Bahagian Pelajaran JAWI telah membuka permohonan kemasukan murid Tahun 1 Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) bagi sesi 2027 yang boleh dipohon menerusi https://docs.google.com/…/1FAIpQLSdoH2…/viewform.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang SIRAJ.

Apakah Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ)?
Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI atau SIRAJ adalah sekolah yang melaksanakan dwikurikulum iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) bagi melengkapi keperluan murid dari segi akademik dan agama.
SIRAJ ditubuhkan dengan kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Murid-murid telah dijadualkan untuk solat berjemaah dan makan bersama semasa waktu peralihan pagi dan petang.
Ini memberi kemudahan kepada ibu bapa murid yang bekerja untuk mengurus anak mereka di sekolah.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 1 Julai hingga 30 Julai 2026.
Kurikulum Pembelajaran
Kurikulum pembelajaran dalam sekolah ini adalah seperti berikut:
- Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) KPM
- Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) JAWI
- Kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) JAKIM
Lokasi Sekolah SIRAJ
Lokasi sekolah ini di Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut:
| Nama Sekolah | Alamat |
| Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Saidina Uthman Bin Affan | Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur |
| Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Al Alusi | Kg. Datuk Keramat, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur |
| Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abu Dzar Al Ghifari | Jalan Niah 1, Taman Beringin, Jinjang Utara, 52000 Kuala Lumpur |
| Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abdullah Ibnu Abbas | Lot 480353, Jalan Kg Pasir, Pantai Dalam 59200 Kuala Lumpur |
| Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abdullah Ibnu Mas’ud (AIM) Presint 11, Putrajaya | Lot Pt 4575 9, Prensint 11, 62300 Putrajaya |
Waktu Persekolahan
Waktu persekolahan adalah seperti berikut:
Kuala Lumpur & Putrajaya
Isnin -Khamis (7:30 pagi – 4:30 petang)
Jumaat (7:30 pagi – 12:00 tengah hari)
Labuan
Isnin -Khamis (7:30 pagi – 4:30 petang)
Jumaat (7:00 pagi – 11:30 pagi)
Syarat Permohonan
Syarat permohonan kemasukan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 7 tahun (lahir pada 2 Jan 2020 hingga 1 Jan 2021)
- Telah membuat permohonan di Sekolah Kebangsaan
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi https://docs.google.com/…/1FAIpQLSdoH2…/viewform.
Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan hantar permohonan.
Kaedah Pemilihan
Untuk kaedah pemilihan, murid yang memohon akan menduduki Ujian Kemasukan Tahun 1 SIRAJ (UK1S).
Surat panggilan menduduki UK1S akan dimaklumkan melalui emel pemohon dan keputusan berjaya atau tidak berjaya juga akan dimaklumkan melalui emel pemohon.
Soalan Lazim
SIRAJ merupakan sekolah yang melaksanakan dwikurikulum iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) bagi melengkapi keperluan murid dari segi akademik dan agama.
Tarikh permohonan dibuka mulai 1 Julai hingga 30 Julai 2026.
– Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) KPM
– Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) JAWI
– Kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) JAKIM
Umur yang layak untuk memohon adalah 7 tahun iaitu mereka yang lahir pada 2 Jan 2020 hingga 1 Jan 2021.
Permohonan kemasukan boleh dibuat menerusi https://docs.google.com/…/1FAIpQLSdoH2…/viewform.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan kemasukan ke SIRAJ JAWI, sila rujuk laman web JAWI iaitu https://www.jawi.gov.my.
Baca juga: Permohonan Sekolah Khusus 2027 Tingkatan 1 & 4 – SBP / MRSM




