Selangor Umum Cuti 18 November 2022 Sempena PRU15

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengisytiharkan 18 November 2022 sebagai cuti umum di negeri itu, memandangkan keesokan harinya, iaitu 19 November 2022, merupakan hari mengundi sempena pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pada sidang media, Amirudin berkata, keputusan ini dibuat memandangkan ramai rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Selangor mengundi di kampung halaman mereka di negeri lain.

“Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan
secara amnya untuk memberikan cuti umum sehari sebelum Pilihan
Raya Umum Ke-15, iaitu pada Jumaat, 18 November 2022 dan juga pelepasan untuk mengundi pada 19 November 2022.”

– MB Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, 9 November 2022
Sumber: Amirudin Shaari

Beliau turut menggesa Perdana Menteri sementara, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob untuk turut mengisytiharkan cuti umum di seluruh negara bagi memudahkan rakyat membuang undi pada PRU15 nanti.

Baca juga: Gaji Awal Bulan November Sempena PRU15

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!