Permohonan SBP 2027 Tingkatan 1 & 4, Sekolah Khusus & MRSM

Permohonan SBP 2027 Tingkatan 1 & 4, Sekolah Khusus & MRSM
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Permohonan kemasukan ke SBP (Sekolah Berasrama Penuh) bagi sesi 2027 akan dibuka secara dalam talian mulai 10 Julai hingga 14 Ogos 2026.

Selain SBP, permohonan ke sekolah khusus lain seperti SMKA, KV, SMT, MTD dan MRSM juga akan dibuka pada tarikh yang sama menggunakan satu sistem pangkalan pusat (single entry point) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bagi murid di bawah sekolah KPM (Sekolah Kerajaan), permohonan SBP dan sekolah khusus lain perlu dibuat sepenuhnya melalui pautan portal rasmi KPM:

Manakala, bagi murid sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM tetapi ingin memohon kemasukan ke MRSM, pendaftaran boleh dilakukan terus melalui pautan rasmi Sistem Maklumat Murid MyMRSM di https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/.

Semua calon yang memohon wajib menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) sebagai saringan utama kelayakan.

Pelaksanaan PKSK bagi Tingkatan 4 dijadualkan pada 21 September hingga 1 Oktober 2026, manakala bagi Tingkatan 1 pula pada 12 hingga 22 Oktober 2026.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai cara permohonan ke SBP 2027 dan sekolah khusus lain, senarai penuh SBP, program pengajian yang ditawarkan, serta tips persediaan menghadapi kertas penilaian PKSK untuk rujukan anda.

Apa Itu SBP?

SBP adalah Sekolah Berasrama Penuh di bawah Bahagian Pengurusan SBP, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Institusi ini ditubuhkan khusus untuk menempatkan murid-murid berpotensi tinggi dari seluruh negara bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang terancang, terkawal, dan kondusif.

Untuk masuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat SBP, pelajar perlu menduduki ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

Sejak pemansuhan peperiksaan pusat tradisional (UPSR dan PT3), KPM telah memperkenalkan PKSK sebagai satu sistem saringan standard secara berpusat.

Apa itu PKSK?

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) merupakan satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tahun Satu (Sijil Vokasional Malaysia) ke sekolah khusus.

Sekolah khusus ini meliputi:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Bila Permohonan SBP 2027 Dibuka?

Permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi sesi 2027 akan dibuka secara rasmi mulai 10 Julai hingga 14 Ogos 2026.

Pendaftaran ini melibatkan murid yang berada di Tahun Enam (untuk kemasukan Tingkatan 1) dan Tingkatan Tiga (untuk kemasukan Tingkatan 4) sepanjang tahun 2026.

Syarat Permohonan SBP & Sekolah Khusus 2027

  1. Warganegara Malaysia
  2. Modul Pengurusan Murid KPM (APDM / MOEIS)
  3. Sekolah swasta yang TIADA Modul Pengurusan Murid boleh memohon MRSM melalui entry PKSK tersebut untuk PERMOHONAN Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  4. Umur calon mestilah murid Tahun 6 (12 tahun – PKSK T1) / Tingkatan 3 (15 tahun – PKSK T4) tahun semasa (2026).

Cara Permohonan SBP Tingkatan 1 & 4

Kerajaan telah menyediakan 2 portal berasingan bagi permohonan SBP Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 seperti yang berikut:

A. PANDUAN AM

Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBU BAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian.
Pemohon dikehendaki mengisi dan menyemak semua MAKLUMAT yang diperlukan BETUL dan TEPAT.
Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon dan BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN (14 OGOS 2026). 
Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak borang permohonan.
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/SMKA) dan MRSM. PKSK Tingkatan 1 akan dilaksanakan dalam tempoh  10 Julai hingga 14 Ogos 2026.

B.  PANDUAN KHUSUS

Pemohon dikehendaki memasukkan No. MyKid/MyKad murid dan No. MyKad/No. Pengenalan Diri Penjaga Utama/Penjaga Kedua kemudian klik LOG MASUK.
Maklumat pemohon yang dipaparkan adalah maklumat padanan data daripada :

Bagi sekolah KPM (termasuk sekolah bantuan kerajaan), pemohon hanya perlu mengemas kini maklumat dalam Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) melalui pautan https://idme.moe.gov.my/login. Sebarang pindaan maklumat akan dikemas kini secara automatik dalam sistem permohonan.

Bagi sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM, pemohon hanya perlu mengemas kini maklumat dalam Sistem Perkhidmatan Atas Talian (SPATKPM) melalui pautan https://public.moe.gov.my. Seterusnya, sila berhubung dengan guru kelas sekolah asal untuk pengesahan pindaan maklumat. Pindaan maklumat yang telah disahkan oleh guru kelas akan dikemas kini dalam sistem permohonan.
STATUS PENYAKIT
Nyatakan status kesihatan pemohon dengan memilih maklumat berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan:
KETERANGAN
AIDS AKIBAT PEMINDAHAN DARAHALAHAN/EKZEMA
ANAEMIA APLASTIK
ANGIN AHMARAR
TEREKTOMI KORONARI
ASMA
BUTA
DARAH TINGGI
DISTROFI OTOT
G6PD
GANGGUAN MENTAL/SKIZOFRENIA/KEMURUNGAN
HEPATITIS A/B/C
HILANG UPAYA MENYELURUH DAN KEKAL
KANSER
KARDIOMIOPATI
KECEDERAAN/KECACATAN FIZIKAL
KENCING MANIS
PENYAKIT BUAH PINGGANG
KETUMBUHAN OTAK
KOMA
LEUKEMIA
LUMPUH
MASALAH JANTUNG
MELECUR TERUK
MENINGITIS BAKTERIA/PENYAKIT RADANG OTAK
PEMBEDAHAN AORTA
PEMBEDAHAN OTAK
PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
ALZHEIMER
AUTOIMMUNE
PENYAKIT HATI/HEPER KRONIK
PENYAKIT NEURON MOTOR
PARKINSON
PENYAKIT PARU-PARU
PENYAKIT SISTE MEDULA
POLIO/POLIOMIELITIS
SAWAN/EPILEPSI
SAKIT JANTUNG
SINDROM APALIK
TUMOR DAN KECACATAN PEMBULUH DARAH
SIHAT
LAIN-LAIN
STATUS ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Nyatakan status OKU pemohon.
E-MEL
Masukkan alamat e-mel pemohon/ibu/bapa/penjaga utama yang aktif.
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
Bagi sekolah KPM (termasuk sekolah bantuan kerajaan), maklumat PBD akan dipadankan dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) KPM. Manakala bagi sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM, maklumat PBD akan diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Swasta, KPM.
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)
Bagi sekolah KPM (termasuk sekolah bantuan kerajaan), maklumat PAJSK akan dipadankan dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) KPM.
Manakala bagi sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM, maklumat PAJSK akan diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Swasta, KPM.
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi)
Bagi sekolah KPM (termasuk sekolah bantuan kerajaan), maklumat PPsi akan dipadankan dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) KPM. Manakala bagi sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM, maklumat PPsi akan diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Swasta, KPM.
PILIHAN 1 SEKOLAH KHUSUS/MRSM
Maklumat Pilihan 1 Sekolah Khusus/MRSM adalah WAJIB diisi.
9.1 JENIS SEKOLAH KHUSUS/MRSM
Pilihan sekolah khusus/MRSM seperti berikut:KETERANGANSekolah Berasrama Penuh (SBP)Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
9.2 BERMINAT MENGIKUTI DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP)
Pilih YA/TIDAK.
*Senarai sekolah yang akan dipaparkan selepas ini adalah berdasarkan pilihan pemohon untuk mengikuti DLP.

9.3 PAKEJ MATA PELAJARAN/PROGRAM
Pilihan pakej mata pelajaran/program adalah seperti berikut:
JENIS SEKOLAH KHUSUS/MRSM
PAKEJ MATA PELAJARAN/PROGRAM YANG DITAWARKAN
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Perdana/Akademik
Agama
Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Agama
Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Program Premier
Program Premier-STEM Excellence
Program Bitara
Program IGCSE
Program Ulul Albab
Program Teknikal
9.4 NEGERI
Pilihan NEGERI sekolah pemohon.
9.5 NAMA SEKOLAH
Pilihan NAMA SEKOLAH pemohon.
*Pemohon TIDAK BOLEH memilih sekolah yang sama sebagai pilihan sekolah khusus/MRSM.
9.6 JARAK DARI RUMAH KE SEKOLAH
Pilih anggaran jarak seperti tertera dari tempat tinggal pemohon ke sekolah pilihan.
*Bagi SMKA, pilih YA/TIDAK untuk pilihan tinggal di Asrama. Ianya tertakluk kepada kekosongan.
PILIHAN 2 DAN 3 SEKOLAH KHUSUS/MRSM
Rujuk perkara 9.1 hingga 9.6.
PILIHAN PUSAT PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)
11.1 NEGERI PILIHAN
Pilih negeri untuk menduduki PKSK.
11.2 PPD PILIHAN
Pilih Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pusat PKSK.
11.3 PILIHAN PUSAT PKSK
Pilih nama pusat PKSK pilihan.
  *Nama pusat PKSK TIDAK AKAN DIPAPARKAN SETELAH MENCAPAI JUMLAH CALON YANG DITETAPKAN.
**Penentuan pusat sebenar PKSK adalah tertakluk kepada KPM.
PERAKUAN PEMOHON
Tanda pada pernyataan yang berkenaan.
CETAK PERMOHONAN
Borang permohonan PERLU dicetak sebagai rujukan/simpanan.

panduan permohonan SBP tingkatan 1

Permohonan SBP Tingkatan 1

Berikut merupakan panduan permohonan bagi SBP Tingkatan 1 bagi tahun 2027/2028:

1.Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBU BAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian.
2.Pemohon dikehendaki mengisi dan menyemak semua MAKLUMAT yang diperlukan BETUL dan TEPAT.
3.Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon dan BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
4.PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN (14 OGOS 2026). Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak borang permohonan.
5.Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/SMKA/MTD). PKSK Tingkatan 1 akan dilaksanakan dalam tempoh  12 hingga 22 Oktober 2026.

SBP Tingkatan 4

Berikut merupakan panduan permohonan bagi SBP Tingkatan 4 bagi tahun 2027/2028:

1.Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian.
2.Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT.
3.Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon dan BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
4.PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN (14 OGOS 2026). Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak.
5.Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/ SMKA/ SMT/ KV/ MTD). PKSK Tingkatan 4 akan dilaksanakan dalam tempoh 21 September hingga 1 Oktober 2026

Artikel berkaitan: PKSK – Info Penting yang Mak Ayah Kena Tahu Kalau Anak Nak Masuk Sekolah Khusus

Jenis Sekolah Khusus, SBP & Program Ditawarkan

Jenis sekolah dan program ditawarkan di sekolah khusus bagi sesi 2027 adalah seperti berikut:

1. SBP (Sekolah Berasrama Penuh)

  • STEM
    • Fokus subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik. Sesuai untuk pelajar yang cemerlang dalam akademik & bercita-cita dalam bidang sains.
  • STEM Agama
    • Gabungan subjek STEM & subjek agama. Seimbang antara akademik moden dan asas agama.
  • STEM TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab)
    • Program STEM + hafazan Al-Quran + penguasaan 3 bahasa (Arab, Inggeris, Melayu). Pelajar perlu hafaz 30 juzuk dalam masa 5 tahun.
  • Sastera & Kemanusiaan
    • Fokus pada subjek sastera, sejarah, ekonomi & kemanusiaan. Sesuai untuk pelajar yang minat bidang sosial, komunikasi & kemanusiaan.
    senarai sbp

    2. SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama)

    • STEM Agama
      • Gabungan subjek Sains, Matematik & subjek agama. Sesuai untuk pelajar yang cemerlang dalam akademik dan berminat mendalami ilmu agama.
    • STEM TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab)
      • Gabungan STEM + Hafazan Al-Quran + subjek agama. Pelajar akan menghafaz Al-Quran dalam masa yang ditetapkan sambil belajar akademik.
    • Sastera & Kemanusiaan
      • Fokus pada subjek sastera, sejarah, bahasa & agama. Sesuai untuk pelajar yang minat bidang sosial & kemanusiaan.

      3. SMT (Sekolah Menengah Teknik) – Sekarang dikenali sebagai SBP-T

      • Kejuruteraan Mekanikal
        • Belajar asas mesin, mekanik, dan aplikasi dalam industri pembuatan & penyelenggaraan.
      • Kejuruteraan Awam
        • Fokus pada pembinaan bangunan, jalan, jambatan & struktur kejuruteraan lain.
      • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
        • Asas elektrik, litar, elektronik & penggunaan teknologi tenaga.
      • Perdagangan
        • Subjek berkaitan dunia perniagaan, ekonomi, akaun & pengurusan.
      • Sains Pertanian
        • Pembelajaran tentang pertanian moden, tanaman, ternakan & pengurusan ladang.
        permohonan sekolah teknik malaysia smt 2026

        4. KV (Kolej Vokasional)

        • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
          • Belajar asas pendawaian, sistem elektrik & elektronik untuk kegunaan industri & rumah.
        • Mekanikal & Pemesinan Industri
          • Fokus kepada penggunaan mesin, alat pemotong & teknologi pembuatan logam.
        • Pembinaan & Pemprosesan Kayu
          • Latihan dalam kerja pembinaan bangunan, pertukangan & kemahiran berkaitan kayu.
        • Automotif & Penyejukan Udara
          • Pelajar diajar baik pulih kenderaan & penyaman udara rumah/kenderaan.
        • ICT / Multimedia / Fesyen
          • Gabungan teknologi maklumat, reka grafik, animasi & asas jahitan atau fesyen.
        • Perniagaan / Akaun / Pemasaran
          • Fokus kepada pengurusan jual beli, akaun perniagaan & teknik pemasaran produk.
        • Hospitaliti (Kulinari / Pelancongan)
          • Belajar masakan profesional, penyediaan makanan, serta asas pengurusan pelancongan.
        • Agroindustri & Pertanian
          • Latihan dalam pertanian moden, penternakan & industri hasil tani.
        • Pengurusan Awal Kanak-Kanak
          • Pelajar didedahkan kepada kaedah asuhan & pendidikan kanak-kanak.
        • Perkhidmatan Masyarakat
          • Latihan dalam kemahiran sosial, khidmat komuniti & kesejahteraan masyarakat.

          5. MTD (Maktab Tentera Diraja) – kini dibuka untuk pelajar Tingkatan 1 & Tingkatan 4

          • Institusi elit latihan kepimpinan tentera untuk pelajar lelaki yang cemerlang fizikal, sahsiah & akademik.
          • STEM
            • Fokus kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik. Sesuai untuk pelajar yang ingin jadi pemimpin dalam bidang ketenteraan, kejuruteraan, perubatan dan sains.
          • Sastera & Kemanusiaan
            • Tumpuan kepada subjek kemanusiaan seperti Sejarah, Ekonomi, Bahasa & Pendidikan Islam. Sesuai untuk pelajar yang ingin menyumbang dalam bidang pentadbiran, undang-undang atau hubungan antarabangsa.

          6. MRSM (Maktab Rendah Sains MARA)

          • Program Premier
            • Program akademik arus perdana, fokus kepada Sains & Matematik.
          • Program Bitara
            • Untuk pelajar cemerlang. Kurikulum lebih mencabar & padat.
          • IGCSE
            • Gabungan kurikulum Malaysia + Cambridge International (English-based).
          • STEM
            • Fokus kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik.
          • Ulul Albab
            • Gabungan akademik + agama. Pelajar hafaz 30 juzuk Al-Quran + program STEM.
          • Program Teknikal
            • Gabungan akademik + kemahiran teknikal seperti teknologi, automasi dan reka bentuk.
            PERMOHONAN MRSM 2026

            Tarikh Penting Permohonan SBP 2027 & Garis Masa PKSK

            Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2027 dibuka mulai 10 Julai hingga 14 Ogos 2026.

            Sila rujuk garis masa permohonan SBP dan ujian PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi 2027/2027 di bawah:

            • Permohonan PKSK / Sekolah Khusus: 10 Julai – 14 Ogos 2026
            • Semakan Pusat Ujian (Tingkatan 1 & 4): Bermula awal September 2026 (Selepas data permohonan diproses)
            • Pelaksanaan Ujian PKSK Tingkatan 4: 21 September – 1 Oktober 2026
            • Pelaksanaan Ujian PKSK Tingkatan 1: 12 Oktober – 22 Oktober 2026
            • Semakan Tawaran Utama: Dijangka pada Disember 2026 / Januari 2027
            @ecentral.my

            Parents yang nak bagi anak masuk SBP & MRSM tahun 2027, take note tarikh penting ni. Ada 3 tips persediaan Ujian PKSK jugak tau. #permohonansbp2027 #permohonanmrsm #ujianpksk #ujianpksk2027 #sekolahkhusus

            ♬ original sound – eCentral – eCentral

            Sejarah Penubuhan SBP

            Kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru telah memberi penekanan kepada keperluan tenaga kerja dalam bidang sains dan teknologi.

            Dasar ini telah dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1975 – 1980) dan memberi penekanan kepada perkembangan sekolah berasrama penuh (SBP).

            SBP diwujudkan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan kondusif bagi mengembangkan potensi murid yang cemerlang ke arah melahirkan modal insan berkualiti.

            SBP memainkan peranan penting bagi mengembangkan tunas bakat terbaik negara dan mendemokrasikan pendidikan berkualiti kepada segenap lapisan masyarakat Malaysia. SBP menjana bakat yang sepadan dengan cabaran global.

            Maklumat Lanjut

            Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan SBP 2025 bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas seperti berikut:

            BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
            KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
            BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1
            63000 CYBERJAYA, SELANGOR.

            Tel: 03-83217400
            Emel: [email protected]

            Untuk perkembangan terkini mengenai permohonan ke SBP, sila layari laman web di bawah:

            Soalan Lazim Permohonan SBP 2027

            Bilakah tarikh rasmi permohonan SBP Sesi 2027 dibuka?

            Permohonan SBP 2027 dibuka secara dalam talian (online) mulai 10 Julai hingga 14 Ogos 2026.

            Apakah pautan rasmi untuk memohon SBP 2027?

            Kemasukan Tingkatan 1: Layari Portal SPSK T1 KPM
            Kemasukan Tingkatan 4: Layari Portal SPSK T4 KPM

            Apakah maksud sistem Single Entry Point?

            Sistem tunggal berpusat di mana pemohon hanya perlu mengisi satu borang sahaja untuk memohon ke beberapa jenis Sekolah Khusus serentak (SBP, SMKA, KV, SMT, MTD, dan MRSM).

            Adakah wajib menduduki PKSK untuk masuk SBP?

            Ya, wajib. Calon yang tidak menduduki PKSK pada tarikh yang ditetapkan tidak akan disenaraikan dalam proses pemilihan tawaran SBP.

            Bilakah tarikh pelaksanaan ujian PKSK Sesi 2027?

            Tingkatan 4: 21 September hingga 1 Oktober 2026.
            Tingkatan 1: 12 Oktober hingga 22 Oktober 2026.

            Apakah format soalan dan komponen yang diuji dalam PKSK?

            Ujian dijalankan secara digital (komputer) dan penulisan bertulis, merangkumi tiga komponen:
            Bahagian A (20%): Kecerdasan Insaniah (Ujian psikometrik/sahsiah).
            Bahagian B (70%): Kecerdasan Intelek (Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Am / KBAT).
            Bahagian C (10%): Artikulasi Penulisan (Esei Bahasa Melayu minimum 100 patah perkataan).

            Di manakah ujian PKSK dijalankan? Adakah di sekolah asal?

            Ujian dijalankan di Pusat Pentaksiran PKSK yang ditetapkan oleh KPM (biasanya di sekolah menengah terpilih berhampiran daerah anda).

            Bilakah keputusan tawaran SBP Sesi 2027 diumumkan?

            Keputusan tawaran utama dijangka akan diumumkan pada bulan Disember 2026 atau Januari 2027 sebelum kalendar akademik persekolahan bermula.

            Follow eCentral di WhatsApp Channel
            Ikut