Senarai Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kursus Ditawarkan

Senarai Sekolah Menengah Teknik (SMT) di Seluruh Malaysia dan Kursus / Aliran Yang Ditawarkan

Sekolah Menengah Teknik atau singkatannya SMT merupakan antara pilihan terbaik selepas Tingkatan 3 bagi pelajar yang berminat dalam bidang teknikal, termasuklah Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan matematik (STEM).

Walaupun SMT pernah dipandang rendah kononnya sebagai sekolah untuk pelajar yang kurang bijak, persepsi ini sebenarnya jauh daripada realiti sebenar kerana hanya pelajar yang layak sahaja diterima masuk ke SMT.

Realitinya, tenaga mahir sangat ditagih di Malaysia dan mempunyai peluang cerah mendapat pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan kerana kemahiran yang dimiliki. 

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang SMT dan program yang ditawarkan serta halatuju kerjaya yang boleh dipertimbangkan oleh murid.

aliran sekolah teknik

Apakah Sekolah Menengah Teknik (SMT)?

Aliran / Kursus Teknikal yang ditawarkan di sembilan (9) buah Sekolah Menengah Teknik memberi fokus kepada pengajian seperti berikut:
a) Pengajian Kejuruteraan Awam
b) Pengajian Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
c) Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
d) Perdagangan
e) Sains Pertanian

Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:
a) Tingkatan 4
b) Tingkatan 5
dan seterusnya murid akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Senarai kursus pengajian ini adalah seperti yang dinyatakan dalam laman Kementerian Pendidikan Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional.

PAKEJ MATA PELAJARAN BAGI SETIAP BIDANG

Berikut adalah matapelajaran bagi setiap kursus / bidang di Sekolah Menengah Teknik (SMT).

KURSUSMATA PELAJARAN ELEKTIFMATA PELAJARAN TERAS
Kejuruteraan Awam• Pengajian Kejuruteraan Awam
• Lukisan Kejuruteraan
• Matematik Tambahan
• Kimia
• Fizik
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Matematik
• Sejarah
• Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
• Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik • Pengajian Kejuruteraan Elektrik
• Lukisan Kejuruteraan
• Matematik Tambahan
• Kimia
• Fizik
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Matematik
• Sejarah
• Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
• Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Perdagangan• Pengajian Keusahawanan
• Prinsip Akaun
• Matematik Tambahan
• Kimia
• Fizik
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Matematik
• Sejarah
• Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
• Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Kejuruteraan Mekanikal• Pengajian Kejuruteraan Elektrik
• Lukisan Kejuruteraan
• Matematik Tambahan
• Kimia
• Fizik
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Matematik
• Sejarah
• Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
• Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Sains Pertanian• Sains Pertanian
• Biologi
• Matematik Tambahan
• Kimia
• Fizik
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Matematik
• Sejarah
• Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
• Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

*tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

PENERANGAN PROGRAM / ALIRAN TEKNIKAL YANG DITAWARKAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT)

PROGRAMPENERANGAN
Pengajian Kejuruteraan AwamKursus ini memberi pendedahan kepada murid berkaitan pengetahuan asas dalam Kejuruteraan Awam dengan memberi penekanan kepada skop Proses Pembinaan, Bahan Binaan, Struktur Kejuruteraan Awam, Geoteknik, Ukur Kejuruteraan, Sistem Pengangkutan, Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu Lintas, Sumber dan Bekalan Air, Sistem Pembersihan dan Aturcara Kontrak dan Taksiran.

Murid juga didedahkan dengan aktiviti pembelajaran secara teori, kerja amali serta lawatan industri. Ia juga bertujuan untuk membentuk kesedaran murid agar peka terhadap alam sekitar dan menyemai minat dalam kerja-kerja penyelidikan, mereka bentuk, menganalisis dan bertindak berasaskan fakta.
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan ElektronikKursus ini adalah pendedahan kepada murid kepada asas Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

Konsep-konsep asas yang dipelajari dapat memupuk dan memperkembangkan minat dan penguasaan prinsip kejuruteraan Elektrik & Elektronik seperti litar, elektromagnet, pengubal diod, transistor dwikutub, elektronik conduit, perhubungan, komputer motor dan robotik melalui aktiviti pembelajaran secara teori, amali dan binaan projek.

Ia juga membantu murid untuk memahami komponen-komponen elektrik dan elektronik serta simbol-simbolnya.
Pengajian Kejuruteraan MekanikalKursus ini melengkapkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal yang merangkumi sumber alam dan tenaga, penjanaan dan penggunaan haba, daya jentera serta rekabentuk, pengeluaran dan kegunaan mesin serta alat tangan.

Murid juga akan didedahkan kepada pengetahuan seperti metrologi dan mekanik berkaitan dengan momentum dan geseran, sistem hidraulik, pneumatik dan robotik asas.

Kejuruteraan Mekanikal memberi tumpuan kepada pemahaman konsep, prinsip asas, teori kejuruteraan mekanikal serta kemahiran berkaitan.
PerdaganganKursus ini ditawarkan bagi memberi pendedahan kepada murid berdasarkan amalan perdagangan dan perniagaan yang merangkumi bidang pengeluaran, perdagangan, perniagaan, bantuan perniagaan, pelaburan, pemilikan perniagaan, konsumerisme dan etika amalan perniagaan.

Pembelajaran merangkumi pemahaman konsep serta perkembangan maklumat terkini dalam bidang perdagangan berdasarkan kepada konsep, peraturan, undang-undang yang diamalkan dalam dunia perniagaan sebenar.

Ia akan membantu untuk membina asas yang kukuh untuk menceburkan diri dalam bidang perdagangan di aras lebih tinggi.

Kursus ini juga memberi peluang untuk murid mempelajari amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan.
Sains PertanianKursus ini adalah satu bidang pengajian saintifik terhadap prinsip dan amalan dalam penanaman, penternakan, teknologi pertanian dan pengurusan ladang.

Murid didedahkan kepada pengetahuan, kemahiran dan kefahaman mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi tanaman dan ternakan serta perladangan sebagai suatu perniagaan. Murid juga akan mempelajari tentang pelbagai faktor yang mempengaruhi hasil tumbuhan dan pengeluaran ternakan serta cara untuk meningkatkan hasil serta mutu pengeluaran.

Aspek teknologi dalam pertanian juga diberi penekanan dalam pembelajaran secara teori, kerja amali dan kerja kursus.

Halatuju Kerjaya

Prospek kerjaya bagi para pelajar di bawah kursus / aliran teknikal lepasan Sekolah Menengah Teknik adalah begitu meluas.

Ia meliputi bidang kerjaya seperti berikut:

KEJURUTERAAN MEKANIKAL:
1. Jurutera Mekanikal
2. Pensyarah
3. Penyelidik
4. Konsultan
5. Kontraktor

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
1. Jurutera Elektrik
2. Jurutera Elektronik
3. Pensyarah
4. Penyelidik
5. Konsultan
6. Kontraktor

KEJURUTERAAN AWAM
1. Jurutera Awam
2. Pensyarah
3. Penyelidik
4. Konsultan
5. Kontraktor

PERDAGANGAN
1. Akauntan
2. Penganalisis Kewangan
3. Pensyarah
4. Pengurus
5. Konsultan Pelaburan
6. Ahli Perniagaan

PERTANIAN
1. Jurutera Pertanian
2. Pegawai Pertanian
3. Pensyarah
4. Saintis Tanah dan Tanaman
5. Konsultan
6. Usahawan

aliran sekolah teknik
sekolah menengah teknik

Senarai Lokasi Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Bidang Pengajian Ditawarkan

1. Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (SMTJB)

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Mekanikal
  3. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  4. Perdagangan
  5. Sains Pertanian

2. Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar (STTJ)

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Mekanikal
  3. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  4. Perdagangan

3. Sekolah Menengah Teknik Melaka (SMTM)

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Mekanikal
  3. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  4. Perdagangan

4. Sekolah Menengah Teknik Kuantan (SMT Kuantan)

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Mekanikal
  3. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  4. Perdagangan

5. Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (SMT KL)

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Mekanikal
  3. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  4. Perdagangan

6. Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu (SMTT)

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Mekanikal
  3. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  4. Perdagangan

7. Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra (SMT TAR Putra)

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Mekanikal
  3. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  4. Perdagangan

8. Sekolah Menengah Teknik Alor Setar (SMT Alor Setar)

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Mekanikal
  3. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  4. Perdagangan
  5. Sains Pertanian

9. Sekolah Menengah Teknik Sejingkat (SMT Sejingkat)

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Mekanikal
  3. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

Baca juga: Permohonan Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik 2023

Klik di pautan ini untuk mengetahui lokasi Sekolah Teknik di setiap negeri.

Syarat Kemasukan

SYARAT UMUM

  1. Calon adalah Warganegara Malaysia;
  2. Calon mesti murid Tingkatan Tiga (3) pada tahun 2022/2023;
  3. Calon mesti mesti mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid;
  4. Calon mesti menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM;
  5. Calon mesti menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
  6. Calon sihat tubuh badan;
  7. Calon mesti tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;
  8. Calon mesti TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA; dan
  9. Calon berminat dengan program dipohon.

SYARAT KHUSUS

  1. Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 (Pentaksiran Bilik Darjah – PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Sains
    • Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut berkaitan SMT, sila rujuk laman web berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!