Cara Self Check In Malaysia Airlines Secara Online

Secara umumnya, pihak Malaysia Airlines menyediakan 4 cara untuk melakukan check in sebelum penerbangan anda iaitu:

  1. Kaunter
  2. Kiosk layan diri
  3. Web
  4. Aplikasi mudah alih

Semua pelanggan diwajibkan untuk check in dan perkhidmatan ini akan ditutup satu jam sebelum penerbangan anda sama ada bagi penerbangan domestik mahupun penerbangan antarabangsa.

Untuk self check in secara dalam talian, anda boleh melakukan kaedah nombor 3 atau 4 daripada senarai di atas.

Anda penumpang AirAsia? Cara Self Check In Air Asia Secara Online

Daftar masuk melalui web

Sekiranya anda tidak mempunyai aplikasi MHmobile, anda boleh check in terus melalui laman Malaysia Airlines dengan langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman Malaysia Airlines.
  2. Pada bahagian menu, klik pada Check In dan anda akan di bawa ke halaman https://online.malaysiaairlines.com/ssci/identification
  3. Pilih tarikh penerbangan anda
  4. Masukkan kod rujukan tempahan atau nombor e-tiket anda dan ikuti langkah mudah sehingga selesai untuk melengkapkan proses daftar masuk.
  5. Pilih pilihan pas masuk pilihan anda dan bawa bersama anda ke lapangan terbang:
    • Cetak
    • Pas masuk mudah alih
    • Apple Passbook
  6. Jika anda mempunyai bagasi untuk daftar masuk, teruskan ke kaunter daftar bagasi sekurang-kurangnya 60 minit sebelum penerbangan anda.
  7. Jika anda hanya mempunyai bagasi yang dibawa, sila tunjukkan pas masuk dan dokumen pengenalan diri anda di tempat keselamatan dan teruskan ke pintu masuk (sila ambil perhatian pintu masuk ditutup 30 minit sebelum waktu berlepas).

Daftar masuk web boleh dibuat dari 48 jam dan sehingga 90 minit sebelum berlepas.

Daftar masuk melalui aplikasi MHmobile

Anda juga boleh check in penerbangan Malaysia Airlines anda melalui aplikasi MHmobile.

Pertama, pastikan anda sudah memuat turun dan memasang aplikasi MHmobile di peranti mudah alih anda.

Untuk muat turun, klik pada pautan di bawah:

Untuk check in, masukkan kod rujukan tempahan atau nombor e-tiket.

Dengan aplikasi MHmobile, pelanggan Malaysia Airlines dapat melakukan perkara lagi antaranya menguruskan penerbangan dan mengakses segala maklumat penerbangan dengan mudah.

Untuk mengelakkan kesesakan di lapangan terbang, setiap penumpang Malaysia Airlines sangat digalakkan untuk melakukan proses check in sendiri melalui web atau aplikasi MHmobile seperti yang ditunjukkan di atas.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!