Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2025

semakan rayuan semakan semula STPM
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Majlis Peperiksaan Malaysia memaklumkan bahawa rayuan semak semula keputusan STPM 2025 akan dibuka pada 20 Mac 2025 (Khamis) jam 10 pagi sehingga 25 Mac 2025 (Selasa) jam 11.30 tengah malam.

Permohonan adalah secara dalam talian sahaja.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat permohonan bagi pelajar yang berkenaan.

Rayuan Semak Semula Keputusan STPM

Rayuan semakan semula Semester 1 STPM 2023 dibuka pada tarikh berikut:

  • TARIKH BUKA : 20 Mac 2025 (10.00 pagi)
  • TARIKH TUTUP: 25 Mac 2025 (11.30 tengah malam)

Sistem semak semula STPM ini akan dibuka pada 20 Mac 2025 jam 10.00 pagi melalui pautan https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/

Keputusan bagi rayuan semakan semula akan dikeluarkan dalam tempoh 15 hari selepas tarikh tutup permohonan.

Sila klik pada pautan berikut untuk urusan permohonan semak semula keputusan STPM :

Bayaran Permohonan

Bayaran permohonan Rayuan Semakan Semula adalah RM50.00 bagi satu matapelajaran.

Bayaran boleh dibuat melalui MyPay di pautan https://mypay.com.my/web/mpm/

Tarikh Keputusan Semakan Semula STPM

Keputusan rayuan semak semula STPM akan diterima dalam tempoh 15 hari selepas tarikh tutup permohonan.

Semakan boleh dibuat di pautan https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/

Maklumat Lanjut

keputusan STPM

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis perasmian penubuhan MPM telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, iaitu YB Dato’ Musa bin Hitam pada 22 April 1980.

Fungsi Utama Berdasarkan Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 [Akta 225], tugas utama MPM ialah mengelolakan

  1. peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sejak tahun 1982
  2. ujian Malaysian University English Test (MUET) sejak tahun 1999. Mulai tahun 2019, di samping MUET sesi, ujian MUET juga telah ditawarkan secara kaedah ujian MUET on Demand (MoD)
  3. Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW) sejak tahun 2016

Ujian lain yang dimiliki oleh MPM ialah ujian psikometrik yang dikenali Career Selection Inventory for Malaysian (CaSIM 1 dan CaSIM II) yang dilancarkan pada tahun 2011. Ujian ini digunakan bagi memilih calon yang sesuai untuk mengikuti program yang bersesuaian di IPT dan bagi tujuan memilih pekerja berdasarkan minat kerjaya, personaliti, kecerdasan emosi, nilai integriti, dan kemahiran insaniah.

Sebarang pertanyaan mengenai rayuan semak semula STPM boleh diajukan melalui e-mel [email protected]

ATAU

Sila rujuk saluran berikut untuk sebarang update terkini :

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut