Program Selangor Saring : Pengesanan Awal Penyakit Penduduk Selangor

Kerajaan Selangor baru-baru ini telah mengumumkan program Saring Selangor yang bakal memberikan manfaat kepada ramai rakyat Selangor.

Pengumuman ini dibuat melalui Belanjawan Selangor 2022 di mana sejumlah RM 3.4 juta akan dibelanjakan bagi tujuan ini.

Sejumlah RM 1.5 juta diperuntukkan bagi saringan penyakit kronik, RM 800 000 bagi saringan pelbagai jenis kanser, RM 100 000 bagi kesihatan mata, dan RM 300,000 diperuntukkan bagi intervensi obesiti.

Melalui pengumuman program ini, diharapkan sasaran seramai 39 ribu penduduk di Selangor yang layak di kesemua 56 DUN di negeri Selangor akan mendapat manfaatnya.

Program saringan kesihatan ini membolehkan individu menjalani rawatan penyakit sedari awal sekaligus membantu meningkatkan peluang seseoran individu itu untuk sembuh.

Objektif program

saring selangor

Mencegah sememangnya lebih baik daripada mengubati penyakit.

Melalui program ini, penduduk Selangor yang layak dapat menjalani saringan kesihatan bagi tiga kategori penyakit berikut:

  1. Penyakit tidak berjangkit termasuklah penyakit jantung, kencing manis, darahtinggi dan buah pinggang.
  2. Penyakit kanser termasuklah kanser kolorektal, prostat, serviks dan payudara.
  3. Penyakit berkaitan mata seperti rabun, glaukoma dan retina.

Jenis-jenis penyakit disaring

Berikut merupakan kategori penyakit yang difokuskan bagi program Selangor Saring ini.

Kategori A: Penyakit Tidak Berjangkit

  • Jantung
  • Darah Tinggi
  • Kencing Manis
  • Buah Pinggang

Kategori B: Kanser

  • Kolorektal
  • Prostat
  • Serviks
  • Payudara

Kategori C: Mata

  • Rabun
  • Glaucoma
  • Retina

Syarat kelayakan

Untuk makluman, program ini bukanlah untuk kesemua rakyat Selangor sebaliknya individu-individu yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti sejarah keluarga, berat badan berlebihan, faktor keturunan dan lain-lain.

Program ini juga boleh disertai oleh mereka yang masih belum dikenalpasti oleh doktor mempunyai penyakit yang dinyatakan untuk mendaftar ke Program Selangor Saring ini.

Sekiranya anda mempunyai ibu bapa atau kenalan yang tergolong dalam kategori individu yang layak untuk program saringan ini, sila maklumkan pada mereka untuk mendaftarkan diri.

Cara pendaftaran

Pendaftaran bagi program Selangor Saring ini boleh dibuat menerusi aplikasi SELangkah mulai 6 Mei 2022.

Sementara itu, maklumat lanjut berkenaan program ini boleh didapati melalui laman sesawang rasmi program ini di alamat https://selangorsaring.selangkah.my/

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini, boleh berhubung dengan urusetia bertugas di talian Hotline Selcare di talian 1-800-22-6600

Selain itu, anda boleh juga menggunakan Telegram Khidmat Pelanggan Selangkah di pautan https://t.me/SELANGKAHMY_bot

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!