda akan dapat tengok sejarah pembelian RON95 anda pada bulan tersebut.

Kuota Subsidi Petrol RON95 300L – Berapa RM Boleh Isi Minyak?
Nak tahu berapa penjimatan yang anda dapat dengan BUDI95? Jom tengok contoh di bawah!
Jika anda nak beli RON95 bersubsidi sebanyak RM50, anda akan nampak harga RM65.33 di pam. Jangan risau, kiraan itu berdasarkan harga runcit semasa RON95 yang tertera di pam.
Anda masih bayar RM50, malah berjimat RM15.33 dengan bantuan BUDI95!

Secara purata, kalau anda biasa isi RM50 setiap kali untuk full tank, anda boleh isi lebih kurang 11 kali dengan harga minyak bersubsidi BUDI95. Atau lebih tepatnya, anda boleh isi RM597 sebulan guna minyak bersubsidi RON97.

Rujuk jadual di bawah :
| Jumlah Anda Bayar | Jumlah Liter Anda Dapat (Harga RM1.99/L) | Harga Paparan di Pam (RM2.60/L) | Nilai Subsidi |
|---|---|---|---|
| RM5 | 2.51L | RM6.53 | RM1.53 |
| RM10 | 5.02L | RM13.07 | RM3.07 |
| RM20 | 10.05L | RM26.14 | RM6.14 |
| RM30 | 15.08L | RM39.21 | RM9.21 |
| RM40 | 20.10L | RM52.28 | RM12.28 |
| RM50 | 25.13L | RM65.35 | RM15.35 |
| RM60 | 30.15L | RM78.42 | RM18.42 |
| RM70 | 35.18L | RM91.49 | RM21.49 |
| RM80 | 40.20L | RM104.56 | RM24.56 |
| RM90 | 45.23L | RM117.63 | RM27.63 |
| RM100 | 50.25L | RM130.70 | RM30.70 |
Kalau anda guna lebih daripada kuota tersebut, anda perlu bayar harga runcit RM2.60/liter.
Tapi jangan risau, sebab setiap individu warganegara yang ada IC dan lesen layak dapat kuota ni. Jadi, kalau bulan tu kena travel jauh, bolehlah kongsi dengan suami / isteri / ayah / ibu dan anak-anak yang ada lesen memandu ya.
Kalau masih rasa pening nak kira, jangan risau. Isi je sampai pam berhenti sendiri, kiraan akan tunjuk dalam resit BUDI95 anda.
Anda juga boleh tengok ulasan pempengaruh berkenaan kuota subsidi petrol 300L ini.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Semakan BUDI95
Harga petrol RON95 akan turun ke RM1.99 seliter mulai 30 September 2025, menurut pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima STR mulai 28 September.
Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 18 juta rakyat Malaysia, termasuk:
-Pemandu kereta
-Penunggang motosikal
-Belia seawal usia 16 tahun
-Pekerja gig (seperti penghantar makanan dan penunggang e-hailing)
Warganegara asing dan individu yang tidak layak perlu membayar harga pasaran tanpa subsidi, iaitu sekitar RM2.50 seliter.
Subsidi ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang layak. Warganegara asing dan individu yang tidak layak perlu membayar harga pasaran tanpa subsidi, iaitu sekitar RM2.50 seliter.
Harga semasa RON95 yang disubsidi adalah sekitar RM2.05 seliter.Harga baharu akan menjadi RM1.99 seliter. Perbezaannya kira-kira 6 sen lebih murah.
Rakyat Malaysia hanya perlu mengimbas MyKad untuk mendapatkan harga subsidi baharu RON95 iaitu RM1.99/liter.
Pastikan cip MyKad anda berfungsi untuk digunakan bagi pengesahan identiti semasa mengisi minyak.
Jika cip rosak, silalah ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara untuk penggantian segera atau mohon penggantian secara online.
Anda juga boleh menggunakan aplikasi seperti Setel, TNG dan CaltexGo.
Jika cip rosak, silalah ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara untuk penggantian segera atau mohon penggantian secara online melalui JPN E-Services.
Semakan kelayakan bagi inisiatif BUDI MADANI RON95 (Subsidi petrol BUDI95) boleh dibuat mulai 25 September di https://www.budi95.gov.my/
Tidak. Tiada sekatan untuk isi minyak RON95 lebih daripada sekali dalam sehari.
Lesen tak perlu bawa, tapi pastikan lesen anda tak expired ya. Anda hanya perlu bawa MyKad untuk isi minyak RON95 bersubsidi dengan harga RM1.99/liter.
Boleh. Anda hanya perlu sahkan akaun supaya tak perlu imbas IC setiap kali nak isi minyak.
Boleh, anda hanya perlu sahkan akaun dan lakukan proses verifikasi untuk dapatkan harga petrol RON95 bersubsidi.
Semua syarikat minyak di Malaysia seperti Petronas, Shell, Petron, Caltex, BHP, FIVE, Xcel, Petros, BuraqOil, Smart boleh claim BUDI95 dan beli minyak petrol RON95 dengan harga RM1.99 seliter.
Tidak. BUDI95 hanya dibenarkan untuk kegunaan warganegara Malaysia yang memandu kenderaan berpendaftaran Malaysia. Kenderaan yang tidak berpendaftaran Malaysia tidak dibenarkan mengisi minyak RON95 sama ada pemandunya rakyat Malaysia atau tidak.
Tidak. Sistem pembelian petrol BUDI95 menetapkan pembayaran dahulu sebelum anda boleh mengisi minyak agar harga minyak dibeli dan nilai baki BUDI95 yang digunakan jelas.
Anda boleh menggunakan aplikasi e-dompet pilihan selain TNG Digital jika anda membayar melalui terminal pembayaran dalam kedai (IPT) setelah pengesahan Terminal MyKad BUDI95 atau terminal pembayaran luar kedai (OPT)*, bergantung kepada penerimaan pengusaha stesen minyak berkenaan.
Buat masa ini, semakan, pembelian dan pembayaran dalam aplikasi hanya terhad kepada TNG Digital dan kaedah pembayaran yang disokong aplikasi syarikat minyak.
* Bergantung kepada tahap sokongan stesen
Tidak. Anda hanya boleh mengisi BUDI95 menggunakan kad pengenalan anda atau aplikasi yang telah melalukan pengesahan identiti elektronik (e-KYC). Memegang dan menggunakan MyKad orang lain juga merupakan kesalahan menurut Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Jika anda layak, anda boleh membeli BUDI95 untuk mana-mana kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia yang anda gunakan untuk tujuan penggunaan peribadi.
Sekiranya anda memerlukan maklumat atau bantuan berkenaan program BUDI95, sila hubungi talian khidmat pelanggan BUDI MADANI di 1300-88-9595. Anda juga boleh menggunakan bot sembang (chatbot) dengan menghubungi +603-2631 4595 melalui aplikasi Whatsapp. Anda juga boleh melayari laman web BUDI MADANI RON95 di www.budimadani.gov.my
Ya, anda dan isteri anda (serta mana-mana individu lain) boleh menggunakan MyKad masing-masing untuk mengisi kenderaan yang sama, sekiranya pemilik MyKad hadir dan melakukan pembelian tersebut. Anda tidak dibenarkan menggunakan MyKad orang lain ataupun meminjamkan MyKad anda untuk tujuan pembelian BUDI95. Memegang dan menggunakan MyKad orang lain juga merupakan kesalahan menurut Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Peraturan 25).
Kerajaan menyedari bahawa pemandu e-hailing terutamanya yang bekerja sepenuh masa, mungkin memerlukan kelayakan BUDI95 tambahan. Sehubungan itu, Kerajaan kini sedang berbincang dengan syarikat pengendali e-hailing (EHO) untuk merangka penyelesaian yang mengambil kira keperluan pemandu e-hailing. Perincian bagi proses tersebut akan diumumkan dalam waktu terdekat.
Berikut dilampirkan SOALAN LAZIM BUDI MADANI RON95 yang disediakan oleh laman rasmi https://www.budi95.gov.my/




