Cara Guna Setel Untuk Subsidi RON95, Tak Payah Scan MyKad Lagi!

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Sahkan akaun Setel anda sekarang (sekali sahaja!) untuk dapatkan subsidi Petrol BUDI MADANI RON95! Tak perlu guna MyKad setiap kali masa nak isi nanti. Layari https://www.setel.com/ untuk daftar akaun, semakan kelayakan subsidi dan baki kuota.

Ya betul tu, anda boleh dapatkan BUDI95 dengan aplikasi Setel pada 30 September 2025! Ikut panduan di atas untuk sahkan akaun anda dengan mudah.

Jom ketahui lebih lanjut tentang aplikasi ini dan cara nak buat pembelian guna Setel nanti.

Pengenalan Setel & Subsidi RON95 (BUDI95)

Setel merupakan aplikasi e-pembayaran bahan api yang diperkenalkan oleh PETRONAS, membolehkan pengguna membuat pembayaran petrol secara langsung melalui telefon pintar tanpa perlu beratur di kaunter.

Aplikasi ini direka untuk memberikan pengalaman pengisian minyak yang lebih mudah, selesa, dan selamat kepada pengguna di stesen-stesen PETRONAS seluruh negara.​

Dengan apps ini juga, pengguna dapat menikmati pengalaman yang lebih pantas, selesa dan praktikal tanpa perlu meninggalkan kenderaan.

Dengan kelebihan seperti pembayaran tanpa tunai dari dalam kenderaan, integrasi mata ganjaran Mesra, dan kemudahan menjejak perbelanjaan, aplikasi ini memudahkan urusan harian pengguna di stesen PETRONAS.

Terkini, seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga baharu RON95 pada RM1.99 seliter dengan hanya menggunakan MyKad di kaunter dan pam, atau menerusi aplikasi stesen minyak termasuk Setel mulai 30 September 2025.

Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima STR mulai 28 September.

setel ron95

Kelebihan Guna Setel Untuk RON95

Berikut merupakan beberapa kelebihan mengunakan aplikasi mudah alih Setel untuk mendapatkan subsidi RON95 ini:

  • Ciri Keselamatan yang Terjamin: Maklumat pembayaran pengguna dilindungi dengan sistem keselamatan yang kukuh, memberikan ketenangan fikiran sepanjang urusan dilakukan.
  • Navigasi ke Stesen PETRONAS Berhampiran: Setel memaparkan lokasi stesen PETRONAS terdekat dan menyediakan navigasi melalui aplikasi seperti Waze atau Google Maps, membantu pengguna merancang perjalanan mereka dengan lebih efisien.
  • Pembayaran Tanpa Tunai dari Dalam Kenderaan: Dengan Setel, pengguna dapat membuat pembayaran bahan api terus dari dalam kereta, mengelakkan keperluan untuk beratur di kaunter atau menggunakan kad kredit/debit di pam. Ini menjadikan proses pengisian minyak lebih pantas dan selesa.
  • Tiada Transaksi Pra-Kelulusan RM200: Berbeza dengan pembayaran kad debit/kredit biasa yang mungkin menahan sejumlah wang sebagai pra-kelulusan, Setel tidak mengenakan transaksi sedemikian, memberikan ketenangan minda kepada pengguna mengenai baki akaun mereka.
  • Integrasi dengan Kad Mesra: Setel membolehkan pengguna mengumpul dan menebus mata ganjaran Mesra secara digital tanpa memerlukan kad fizikal. Ini memudahkan pengurusan mata ganjaran dan mengurangkan risiko kehilangan kad.
  • Jejak Perbelanjaan Bulanan: Aplikasi ini menyediakan penyata bulanan dan resit yang boleh dimuat turun, memudahkan pengguna untuk memantau dan mengurus perbelanjaan bahan api mereka.
setel ron95

Cara Sahkan Akaun Setel Untuk Subsidi RON95

Pertama kali menggunakan Setel? Ikuti langkah-langkah mudah di bawah untuk mendaftar.

setel ron95
setel ron95
  1. Muat Turun Aplikasi: Aplikasi Setel boleh dimuat turun secara percuma dari Apple Store untuk pengguna iOS dan Google Play Store untuk pengguna Android.
  2. Pendaftaran Akaun: Setelah aplikasi dipasang, buka Setel dan daftar menggunakan nombor telefon bimbit anda. Ikuti arahan yang diberikan untuk melengkapkan proses pendaftaran.
    • Sebagai alternatif, anda juga bleh memautkan kad kredit anda kepada akaun, jadi tidak perlu tambah nilai dompet anda kerana setiap pembelian akan dicaj terus ke kad kredit anda.
  3. Sahkan Akaun: Untuk mengesahkan akaun, anda hanya perlu klik pada butang ‘Verification’. Imbas MyKad, ambil swafoto dan isi maklumat. Selesai!
@setel

Sahkan MyKad SEKALI je untuk BUDI MADANI RON95? Ye betul! Senangnyaaa~ 👏 Dapatkan BUDI95 dengan aplikasi Setel pada 30 September 2025~ Tak perlu guna MyKad setiap kali masa nak isi nanti ⛽️ Ikut je panduan min di atas ni! Belum ada #Setel? Daftar dengan kod [c-5etel] & nikmati RM5 cashback bila anda sahkan akaun dan isi minyak kumulatif RM20 di PETRONAS. 📣 Cepat! Sahkan siap², nanti tak perlu kelam kabut.

♬ original sound – Setel – Setel
setel ron95

Cara Semakan Status Kelayakan Subsidi Petrol RON95 Melalui Aplikasi Setel

Anda boleh menyemak kelayakan secara serta-merta melalui aplikasi Setel dengan mengikuti langkah di bawah:

  1. Buka aplikasi Setel https://www.setel.com/ dan tekan BUDI95 (bermula 25 September).
  2. Tekan Semak kelayakan.
  3. Sahkan akaun anda (e-KYC) – langkah ini akan dilepaskan jika anda telah mengesahkan akaun sebelum ini.
  4. Tunggu sebentar dan keputusan akan dipaparkan serta-merta.
  5. Jika anda layak, anda akan dapat melihat baki kelayakan anda (baki kelayakan akan dipaparkan mulai 30 September).
setel ron95

Tekan butang macam dalam paparan kat bawah ni.

Baki kuota pun boleh check lepas isi minyak nanti. Senang kan?

Proses Pembayaran / Pembelian Minyak

Membuat pembayaran bagi pembelian minyak di mana-mana stesyen PETRONAS kin semudah ABC sahaja:

  • Buka aplikasi setelah anda sampai di mana-mana stesyen PETRONAS. Aplikasi ini akan mengesan stesyen PETRONAS secara automatik menggunakan GPS.
  • Klik pada butang “Purchase Fuel”
  • Pilih Nombor Pam: Setibanya di stesen PETRONAS, buka aplikasi Setel dan pilih nombor pam yang anda ingin gunakan.
  • Tetapkan Amaun Pengisian: Pilih jumlah wang yang ingin anda gunakan untuk mengisi minyak atau pilih pilihan ‘Isian Penuh’ jika ingin mengisi tangki sepenuhnya.
  • Sahkan Pembayaran: Masukkan PIN 6 digit anda atau gunakan pengesahan cap jari untuk mengesahkan pembayaran.
  • Mulakan Pengisian: Setelah pembayaran disahkan, pam akan diaktifkan. Anda boleh keluar dari kenderaan dan mula mengisi minyak seperti biasa.

Baca lagi: iPayment – Daftar, Login & Cara Buat Bayaran Online

Video Tutorial Beli Petrol BUDI95

Contoh Paparan Aplikasi Setel

1. Jumlah Isian Semula
Berapa banyak petrol yang anda dapat

2. Harga Pam
Harga tanpa subsidi

3. BUDI95
Jumlah subsidi BUDI95

4. Jumlah Bayaran
Jumlah yang perlu anda bayar selepas BUDI95

Muat Turun Aplikasi Setel

Untuk kemudahan semakan BUDI MADANI RON95 dan pembelian bahan api bersubsidi di stesen PETRONAS, pengguna digalakkan untuk memuat turun aplikasi Setel melalui:

Kumpul Mata Ganjaran dengan Setel

Pengguna boleh mengumpul mata ganjaran Kad Mesra secara automatik setiap kali membuat pembelian melalui aplikasi ini.

Berikut adalah cara untuk memaksimumkan pengumpulan mata:

  • Perbelanjaan Lain: Aplikasi ini juga membolehkan pengguna membayar barangan di kedai Mesra PETRONAS, memberikan peluang untuk mengumpul mata lebih banyak.
  • Pembelian Minyak: Setiap liter minyak yang dibeli akan memberikan mata ganjaran yang boleh digunakan untuk menebus pelbagai hadiah menarik.
  • Promosi Khas: Setel sering menawarkan promosi yang memberikan mata ganjaran tambahan atau diskaun eksklusif.

Maklumat lanjut dan Pertanyaan

Apakah Budi95?

BUDI95 ialah skim subsidi petrol RON95 bersasar khas untuk warganegara Malaysia bermula 30 September 2025.

Bolehkah dapat subsidi petrol RON95 guna Setel? Macam mana caranya?

Ya, anda boleh dapatkan BUDI95 dengan aplikasi Setel pada 30 September 2025! Ikut panduan untuk sahkan akaun anda dengan mudah.
1. Pastikan aplikasi Setel dimuat turun dan didaftarkan.
2. Hubungkan akaun Setel dengan kad debit/kredit atau e-dompet.
3. Di stesen minyak Petronas terpilih, pilih pam minyak melalui aplikasi Setel.
4. Pengesahan subsidi RON95 akan dibuat menggunakan MyKad di terminal yang disediakan.

Apakah Setel?

Setel ialah aplikasi e-dompet milik Petronas yang membolehkan pengguna mengisi minyak tanpa perlu keluar dari kereta. Ia kini menyokong pengesahan MyKad untuk pembelian RON95 pada harga bersubsidi di bawah program BUDI95.

Adakah semua pengguna boleh membeli RON95 dengan Setel App?

Ya, semua warganegara Malaysia berusia 16 tahun ke atas yang mempunyai MyKad sah dan lesen memandu aktif layak menikmati harga RON95 bersubsidi melalui Setel.

Berapa harga RON95 bila beli melalui Setel App?

Mulai 30 September 2025, harga pam subsidi RON95 ialah RM1.99 seliter. Jika tidak layak subsidi (contohnya bukan warganegara), harga yang dikenakan ialah sekitar RM2.60 seliter.

Perlu daftar khas ke untuk guna Setel bagi pembelian RON95 bersubsidi?

Pengguna hanya perlu sahkan akaun sekali sahaja untuk beli petrol RON95 bersubsidi. Tak perlu lagi nak imbas IC setiap kali nak beli nanti.

Adakah semua stesen minyak sokong pembelian RON95 guna Setel App?

Setel hanya boleh digunakan pada stesen minyak Petronas. Terminal MyKad akan disediakan di kedai stesen dan juga pada pam minyak yang lain untuk pengesahan subsidi. Anda juga boleh menggunakan aplikasi TNG atau e-dompet yang lain.

Berapa liter subsidi RON95 yang layak dibeli guna Setel App?

Mereka dikecualikan daripada had 300 liter. Namun, pemandu e-hailing perlu membuat permohonan tambahan untuk mengekalkan kelayakan subsidi demi kelangsungan pekerjaan.

Apa kelebihan guna Setel App untuk isi minyak RON95?

– Lebih cepat kerana boleh bayar dari dalam kereta.
– Kurang risiko kesesakan di kaunter.
– Ada pilihan tambah nilai e-dompet atau kad bank.
– Rekod transaksi mudah disemak.

Macam mana nak semak status kelayakan BUDI95 melalui Setel?

Cara Semakan Status Kelayakan Subsidi Petrol RON95 Melalui Aplikasi Setel :
Muat turun aplikasi Setel di pautan https://www.setel.com/
Klik ‘Check Eligibility’ (NOTA: Pastikan akaun anda telah disahkan melalui proses verifikasi)
Jika anda layak, baki anda akan dipaparkan dalam apps ini.

Adakah isi minyak RON95 terhad sekali sehari?

Tidak, Kementerian Kewangan telah mengesahkan bahawa tiada sekatan untuk isi minyak RON95 melebihi sekali dalam sehari.

Kalau dah pakai Setel tak payah pakai IC lagi ke untuk isi minyak RON95 dengan harga subsidi RON1.99 seliter?

Ya, anda hanya perlu sahkan akaun anda sekali melalui proses verifikasi MyKad anda. Lepas tu boleh beli RON95 tanpa imbas MyKad lagi di kaunter atau pam minyak masa nak buat pembayaran.

Bagaimana cara untuk mengesahkan akaun / melakukan e-KYC bagi semakan kelayakan BUDI MADANI RON95?

Terdapat 2 kaedah untuk mengesahkan akaun / melakukan e-KYC bagi semakan kelayakan BUDI MADANI RON95.

Kaedah 1
Melalui tab Profil. (Rujuk langkah di sini.)

Kaedah 2
Melalui jubin BUDI95. Ikuti langkah di bawah:
1. Buka aplikasi Setel dan tekan BUDI95.
2. Tekan Semak kelayakan.
3. Tekan Sahkan akaun.
4. Muat naik dokumen pengenalan diri dan swafoto. Ikuti arahan yang diberikan untuk melengkapkan pengesahan dengan berjaya.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila layari halaman Setel di https://www.setel.com/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut